Khabar gembira buat semua.
Tahniah Dr. Sam.
Syabas PAS!
Di bawah teraju baharu ini, kita kuatkan kesatuan.
Perikatan Nasional akan diperkasa dengan lebih tersusun, lebih fokus dan lebih dekat dengan rakyat.
#PerikatanNasional#PAS4ALL
KENYATAAN MEDIA
PN SELESAI MEMILIH PENGERUSI BAHARU
1. Mesyuarat Luar Biasa Majlis Tertinggi Perikatan Nasional telah diadakan pada hari ini jam 3petang di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.
22 Februari 2026
#PerikatanNasional#KembalikepadapenyelesaianIslam
Lensa Himpunan Jentera Pilihanraya PAS Kawasan Bangi
Himpunan Jentera PAS KAwasan Bangi 2026 telah berlangsung pada 8 Februari 2026 di Bandar Baru Bangi. Himpunan ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Dr. Aliakbar bersama YB Nushi Mahfodz.
#HimpunanJenteraPilihanraya#PASBANGI
Video rangkuman penuh Himpunan Jentera Pilihanraya PAS Kawasan Bangi 2026 yang telah berlangsung pada 8 Februari 2026 di Bangi.
Himpunan ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Dr. Aliakbar Gulasan, ADUN Karambunai merangkap Pesuruhjaya PAS Sabah.
"Dari Karambunai ke Bangi"
Minda Presiden PAS
SURAT TERBUKA KEPADA AHLI PAS PERLIS
Setelah mendengar, menyelidik dan meneliti segala perkara yang berlaku, saya titipkan pandangan dan nasihat ikhlas saya kepada sekalian ahli PAS Perlis.
PAS Pusat yang dipilih dan dilantik oleh Muktamar Tahunan PAS Pusat berkuasa bagi melaksanakan pentadbiran yang tertinggi dalam PAS yang tidak berlawanan dengan dasar dan hukum tertinggi, mengikut Fasal 39(1) dan Fasal 39(9) Perlembagaan PAS.
Adapun pelaksanaan dasar hukum tertinggi PAS iaitu al-Quran dan as-Sunnah serta Ijmak ‘Ulamak dan Qias, dipertanggungjawabkan kepada Majlis Syura ‘Ulamak mengikut Fasal 8(1) Perlembagaan PAS yang dipilih dan dilantik oleh Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dewan ‘Ulamak PAS Pusat, Dewan Pemuda PAS Pusat, Dewan Muslimat PAS Pusat dan dilantik anggota tambahan oleh Majlis Syura ‘Ulamak itu sendiri.
Maka, Majlis Syura ‘Ulamak tiada kaitan dengan pentadbiran selagi tidak bercanggah dengan dasar tertinggi.
Manakala, PAS Pusat diwajibkan mentadbir dan melantik jawatan-jawatan di semua peringkat dan di bawah pentadbirannya dan mengawasi Kerajaan Negeri. Termasuk jawatan Pesuruhjaya PAS Negeri, Menteri Besar dan lain-lain yang wajib ditaati arahannya.
Baca selanjutnya:
https://t.co/PSNumnYFHT
Buat para ibu bapa dan warga pendidik, terima kasih atas usaha dan pengorbanan dalam membimbing anak-anak menuju kejayaan.
Selamat menuntut ilmu, semoga terus melangkah dengan yakin dan penuh harapan. 🌱
#BackToSchool#KembaliKeSekolah#BangiBersihSelamatPrihatin
SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH 📚✏️
PAS Kawasan Bangi mengucapkan selamat kembali ke sekolah kepada seluruh para pelajar khususnya di Parlimen Bangi yang memulakan sesi persekolahan pada hari ini.
Doa kami:
“Ya Allah, kurniakanlah kepada anak² ini ilmu yang bermanfaat, hati yang tenang, fikiran yang cerdas & akhlak yang mulia. Peliharalah mereka sepanjang perjalanan, mudahkan urusan pembelajaran mereka, serta jadikanlah mereka generasi yang berilmu, beriman dan berbakti.”
إِنَّا لِلّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
PAS Kawasan Bangi merakamkan ucapan takziah dan rasa dukacita yang mendalam atas pemergian Almarhum Dr. Haji Mohammad bin Taslim, mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Maharani.
Salam takziah buat seluruh ahli keluarga almarhum.
"Setiap masa kita mesti fikir bukan semata nak menang, tetapi macam mana nak perkukuhkan jemaah, perkemaskan gerak kerja, buat lebih ramai kenal Allah, kenal Islam" (Ustaz Nushi, Kuliah Haraki PAS Bangi Oktober 2025)
#BangiBersihSelamatPrihatin#KembalikepadapenyelesaianIslam
PILIHAN RAYA UMUM DEWAN UNDANGAN NEGERI SABAH KE-17
Tarikh-tarikh penting:
📍Penamaan Calon - 15 November 2025 (Sabtu)
📍Hari Mengundi Awal - 25 November 2025 (Selasa)
📍Hari Mengundi - 29 November 2025 (Sabtu)❎
Sumber : Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia
#PRNSabah#PNBEST
“Adapun jemput Trump, saya anggap satu syaitan besar yang hendak menipu apatah lagi dia mendokong negara yang dilaknat oleh Allah Taala. Saya menegaskan bahawa, kami akan mengerah rakyat untuk memprotes dengan sekeras-kerasnya terhadap lawatan ini.”
TOLAK KEHADIRAN TRUMP!
SELAMAT PULANG WIRA NEGARA
Selamat pulang diucapkan kepada semua peserta #GlobalSumudFlotilla dari Malaysia yang telah selamat pulang ke tanah air malam semalam.
Kepulangan ini bukan pengakhiran.
Ini adalah satu permulaan.
Break the silence. Break the seige.
#Stand4Sumud
Minda Presiden PAS
PELAN DAMAI SELAMATKAN ISRAEL
Dunia digoda oleh pelan damai Donald Trump bagi gencatan senjata di Gaza. Antara tawarannya ialah memberikan laluan bantuan kemanusiaan serta perdamaian yang kekal di Gaza.
Pelan damai itu juga menyatakan syarat-syarat yang memberikan jaminan keamanan kepada Israel. Terpentingnya ialah melucutkan senjata Hamas serta memulangkan tawanan Israel dan mayat yang mati dengan tukaran membebaskan tahanan Palestin.
Mereka juga mencadangkan tentera pengaman dari negara-negara Arab yang terpilih dan melantik Tony Blair, mantan Perdana Menteri United Kingdom selaku pengarah pentadbiran Gaza; meniru pendekatan ketika Amerika Syarikat menakluk Iraq dahulu.
Israel menerima dengan mudah setelah perundingan antara Trump dengan Netanyahu. Tidak diketahui sama ada ia cadangan Netanyahu ataupun Trump.
Cadangan dilakukan setelah Israel gagal mencapai matlamat operasi menawan Gaza dan ketenteraannya tidak berjaya menghapuskan Hamas.
Baca selanjutnya:
https://t.co/mOY5UfNyWI
Minda Presiden PAS
PARTI WAJIB DIPELIHARA DAN DIPERTAHANKAN KEMENANGANNYA
Kita telah menunaikan satu kewajipan yang besar apabila Parti Islam Se-Malaysia (PAS) ditubuhkan, kerana ia merupakan perintah Allah yang diwajibkan ke atas kita. Namun begitu, hanya kalangan yang dipilih oleh Allah sahaja yang diberi kurniaan untuk bersama parti ini bagi memikul kewajipan menyambung perjuangan Rasulullah SAW ketika Islam dalam keadaan dagang dan umatnya dalam keadaan lemah.
Parti yang bersifat Islam ini wajib dipelihara bagi menunaikan kewajipan meneruskan perjuangan menegakkan Islam sehingga berkuasa dengan berdaulat, dan terus mengisi kemenangan yang jauh perjalanannya. Dengan berkonsepkan dasar dan kepimpinan yang teguh, parti ini dapat meneruskan perjalanannya bermula dari wawasan dunia hingga akhirat.
Di sebalik pencapaian PAS dengan sedikit kemenangan di negeri-negeri yang kuasanya terbatas, kita diuji dengan sedikit ghanimah jawatan, kedudukan, dan projek kecil yang menjadi rebutan. Semua ini boleh menguji kita, lalu menyebabkan kita menjadi tidak berdisiplin, sehingga memerlukan tindakan bagi menyelamatkan bahtera daripada ditebuk dari dalamnya.
Kesilapan pemimpin yang berkait dengan dasar parti dan keselamatannya boleh diadu dengan hujah yang benar dan saksi yang adil.
Begitu juga tindakan tidak berwala’ kepada jemaah sehingga melemahkan parti, mesti diambil tindakan disiplin dan tidak boleh dibiarkan. Walaupun tidak ada wahyu yang diturunkan untuk membetulkan jemaah, tetapi banyak peristiwa yang dinyatakan oleh al-Quran ialah petunjuk daripada mukjizat ilmu yang berkekalan.
Baca selanjutnya:
https://t.co/u0HifJy53O