NYDP PAS Kawasan Labuan merangkap Pengerusi MPP Sub Zon 1 Tn Hj Abdul Rahim Mohd Salleh hadir ke pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat Labuan untuk mengangkat aduan penduduk tempatan.
Kerja-kerja pembaikan atap yang rosak akibat ribut kuat, diteruskan lagi hari ini oleh beberapa anggota Jabatan Amal Malaysia Labuan, dibantu oleh badan bukan kerajaan serta individu yang prihatin.
Syabas semuanya !
Tahniah dan syabas buat Jabatan Amal Malaysia Cawangan Labuan yang meluangkan masa membantu membaikpulih bumbung rumah yang rosak akibat dari ribut kencang baru-baru ini.
Khidmat mereka yang tidak mengharapkan sebarang ganjaran. Itulah Jabatan Amal !
"Beramal Kerana Allah"
Alhamdulillah pagi ini PAS Kawasan Labuan berkesempatan mengikuti Konvensyen PAS Wilayah Persekutuan yang diadakan di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM) melalui dalam talian (online).
LABUAN, Isnin : Jabatan Pilihanraya Parlimen (JPRP) PAS Kawasan Labuan telah mengadakan Pelancaran Jentera Jabatan Pilihan Raya Parlimen bagi menghadapi kemungkinan Pilihan Raya Umum(PRU) ke 15 di sini hari ini.
berita selanjutnya:
https://t.co/zHXs1vpK4n
Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Kali Ke-63
Malaysia Prihatin | Islam Memimpin Perpaduan
Bersama menjaga maruah dan kedaulatan negara.
Ikhlas daripada PAS Kawasan Labuan .
Alhamdulillah pagi ini Pengerusi MPP Sub Zon 1 Tn Hj Abdul Rahim bersama jawatankuasanya sempat meluangkan bersama dalam program Gotong Royong Malaysia Prihatin di Taman Victoria. Program ini anjuran Jabatan Perkhidmatan Perbandaran Perbadanan Labuan dan MPP Sub Zon 1.
Pagi tadi YDP PAS Kawasan Labuan Tn Hj Hamir Zahari merangkap Pengerusi Lajnah Asas Tani & Alam Sekitar (LATAS) PAS Wilayah Persekutuan, membuat kunjungan hormat ke Jabatan Alam Sekitar (JAS) WP Labuan dan berjumpa dengan Pengarah JAS Labuan En Amir Hamzah Musa .
Alhamdulillah petang tadi Muslimat PAS Cawangan Tanjung Aru membuat ziarah dan menyerahkan sumbangan kepada 17 buah keluarga sekitar Kg. Tanjung Aru, Kg. Lajau dan Kg. Lubok Temiang.
ARAK. IBU SEGALA KEROSAKAN.
” Wahai orang2 yang beriman! Bahawa ssungguhnya arak, judi, pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang2 anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu jauhinya supaya kamu berjaya.” (Surah Al-Maidah : 90)
Warna Warni Majlis Rumah Terbuka PAS & PASTI Labuan 2018 .
Alhamdulillah. Terima kasih yang sudi datang . Semoga ukhwah yang ada terjalin lagi kukuh sesama masyarakat Labuan amnya .
#RayaPasLabuan2018
Assalaamualaikum wbt,
Saya beserta keluarga dan mewakili PAS Kawasan Labuan ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat seluruh umat Islam khususnya di kawasan Labuan serta Malaysia amnya.
Maaf Zahir dan Batin.
تَقَبَّلَ اللَّهُ مِنَّا وَ مِنْكُمْ
Ramadhan berlalu pergi, syawal pula dirai. Semoga ujian di bulan tarbiyah kita yang lalu dapat dijadikan sebagai kekuatan untuk kita terus meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah dan semoga beroleh kemenangan .
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI , Maaf Zahir & Batin