Ada bertanya tentang penjelasan terbaru kononnya audit JAN (Jabatan Audit Negara) yg guna Realisable Asset Value (RAV) dan PwC (marked to market).
Kata mereka dua2 betul, jadi audit PwC itu saja2 dibuat untuk burukkan TH. Sebenarnya TH tak rugi pun.
Berikut beberapa ilmu perakaunan & pelaporan kewangan yg saya belajar sebagai seorang akauntan bertauliah dengan Institute of Chartered Accountants in England & Wales (ICAEW).
1. Standard akan dikemaskini dari semasa ke semasa (FRS etc) tetapi mengikut beberapa hukum kewangan yang tak berubah
2. Hukum kewangan ni macam rukun akaun la, membantu kita menentukan sesuatu yang rumit
3. Satu rukun - substance over form. Maknanya sesuatu transaksi itu mesti dilaporkan mengikut hakikat sebenar, bukan yang diklasifikasikan. Kalau transaksi itu bermakna ia adalah hutang, walaupun dipanggil walaupun dipanggil preference shares, mesti dilaporkan sebagai hutang.
4. Jadi kena tengok sifat transaksi itu - ada bayar recurring coupons yg tidak bergantung kepada prestasi kewangan ke tidak? Ada fixed terms kena redeem ke tidak?
5. Satu lagi rukun yg sangat penting - prudence. Maknanya setiap pelaporan kewangan itu mesti menunjukkan nilai yang paling realistik dengan apa yang akan dibayar bila aset dicairkan. Selalunya nilai itu lebih rendah daripada apa yang kita nak atau kita rasa.
6. Rukun prudence ini penting supaya entiti perniagaan tidak leka dengan nilai yang mereka sendiri letakkan tinggi, sebenarnya ia tidak begitu bernilai di pasaran.
Dalam kes TH, bila ada yang cuba berhujah mengenai RAV lawan marked to market, sangat jelas bahawa RAV ini bertentangan dengan rukun prudence dan rukun substance over form.
Substance over form - kita boleh bergaduh konon untung atas kertas >RM3b dan bukan rugi RM1b sebab kita pakai RAV.
Tetapi bila nak bayar hibah, bila kena guna duit pendeposit (terutamanya pendeposit baru), itu dah jadi rolling duit pendeposit.
Maknanya substance dah bertukar - hibah itu bukan dari keuntungan, ia dari pendeposit sebab rolling.
Prudence - sangatlah jelas kaedah RAV ini inflate aset2 TH yang nilainya jauh lebih rendah dari apa yg boleh diperolehi dari pasaran.
Bukti dah ada - dah 8 tahun aset TH dipindahkan kpd UJSB untuk dipulihkan, tak dapat pulih sampai hutang UJSB kpd TH kena rolling 10 tahun lagi.
Kita mungkin ada pandangan politik masing-masing, tetapi bagi mereka yang dilatih sebagai professional kewangan dan yg bersumpah akan menjadi seorang akauntan bertauliah yg jujur, benda TH ni sudah cukup jelas.
Lebih baik tumpu macam mana nak selesaikan masalah hutang rakyat akibat kena bail out TH.
Saya ada fikirkan perkara ini.
1) Susah nak menang kerana chances are, pihak berkuasa akan kata mereka hanya menjalankan tugas & menyiasat itu sebahagian dari tugas mereka.
2) Kalau mahkamah benarkan dan saya menang, akan jadi precedent dan lepas ini sapa-sapa kena siasat, walaupun mereka memang buat salah, akan ambik tindakan mahkamah. Justice system akan terkesan.
Memang tidak adil bila pihak berkuasa is weaponised to go after lawan politik.
Tapi saya berfikir panjang dan tak leh ikut perasaan.
Kita kena lawan mereka yang membenarkan justice system to be weaponised, bukan tindakan yg ada kesan kpd justice system in the future.
Saya anggap apa yg berlaku kepada saya satu ujian, dan harapnya jadi pengajaran utk buka mata kpd orang lain.
Saya boleh lalui ujian itu tanpa berdendam atau ambil tindakan yg ada kesan kpd justice system in the long run.
Sebab itu saya tak saman balik.
Saya telah kupas laporan RCI Tabung Haji panjang lebar selama 3 jam setengah dalam Podcast YBM #57 semalam.
Boleh tonton perlahan2:
https://t.co/R6yMx86NPt
Ada soal zakat tidak dibayar, pelaburan tidak patuh syariah, Tabung Haji beli syarikat Jho Low masa zaman Najib - yang semuanya belum dikupas oleh komentar lain.
Selepas ini, saya akan huraikan dengan lebih mendalam bermula minggu depan mengikut topik.
Insya-Allah, kita cuba bantu pihak berkuasa selidik siapa di belakang syarikat-syarikat yang sakau duit Tabung Haji.
Tapi sebelum itu, kalau bersetuju dengan apa yang kami usahakan, jadilah ahli BERSAMA di https://t.co/6vXmDO7iOp
Ini akan jadi kenangan yang aku tak kan lupa!
Kami sedar, bahawa kami ada dua pilihan sahaja.
“Buat atau tidak buat”
Maka kami sentiasa pilih untuk “Buat”
Syabas! Ini baru betul konsep redha Berusaha, berdoa dan yang lain serah pada Allah (tawakkal). Kalah menang, itu bukan kerja kita. Kemudian, ucap terima kasih kepada semua yang terlibat.
Tidak seperti Parti Mata Lebam dan ceplos2nya. Konfiden menang besar bagai. Tetiba kalah teruk, salahkan pihak lain. 🤣
Keputusan ini bukan penamat. Ia adalah permulaan.
Kami sedar perjalanan ini tidak akan mudah. Kami tahu membina sebuah gerakan politik yang benar-benar mengembalikan kuasa kepada rakyat tidak akan berlaku dalam masa 50 hari.
Namun, kami tetap melangkah, dan anda melangkah bersama kami.
Terima kasih kepada setiap rakyat Malaysia yang memberi kepercayaan kepada BERSAMA. Kepada mereka yang mengundi sebuah parti yang baru berusia 50 hari, kepada para sukarelawan yang mengorbankan masa dan tenaga, kepada penyumbang yang percaya pada perjuangan ini, dan kepada semua yang mendoakan kami - terima kasih.
Setiap undi, setiap perbualan, setiap teguran, dan setiap sokongan adalah amanah yang kami bawa ke hadapan.
Kami menerima segala pengajaran dengan hati yang terbuka. Kami akan terus belajar, memperbaiki kelemahan, dan bekerja lebih kuat.
Kerana perjuangan ini tidak pernah hanya tentang satu pilihan raya.
Ia adalah perjalanan yang panjang untuk membina politik yang lebih jujur, lebih dekat dengan rakyat, dan benar-benar milik rakyat.
Benih itu telah ditanam.
Kini, tiba masanya kita memupuknya bersama.
Perjalanan BERSAMA baru sahaja bermula.
Yang bagi nyawa pun PH. Mael Sabri contoh paling dekat. Azam Baki sampai buat PC tunjuk RM170 juta dalam berbagai mata wang asing dan jongkong2 emas. Helokkkk je dia ke sana ke mari. Ha3.
BN dan PH 2x5 haprak! Dapat pulak back up daripada akaun2 yang tak tahu benda. 🤣
Ceplos yang korang tak tahu. Nampak gah di awal2. Kononnya nak lenyapkan orang tertentu daripada X Akhirnya kantoi tertembak punai keciknya sendiri sebelum surat sampai. 🤣
Klinik Kesihatan adalah premis Kerajaan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Mengadakan kempen pilihanraya seperti ceramah, edar risalah, pasang poster atau rayu undi do dalam atau menggunakan fasiliti itu boleh melanggar etika dan undang2 pilihanraya di bawah Akta Kesalahan Pilihanraya 1954.
@SPRMMalaysia what say you?
Peruntukan Perlembagaan mana yang kau tuduh bahawa kuasa @rafiziramli dan @niknazmi lebih besar daripada Presiden?
Dalam @partibersamamy, Presiden melaksanakan fungsi2 pentadbiran manakala Rafizi dan Nik bertanggungjawab dalam kerja lapangan.
Berbeza dengan Parti Mata Lebam. Presiden buat semua kerja. TP yang baru disimpan dalam peti sejuk beku. Fungsinya pula diambil alih oleh mereka2 yang kalah pilihanraya. 🤣 Belum pernah berlaku dalam mana2 pertempuran, mereka2 yang kalah diangkat mengetuai peperangan. Itu strategi bunuh diri. World Cup pun amik team yang menang ke perlawanan seterusnya. 🤣
Kenapa Rafizi dan Nik menjalankan kempen berbeza? Sebab boleh! 🤣
Jemput calon membolehkan calon ke rumah, premis atau kawasan .mereka untuk dialog, soal jawab dan interaksi langsung. Calon yang minta undi, wajar turun padang apabila dipanggil. Bukan sebaliknya. Cara ini lebih murah, fokus akar umbi dan telus. Bukan macam Parti Mata Lebam. Kerah semua pengundi turun, guna jentera Kerajaan. Last2 datang tengok calon tebar roti canai. Last2 datang olok2 mesra pengundi di pasar2. Ikan pun tak beli. 🤣
Jadi, apa yang dibuat oleh Rafizi dan Nik, selaras dengan pendekatan BERSAMA yang menekankan 'politik kembali kepada rakyat'. Jelas, ini bukan metafora tetapi cadangan paling praktikal.
#𝗪𝗲𝗙𝘂𝗻𝗱 𝗕𝗘𝗥𝗦��𝗠𝗔 𝗦𝗔𝗕𝗧𝗨 𝗜𝗡𝗜 𝟮𝟳 𝗝𝗨𝗡, 𝗝𝗔𝗡𝗝𝗜 𝗧𝗔𝗞 𝗧𝗨𝗞𝗔𝗥 𝗩𝗘𝗡𝗨𝗘 𝗗𝗔𝗛. 𝗔𝗗𝗔 𝟯𝟵𝟲 𝗧𝗜𝗞𝗘𝗧 𝗟𝗔𝗚𝗜
Terima kasih kepada yang telah membeli tiket ke majlis makan malam mengutip dana #WeFund BERSAMA pada hari Sabtu ini, 27 Jun bermula jam 8 malam.
Kat mana? Lepas ni saya komen.
Setakat hari Isnin, 22 Jun, lebih kurang 5 hari sebelum #WeFund - sebanyak 602 tiket telah dijual.
Tiket platinum RM2,000 habis dijual.
Tiket silver RM500 habis dijual.
Tiket gold RM1,000 mulanya habis dijual, kemudian ada seorang pembeli yang baik hati dia rasa lebih baik dia dermakan saja satu meja RM10,000 dan minta dijual balik tiket-tiket yang dia.
Jadi masih ada 8 tiket gold RM1,000 yang boleh dibeli.
Jualan tiket setakat ini telah mencecah RM144,500 dengan berbaki 5 hari.
Ada 396 tempat lagi belum dijual iaitu 8 tiket RM1,000 dan 388 tiket RM150 setiap satu.
Bagi mereka yang ingin membeli, boleh layari https://t.co/6vXmDO7QDX - dari situ klik banner atas atau klik “Acara”, pilih #WeFund.
Kami akan mula buat count down setiap hari dan kemas kini berapa tiket masih berbaki.
Dekat mana majlis makan malam #WeFund ni?
Kami terpaksa tukar tempat dua kali.
Mulanya di SJKC Wangsa Maju.
Sebaik diumum, pihak sekolah terus dapat surat cinta dari Pejabat Pendidikan Daerah dan terpaksa pulangkan bayaran kami dan batalkan booking, walaupun amalan biasa sekolah-sekolah jenis kebangsaan cina menyewakan dewan mereka untuk acara luar seperti ini sebab ini cara mereka menampung kos operasi mereka.
Kami pun berpindah ke SJKC Chung Kwo. Kami dah buat fundraising dinner di sini sejak zaman Dato’ Seri Najib, di kemuncak kes 1MDB lagi.
Mereka pun dah biasa dengan kami, dari zaman INVOKE untuk membiayai calon-calon PKR/PH masuk PRU2018 dan zaman Ayuh Malaysia membiayai calon PKR masuk PRU2022.
Semua OK, saya umum pertukaran tempat.
Pagi umum, tengahari sekolah dapat surat cinta PPD - perkara sama kena pulangkan bayaran dan batalkan tempahan.
Akhirnya kami berjaya dapatkan tempat di IDCC Selayang dan setakat ini tidak dapat apa-apa surat cinta.
Nak dijadikan cerita, pada masa yang sama Kancil diperlaku begini, yang tak pernah berlaku zaman BN dahulu, DAP Subang Jaya juga buat majlis fundraising dinner di SJK(C) Chee Wen.
Bila dah bising pasal double standard - BERSAMA buat tak boleh, DAP buat boleh, barulah agaknya SJKC Chee Wen pun dapat surat cinta dari PPD.
Akhirnya, DAP Subang Jaya pun kena tukar ke venue lain.
Nak kata ini dasar Kementerian Pendidikan di bawah Fadhlina Sidek yang langsung tidak boleh buat program oleh parti politik di sekolah, DAP Wilayah Persekutuan pun buat sambutan 60 tahun DAP di sekolah - di Sekolah Menengah Confucian pada 7 Jun 2026, lebih kurang 2 minggu lepas.
Jadi saya tak rasa ini soal dasar lah sebab memang sekolah-sekolah Cina biasa saja menyewakan dewan-dewan mereka yang kemudahannya lebih baik dari dewan-dewan komersial, kepada function luar pada harga yang murah.
Ia sumber kewangan untuk menampung kos operasi.
Tapi bagus juga jadi macam ini, majlis #WeFund sampai jadi berita. Bila dilaporkan, lebih ramai orang tahu jualan tiket pun lagi cepat laris.
Bila mencabar kuasa, halangan-halangan macam tempahan kena batal, kena sekat ini perkara biasa.
Saya dah lalui zaman susah PKR dahulu tahun-tahun 2000 ke 2010 sebelum PKR ada kuasa. Cuma Fadhlina saja yang tak melaluinya, dia masuk masa dah senang terus jadi senator, kemudian terus jadi menteri.
Jadi ikut suka mereka lah nak buat apa, yang penting kita jual tiket dan anda beli tiket.
Jangan terlambat, kalau berkelapangan beli tiket #WeFund hari ini dan kita jumpa di IDCC Selayang hari Sabtu ini, 27 Jun jam 8 malam.
𝗧𝗢𝗣 𝟱𝟬 𝗞𝗘𝗔𝗛𝗟𝗜𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔
Minggu ini, genap sebulan 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 dilancarkan semula untuk menjadi pilihan kepada pengundi-pengundi.
Permohonan keahlian adalah memberangsangkan. Sambutan menggalakkan. Saya bersyukur dengan sokongan rakyat biasa dari seluruh Malaysia.
Berikut adalah top 50 kerusi-kerusi parlimen yang mempunyai ahli 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 paling ramai:
1. Shah Alam
2. Bangi
3. Petaling Jaya
4. Subang
5. Hulu Langat
6. Sepang
7. Puchong
8. Seremban
9. Gombak
10. Pandan
11. Kota Raja
12. Sungai Buloh
13. Klang
14. Setiawangsa
15. Selayang
16. Ampang
17. Damansara
18. Wangsa Maju
19. Johor Baharu
20. Segambut
21. Kuala Langat
22. Iskandar Puteri
23. Bandar Tun Razak
24. Hulu Selangor
25. Tambun
26. Kuala Selangor
27. Batu
28. Hang Tuah Jaya
29. Lembah Pantai
30. Tebrau
31. Sungai Petani
32. Pasir Gudang
33. Seputeh
34. Putrajaya
35. Rasah
36. Tangga Batu
37. Kota Melaka
38. Kapar
39. Bayan Baru
40. Rembau
41. Pulai
42. Cheras
43. Indera Mahkota
44. Kuantan
45. Sungai Siput
46. Lumut
47. Sepanggar
48. Ipoh Barat
49. Port Dickson
50. Bukit Mertajam