Salam Maal Hijrah 1448H daripada kami di Perak Corporation Berhad. Marilah jadikan tahun baharu ini sebagai pemangkin untuk terus melangkah maju. Semoga lembaran baharu ini membawa pertumbuhan dan kejayaan yang lebih gemilang buat kita semua.
DAULAT TUANKU.
Seluruh warga kerja Perak Corporation Berhad merafakkan sembah tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku pada 1 Jun 2026 bersamaan 15 Zulhijjah 1447H. Semoga Allah lanjutkan usia Tuanku.
Selamat Hari Pekerja daripada kami di Perak Corporation Berhad. Semoga terus bersemangat dan sukses dalam setiap usaha yang dilakukan!
#perakcorp#perakcorporationberhad#pcb
Selamat Hari Raya Aidilfitri daripada kami di Perak Corporation Berhad.
Semoga Syawal ini membawa keberkatan dan kebahagiaan buat anda sekeluarga.
Tulus ikhlas, maaf zahir dan batin.
Salam Nuzul Al-Quran, memperingati turunnya kitab suci yang menerangi jiwa.
Semoga keberkatan Ramadan ini membawa ketenangan dan kejayaan buat kita semua.
Ikhlas daripada Perak Corporation Berhad.
Ramadan Al-Mubarak, bulan penuh barakah. Semoga keberkatan Ramadan membawa kesejahteraan buat kita semua. Selamat menyambut Ramadan daripada Perak Corporation Berhad.
Raikan kepelbagaian dan perpaduan kaum dalam semangat muhibah. Semoga lembaran baharu ini membawa sinar kesejahteraan buat semua. Selamat Tahun Baharu Cina daripada kami di Perak Corporation Berhad!
Selamat Tahun Baru 2026! Semoga 2026 menjadi tahun yang penuh kejayaan, rezeki yang barakah dan kebahagiaan buat kita semua. Mari kita buka lembaran baru ini dengan penuh kesyukuran dan semangat untuk terus maju ke hadapan.
Selamat Hari Natal daripada kami di Perak Corporation Berhad. Semoga sambutan tahun ini membawa seribu kegembiraan dan kebahagiaan buat anda sekeluarga. Selamat bercuti!
Dari seluruh warga Perak Corporation Berhad, kami mengucapkan Selamat Hari Deepavali kepada semua yang menyambutnya. Semoga perayaan ini membawa kemakmuran, perpaduan, dan kejayaan dalam usaha anda yang mendatang. Selamat bercuti dan nikmati perayaan Deepavali ✨
Selamat Hari Malaysia! Semoga semangat perpaduan dan keharmonian yang mengikat kita terus mekar.
Marilah kita kekal bersatu, meraikan kepelbagaian yang menjadi nadi kekuatan Malaysia.
Bersama-sama, kita pertahankan cinta dan kebanggaan kita terhadap tanah air tercinta ini.
Selamat Hari Kebangsaan ke-68, Malaysia! Kibarkan Jalur Gemilang, semarakkan jiwa Merdeka. Marilah kita terus menjaga keharmonian negara demi masa depan yang lebih gemilang.
Kami dengan penuh rasa dukacita ingin merakamkan ucapan takziah kepada YB Dato' Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, atas pemergian ibu mertua beliau.
Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua umat Islam daripada Perak Corporation Berhad.
Kami mendoakan agar anda dan keluarga menikmati sambutan yang meriah dan diberkati serta dikurniakan rezeki yang melimpah ruah. Semoga semangat pengorbanan dan keikhlasan menyinari kita semua.
DAULAT TUANKU
Merafak Sembah dan Setinggi-Tinggi Tahniah
Kebawah Duli Yang Maha Mulia
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim
Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi
pada 2 Jun 2025/5 Zulhijjah 1446H
Ikhlas daripada seluruh warga kerja
Perak Corporation Bhd
Perak Corporation Berhad mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Wesak kepada seluruh penganut agama Buddha.
Semoga sambutan kali ini menginspirasikan kita semua untuk menguatkan semangat kasih sayang dan keharmonian dalam masyarakat.
Selamat Menyambut Hari Pekerja
1 Mei 2025
Perak Corporation Berhad ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga kerja atas dedikasi, komitmen dan sumbangan berterusan dalam memacu kejayaan syarikat.