@LimYiWei4MY@dashranyohan@dapmalaysia Read your article. Didn’t say at all how DAP intend to deal with coalitions especially PKR and PMX? That’s the elephant in the room why DAP losing support
Watch this .. @rafiziramli talking about the true essence of Islam in the context of the deviant @abdulhadiawang comments on Muslims and Non-Muslims. All Malaysian MUST watch.
𝗞𝗘𝗡𝗬𝗔𝗧𝗔𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗗𝗜𝗔
10 November 2026
𝗣𝗥𝗘𝗦𝗧𝗔𝗦𝗜 𝗘𝗞𝗢𝗡𝗢𝗠𝗜 𝗠𝗘𝗟𝗔𝗞𝗔 𝗞𝗘𝗧𝗜𝗡𝗚𝗚𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗥𝗕𝗔𝗡𝗗𝗜𝗡𝗚 𝗣𝗥𝗘𝗦𝗧𝗔𝗦𝗜 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔
Kempen PRN Melaka yang memasuki minggu kedua menyaksikan ketiga-tiga parti utama (BN-PN, PH-BERSATU dan BERSAMA) telah membentangkan manifesto masing-masing.
BERSAMA telah memberi maklum balas kepada manifesto PH-BERSATU dan hari ini, Saudara Sum Dek Joe memberi maklum balas BERSAMA kepada manifesto BN-PN.
Satu perkara yang paling ketara dari manifesto PH-BERSATU dan BN-PN ialah kegagalan parti-parti ini membentangkan punca hasil untuk membiayai janji-janji pilihan raya.
Kempen PH-BERSATU dan BN-PN setakat ini tidak menyentuh mengenai perkara utama mengenai kemampuan mereka melaksanakan janji-janji pilihan raya; iaitu prestasi ekonomi Melaka setakat ini.
Prestasi ekonomi Melaka memberi gambaran sama ada unjuran hasil Kerajaan Negeri berpadanan dengan segala janji yang dimasukkan di dalam manifesto PH-BERSATU dan BN-PN.
Hakikatnya, Melaka di bawah pentadbiran Dato’ Seri Rauf dan BN tidak menunjukkan prestasi ekonomi yang memberangsangkan sejak BN mengambil alih dalam tahun 2021.
Saya bandingkan prestasi pertumbuhan ekonomi Melaka berbanding dengan pertumbuhan ekonomi Malaysia antara 2021 hingga 2025 (berdasarkan angka rasmi yang dikeluarkan DOSM):
𝗧𝗮𝗵𝘂𝗻 𝟮𝟬𝟮𝟭
Pertumbuhan Melaka: 2.1%
Pertumbuhan Malaysia: 3.3%
Jurang Pertumbuhan: -1.2 percentage point (pp)
𝗧𝗮𝗵𝘂𝗻 𝟮𝟬𝟮𝟮
Pertumbuhan Melaka: 8.9%
Pertumbuhan Malaysia: 9.0%
Jurang Pertumbuhan: -0.1 pp
𝗧𝗮𝗵𝘂𝗻 𝟮𝟬𝟮𝟯
Pertumbuhan Melaka: 2.8%
Pertumbuhan Malaysia: 3.6%
Jurang Pertumbuhan: -0.8 pp
𝗧𝗮𝗵𝘂𝗻 𝟮𝟬𝟮𝟰
Pertumbuhan Melaka: 4.2%
Pertumbuhan Malaysia: 5.2%
Jurang Pertumbuhan: -1.0 pp
𝗧𝗮𝗵𝘂𝗻 𝟮𝟬𝟮𝟱
Pertumbuhan Melaka: 3.0%
Pertumbuhan Malaysia: 5.2%
Jurang Pertumbuhan: -2.2 pp
Prestasi ekonomi Melaka sebenarnya sentiasa ketinggalan berbanding Malaysia dan ini melebarkan jurang ekonomi yang membawa kesan berganda kepada rakyat Melaka:
1) Pertumbuhan ekonomi yang sentiasa ketinggalan berbanding Malaysia bermakna Melaka tidak berupaya untuk turut serta di dalam perancangan ekonomi berskala besar jangka panjang di peringkat nasional
2) Pertumbuhan yang sentiasa ketinggalan ini menghadkan potensi peningkatan hasil Kerajaan Negeri
3) Pertumbuhan sebegini menghadkan pewujudan peluang kerja bergaji tinggi di Melaka, yang menyebabkan anak-anak Melaka terpaksa berhijrah mencari pekerjaan yang lebih baik
Di bawah pentadbiran Dato’ Seri Rauf, jurang pertumbuhan ekonomi di antara Melaka dan Malaysia sebenarnya semakin melebar setiap tahun.
Bagi tahun 2025, dua sektor utama di Melaka iaitu perkilangan dan pembinaan mencatatkan jurang pertumbuhan yang besar berbanding angka nasional [Perkilangan (Melaka - 1.1%, Malaysia - 4.5%), Pembinaan (Melaka - menguncup 4.9%, Malaysia - 12.2%)].
Saya menunggu bagaimana BN-PN menjawab rekod pertumbuhan ekonomi yang hambar di antara 2021 hingga 2025; serta bagaimana PH-BERSATU akan membiayai pelbagai janji pilihan raya dalam keadaan pertumbuhan ekonomi Melaka yang lebih perlahan berbanding kadar nasional.
Bagi 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔
𝗥𝗔𝗙𝗜𝗭𝗜 𝗥𝗔𝗠𝗟𝗜
apa rafizi cakap adalah 100% betul dan benar…
jangan tunding jari kpd Istana atau Umno… Kita dah tau lama psl Umno. DNA dia mmg mcm tu…
Semua ini terjadi sebab PH2.0 !!
Vote out PH selama2 nya !! worthless organisation….
Pada 2021, Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang tegaskan Kerajaan patut bersifat adil kepada semua Ahli Parlimen dalam isu peruntukan.
Sebagai PMX, bukan sahaja Pembangkang tidak terima peruntukan, malah Ahli Parlimen Kerajaan yang dilihat tak sebulu dengan beliau juga disekat peruntukan. Kenapa Reformasi tak dilaksana bila ada kuasa?
Saksikan video penuh wawancara saya di OMM Podcast di url di profail saya.
YB (Yang Botak) @rafiziramli respon terhadap kenyataan Mantan Ketua Audit Negara, Dr. Madinah terkait kenyataannya bahawa tiada bukti kecurian dalam skandal Tabung Haji. Respon dimulakan dengan,
“Ini adalah propaganda yang dimainkan oleh UMNO sekarang untuk tutup masalah yang berlaku dalam Tabung Haji…”
Dengarkan bagaimana Rafizi juga menembak UMNO, PAS dan PH dalam isu besar negara ini. 🫵🏼
Sehari BERSAMA Maulidul Rasul Di Lembah Pantai dibatalkan, atas sebab lokasi telah tarik tawaran untuk kita gunakan premis tersebut. Lokasi untuk Sekawan Kancil yang dijadualkan malam esok akan kami umumkan dalam masa terdekat.
@rajiv4malaysia@whereisxianggg Like Anthony Loke said it might be too late dy but PMX should just implement whatever reforms PH was supposed to do and even that it’s not a promise we will return… do first and then let’s see.