Setiap kali Belanjawan, benda penting rakyat nak tahu, apa pengumuman yang melibatkan bantuan dan kos sara hidup.
Ini 20 inisiatif bantuan rakyat & kos sara hidup dalam Belanjawan 2026 tadi.
Weekend ni banyak jalan tutup di sekitar KL untuk Standard Chatered Marathon.
Sabtu: 13 jalan ditutup antara 5am - 10am
Ahad: 29 jalan ditutup antara 3am - 11am
Plan weekend korang elok-elok especially yang kerja weekend ni.
Saya harap Jabatan Imigresen Malaysia dan Kementerian terbabit tolong ambil maklum 4 hal ini
1. Selepas 3 minggu saya tak balik ke tanahair, tiba-tiba lane yang warganegara Malaysia enjoy sebab laju, terpaksa dikongsi dengan 53 negara yang lain. Kita yang dah terbiasa queue pendek terpaksa bersesak dengan warganegara lain. Hilang rasa special jadi rakyat Malaysia. Ada pulak tu yang tak register lah, muka tak detect, first time guna, semua jadi slow. Dahla tak ada pegawai imigresen yang tunggu di sana untuk assist.
2. Pegawai imigresen yang saya ambil gambar dan tutup sticker tu dengan nada suara yang tinggi dan tak reti beradab, cakap bahasa Inggeris pun berterabur buat macam dia tuan di situ. Marah-marah orang tak bagi masuk kaunter khas- bila ada yang cakap dan tanya dia kenapa jadi macam ni (kena beratur dengan orang lain), dia pesan dan saya quote balik sebab saya dengar dia cakap kuat-kuat “Pergi hantam kerajaan sekarang, diorang yang suruh bukak lane ni untuk warganegara lain”. Apa jenis pegawai kerajaan buat perangai macam ni?.
3. Saya harap Jabatan Imigresen trainlah pegawai-pegawai di KLIA dan pintu gate masuk negara kita dengan belajar cakap elok-elok dan bersopan santun. Cuba belajar cakap macam ni, “Kami minta maaf tuan/puan, ni baru dalam sesi pilot, Insha Allah harapnya lepas ni akan lebih smooth” - kalau kau ingat kau boleh cakap kasar macam tu sebab kau penat, kau ingat orang lain tak penat?
4. Harap pihak kerajaan dapat buat sesuatu. Selain daripada tolong train pegawai-pegawai cakap dengan bersopan santun dan bukan macam gangster filem Tamil, prosedur ni betulkanlah. Kalau pergi negara orang lain siap ada gate special untuk warganegaranya, tapi bila dah kena campur dgn lain, tak biasa weh! Hilang rasa special jadi rakyat Malaysia camni.
Sekian luahan.
Peringatan yang sangat baik.
Biasanya syaitan akan membangkitkan syahwat pada pasangan yang belum kahwin. Semasa couple, masa itulah perasaan menggebu-gebu. Rasa nak serahkan jiwa raga, maruah dan segalanya.
Selepas kahwin, syaitan mengangkat godaannya dan buat kita rasa pasangan tu biasa saja atau dah tak menarik.
Talbis iblis. Moga Allah pelihara rumah tangga kita. Jangan tinggal zikir pagi & petang.
Cara pendekkan hutang rumah.
Tahukah anda, debgan hanya bayaran ekstra 0.1% daripada harga rumah, anda boleh pendekkan kurangkan hutang rumah dari 30 tahun ke 21.5 tahun sahaja?
Contoh kes (rujuk gambar kiri)
Harga rumah RM300,000
Kadar keuntungan bank 5%
Tempoh hutang 30 tahun
Bayaran bulanan RM1,610.46
Dengan hanya ekstra RM300 sebulan yakni 0.1% daripada harga rumah, hutang tersebut dapat dijimatkan.
Berapa banyak jimat? Rujuk gambar kanan
Bayaran ekstra RM300
Jimat RM91,739.02
Jimat 8 tahun 6 bulan
Nota:
*Andaian ini tanpa ambil kira naik turun OPR
*Untuk memastikan bayaran ekstra itu masuk ke baki prinsipal, bergantung kpd jenis kontrak.
*Kaedah ini sesuai untuk pelanggan home financing jenis semi-flexi. Jenis lain, caranya berbeza.
*Pelanggan dinasihatkan untuk merujuk banker untuk membuat cara ini.