23hb Jun
Pagi tadi ke Parlimen bagi menjawab soalan dlm sesi Waktu Pertanyaan2 Menteri (MQT), Dewan Rakyat.
YB Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa, Ahli Parlimen Tampin telah bertanyakan pendirian dan peranan Malaysia berhubung pengumuman Memorandum Persefahaman (MoU)......
......antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran bagi menamatkan perang di Asia Barat serta langkah2 yang akan diambil oleh Kerajaan Malaysia dalam usaha memastikan keamanan yang berkekalan di Asia Barat.
Semasa perjumpaan dengan rakan sejawat dari Iran dalam Mesyuarat Menteri....
...... Menteri Luar BRICS di New Delhi, India baru-baru ini, Menteri Luar Iran menyatakan bahawa pengunduran tentera Amerika Syarikat secara penuh adalah asas bagi mencapai persetujuan untuk menamatkan perang.
🇲🇾 berharap supaya rundingan yg sedang berlangsung di Switzerland, akan dapat mencapai kata sepakat utk keamanan &
kestabilan di Asia Barat. Ia penting kerana 🇲🇾 & negara2 lain banyak bergantung kpd rantau tersebut bagi mendapatkan bekalan bahan mentah - minyak & gas LNG.
22hb Jun
Pagi tadi menghadiri majlis sambutan rasmi bagi meraikan lawatan rasmi TYT Tarique Rahman, Perdana Menteri Republik Rakyat Bangladesh ke Malaysia yang berlangsung di Kompleks Perdana Putra, Putrajaya.
Lawatan ini merupakan lawatan rasmi dua hala pertama TYT Tarique Rahman ke luar negara sejak memegang jawatan pada Februari lalu, sekali gus mencerminkan hubungan erat serta kepercayaan yang terjalin antara Malaysia dan Bangladesh.
Alhamdulillah, mewakili 🇲🇾 dlm pertukaran Nota (EoN) mengenai Penyelidikan Banteras Keganasan bersama rakan sejawat dari Bangladesh, TYT Dr. Khalilur Rahman. Semoga kerjasama yg dimeterai ini terus memperkukuh hubungan 2 hala & menyumbang kpd keamanan serta kemakmuran serantau.
22hb Jun
Menyerahkan surat cara pelantikan kpd Dato’ Nadzirah bt Osman sebagai Wakil Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa2 Bersatu di New York, Amerika Syarikat & kpd Dato’ Zanariah bt Zainal Abidin sbg Wakil Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa2 Bersatu di Geneva, Switzerland.
Pelantikan ini mencerminkan keyakinan Kerajaan terhadap keupayaan serta kepimpinan mereka dalam memperkukuh peranan Malaysia di peringkat antarabangsa.
Tahniah dan selamat bertugas.