Eh tapi harga tu termasuk air dan cikin apa benda entah nama dia. Tak habis pun makan, aku tapau bawa balik siap air tu pun aku suruh bungkus. Tapi tapi tapi patut ke tidak aku beli set pisau tu eh? Aiyo susah betul nak buat keputusan.
Aku ni nak beli set pisau & gunting tefal, harganya RM34 tapi kemain kedekut lagi la. Masih dok berkira² berbaloi ke tidak. Tapi tadi pi lunch makan kwey teow goreng doplohlima hengget sepinggan boleh pulakkkk. The math is not mathing sungguh.
Result exam awal tahun:
1 A+ 5 A 2 A- 1 B+
Yang B+ tu akaun, Acan dapat 67 markah. Aku rasa okay sangat dah ni, kena tambah baik & maintain result ni sampai ke SPM nanti. Semoga berterusan hendaknya usaha Acan nak dapat straight As.
Entah la. Rindu ni yang menyakitkan sangat. Boleh tengok gambar, tengok video. Tapi tak boleh pegang, tak boleh peluk. Sakitnya ya Allah. Sakit sangat.
Tak nak kuat, nak nangis je tapi kena kuat. Paksa diri. Tak boleh selfish. Kesian orang lain nanti. Telan je la sedih ni. Nak nangis sangat, pekup je la muka kat bantal, nangis puas². Pastu lega kejap. Buat macam takde apa jadi.
Minta Allah bagi kuat je la. Bagi redho. Bagi teruskan kehidupan ini dengan tenang. Bagi terus bertahan demi 3 ketul lagi makhluk halus yang perlukan kasih sayang. Sedih sangat, puas nangis sampai airmata pun tak mau keluar dah.
Entah la, aku pun tak tau nak minta apa. Nak doa apa. Sebab benda yang aku nak tu takkan boleh berlaku. Mustahil. Takkan nak minta Allah hidupkan Maya balik? Tak lojik kan?
Since kak ipaq dah masak beria, sebelum balik malam tu, jamah juga la nasi. Kesian dia dah masak banyak. Siap dia tapaukan lauk untuk bersahur. Syurga la makan sahur kemain sedap menunya.
Hari tu balik berbuka dengan in laws. Azan je depa terus capai pinggan makan nasi. Aduh kembang tekak sebab dah terbiasa makan buah & kuih² je waktu berbuka. Mujur la kami pi bazaar beli kuih² untuk anak², depa pun sama tak reti makan nasi waktu berbuka.
Dah la Maya sokmo ada isu dengan budak tu hahahah sori Maya, dia je sama saiz dengan Maya, so Mami bagi baju Maya ye? Nak simpan kat Wawa, takut reput nanti lama sangat.
Rasa macam nak berkurung je duduk rumah tak nak jumpa orang. Tapi nanti aku jadi gila. Tadi petang bagi 6 pasang baju Maya ke anak pengasuh yang sebaya dia. Baju dok elok lagi, ada yang belum pakai, ada yang pakai baru sekali dua.
Orang nampak macam aku steady je bercakap pasal Maya. Tapi depa tak tau malam² aku nangis pekup muka kat bantal. Kalau bantal tu boleh bercakap, dia mesti mengadu penat kena hadap banjir hari².
Tahun lepas Maya yang excited counting days to birthday Mami. Lain sangst tahun ni, takde siapa dah nak remind Mami lagi berapa hari nak sampai ke birthday Mami tu.
"Maya is in a better place, kan Mami?"
"Ye, Adik. Maya bukan nak mati pun. Tapi Allah kata rezeki Maya untuk hidup setakat tu je."
"Mesti Maya terkejut kan Mami macam mana tiba² boleh mati ni?"
"Ye la. Mami rindu sangat kat Maya."
"Adik pun sama."
Sambung nangis.
Shaheem jumpa video dalam phone Maya. Tarikh 1 November. Depa berdua dok main belon dalam bilik air. Dengar suara je, tak nampak muka pun. Suara Maya gelak² happy sangat. Pastu Shaheem nangis, Mami pun ikut sama. Mami pujuk dia, tapi Mami sendiri tak boleh nak control air mata.