The fact that this book dia guna chatgpt lepastu terus bukukan. Nak beli buku especially agama tolonglah check betul-betul publisher or author siapa. Banyak ayat quran dalam buku ni tak wujud pun. Scary is it how AI can turn into? Korang pulak dah la sikit sikit tanya AI 😞
Kalau Palestinian dorg akan guna platform ni utk kecam israel dan laung FREE PALESTINE sbb dorg betul2 nk kan tanah dorg balik
Rohingya educated ni dah ada platform pun xde nk kecam Myanmar atau laung FREEARAKAN pun. Yg dikomplen nye pasal negara lain yg terima org dia.
Tahukah anda tahun 2016 syarikat tekstil Kamdar keluarkan satu kain pasang baju melayu dgn nama,
Hafiz Hamidun ✅
Tahun 2017 Hafiz Hamidun saman Kamdar RM5 juta sbb guna nama komersialnya tanpa izin.
Kamdar kata siapa pun boleh jadi Hafiz Hamidun.
Hafiz kata ada peminatnya terpengaruh beli kain tersebut sebab ingat dia duta.
Mereka lawan di mahkamah.
2018 - Mahkamah Tinggi beri kemenangan pada Hafiz, tapi dirayu oleh Kamdar.
2021 - Mahkamah Persekutuan putuskan Hafiz menang.
Persatuan Jururawat Lelaki Malaysia Bantah Kemasukan Jururawat Indonesia
Oleh Mynewshub
KUALA LUMPUR – Persatuan Jururawat Lelaki Malaysia (MMN) membantah cadangan membawa masuk jururawat dari Indonesia bagi mengatasi kekurangan tenaga kerja kesihatan di negara ini tanpa kajian yang menyeluruh.
Dalam satu kenyataan hari ini, MMN menegaskan bantahan tersebut bukan bersifat prejudis terhadap profesionalisme tenaga kesihatan Indonesia, sebaliknya berpaksikan keutamaan menjaga kualiti penjagaan pesakit, keselamatan klinikal dan kestabilan sistem kesihatan negara dalam jangka panjang.
Menurut MMN, beberapa isu utama perlu diberi perhatian serius termasuk perbezaan standard latihan kejururawatan, kelayakan akademik, prosedur serta protokol klinikal, selain keupayaan berkomunikasi dalam bahasa Melayu dan dialek tempatan.
“Perkara ini secara langsung boleh mempengaruhi penyampaian rawatan yang selamat dan berkesan kepada pesakit Malaysia,” menurut kenyataan itu.
Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Raden Datuk Mohammad Iman Hascarya Kusumo sebelum ini memaklumkan, Indonesia bersedia membekalkan seramai 15,000 jururawat ke Malaysia bagi memenuhi kekurangan tenaga kerja terbabit dalam sektor kesihatan.
Beliau dipetik sebagai berkata, negara itu kini menghasilkan kira-kira 65,000 jururawat setiap tahun, sekali gus mempunyai bekalan tenaga kerja itu yang mencukupi untuk dihantar ke sini.
MMN turut menegaskan bahawa Malaysia masih mempunyai ramai graduan kejururawatan tempatan yang belum mendapat penempatan tetap di hospital kerajaan dan swasta.
Justeru, persatuan itu berpendapat keutamaan perlu diberikan kepada pengambilan serta penempatan graduan tempatan sebelum mempertimbangkan kemasukan tenaga kerja asing secara besar-besaran.
Menurut MMN, kemasukan jururawat asing tanpa perancangan rapi berisiko menjejaskan peluang pekerjaan rakyat Malaysia serta menambah beban kepada sistem latihan adaptasi tempatan.
Sehubungan itu, MMN menggesa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Jabatan Imigresen, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan agensi berkaitan meneliti secara mendalam semua implikasi undang-undang, etika profesional, sosioekonomi serta keselamatan pesakit sebelum sebarang keputusan dibuat.
Persatuan itu turut mencadangkan supaya kajian impak menyeluruh, perbandingan kompetensi secara terbuka serta mekanisme pemantauan dan penilaian berkala yang ketat dilaksanakan terlebih dahulu.
“Sekiranya kemasukan ini benar-benar diperlukan, ia hendaklah bersifat sementara, terhad dari segi jumlah dan tertakluk kepada syarat lesen sementara yang ketat,” katanya.
MMN menegaskan bahawa kebajikan pesakit, maruah profesion kejururawatan tempatan dan peluang pekerjaan rakyat Malaysia tidak boleh dikorbankan demi menyelesaikan masalah kekurangan tenaga kerja dalam jangka pendek. - MYNEWSHUB
Patut la ramai peniaga haram dekat bukit bintang tu, macam ni rupanya cara DBKL cari duit tepi
DBKL rampas barang peniaga haram dekat tepi jalan bukit bintang tu lepastu kena suap sikit, terus bolah ambil barang barang rampasan tu. Patut makin ramai penaiaga haram ni 😅