Mari bersama kami meraikan Sambutan Hari Kesihatan Sedunia Peringkat Negeri Johor. Terdapat pelbagai aktiviti menarik yang boleh anda sertai! Datanglah bersama keluarga dan rakan-rakan 😃💪🏃♂️🏃♀️ https://t.co/DrOETLtpA8
Program Gerak Mesra Taman Pulai Indah yang diadakan pada hari Sabtu, 3 Mac 2019, dirasmikan oleh YB Hj Dzulkefly Bin Ahmad, Exco Perumahan dan Pembangunan Luar Bandar Negeri Johor.
Hari Tibi Sedunia disambut pada 24 Mac setiap tahun.
Apakah Tibi? Apakah yang menyebabkan jangkitan Tibi? Bagaimanakah ia tersebar? Adakah Tibi boleh dirawat?
Ayuh kita ambil tahu agar kita sama-sama dapat mencegah jangkitan penyakit berbahaya ini https://t.co/j5qx5pzZ4b
Ini fakta yg kita semua perlu ambil tahu,
1. 60% pesakit buah pinggang adalah pesakit kencing manis
2. 42,000 org sedang jalani dialisis
3. 7,000 org dikesan sakit buah pinggang setahun.
Tonton temubual @tv1_rtm bersama doktor pakar KKM.
https://t.co/3XxflZMr9r
Anda pernah dengar penyakit malu patologikal?
Ia satu keadaan apabila anda terasa teramat malu walaupun apa yg anda buat itu tidak memalukan langsung.
Contohnya malu makan di khalayak ramai.
Atau teramat malu ketika membuat pembentangan dan pengucapan awam di atas pentas.
Tahukah anda masak kentang tanpa mengupas kulit atau membakar roti sehingga hitam dan rentung akan mendedahkan diri anda kepada Acrylamide.
Apa itu Acrylamide?
Bahan kimia yang digunakan dalam perindustrian tertentu, seperti membuat kertas, pewarna, dan plastik.
Hampir RM30 juta diperuntukkan kerajaan di bawah RMK-11 bagi kerja-kerja baik pulih Hospital Sultanah Aminah JB antaranya untuk tambah sistem pemadam api dan pendawaian baharu. - Menteri Kesihatan @DrDzul
Pencegahan demam denggi merupakan tanggungjawab bersama. Ambil peduli dan lakukan aktiviti pemusnahan tempat pembiakan nyamuk Aedes bersama keluarga, jiran tetangga dan komuniti anda. Denggi tiada ubatnya. Pencegahan merupakan langkah terbaik. Ayuh! https://t.co/bWUANXRr7W
Gambar-gambar sekitar Sambutan Hari Diabetes Sedunia yang dijalankan di Klinik-klinik Kesihatan bawah seliaan Pejabat Kesihatan Daerah Johor Bahru. Pelbagai aktiviti seperti ceramah umum dan pemeriksaan kesihatan telah... https://t.co/iFJpHkNnYv
JOM DERMA DARAH - Kepada yang berkelapangan untuk menderma darah, marilah bersama-sama untuk menyertai Kempen Derma Darah pada tarikh, masa dan lokasi tertera.
LIKE FB: Jadual Kempen Derma Darah Johor Bahru
FOLLOW IG: promosidermadarahhsajb
#jomdermadarah🔴 #jangantakutjarum💉
Alhamdulillah dapat bagi ceramah berkaitan #hfmd di SK Taman Damansara Alif. Terima kasih @jpnjohormedia kerana memanggil kami dari @jknjohor dan @pkdjb untuk turut sama dalam majlis ini.
Hati-hati dan elakkan daripada membeli produk campuran palsu dengan racun dan tidak berdaftar.
Untuk senarai penuh klik pautan ini. https://t.co/FyYXDhJmuW
[Hari ini] Aktiviti Promosi Kesedaran Denggi di China Construction Development (M) Sdn. Bhd. Ceramah diberikan oleh Dr Mazhar daripada Unit Kualiti, PKDJB