Kerajaan sedang mencari langkah terbaik bagi mengurangkan kesan kepada ekonomi negara dan rantau ini berikutan pengumuman tarif timbal balas oleh Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
Foto: BERNAMA
https://t.co/5hbi9K8DZr
#RTM#BeritaRTM#MalaysiaMadani#TaatSetia
Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI bersama Perdana Menteri peringkat Negeri Selangor yang dijadualkan berlangsung esok (6 April) dibatalkan.
https://t.co/0bcAWBJynj
"Malaysia MADANI"
'Yang sahih di Berita RTM'
#RTM#BeritaRTM#MalaysiaMadani#TaatSetia
Ketua jabatan disarankan mempertimbangkan kemudahan Bekerja Dari Rumah (BDR) kepada penjawat awam yang terjejas akibat kebakaran saluran gas menurut Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz.
#MalaysiaMADANI#MADANIBekerja#TaatSetia
πππππ πππππππ ππππππ ππππ ππππππ ππππ πππππππππ ππππππ ππππππππ πππππ ππππππππππ
Setelah mendapat perkenan DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj serta
π Elak Ketagihan, Jangan Mula Merokok!
Lindungi diri dan orang tersayang dengan menolak rokok serta memahami bahayanya.
Pilih gaya hidup sihat! β π
#MalaysiaMADANI#TaatSetia#JabatanPenerangan
Kebakaran Saluran Gas Di Putra Heights
Ketua Jabatan disaran supaya mempertimbangkan kemudahan Bekerja Dari Rumah (BDR) bagi penjawat awam yang terkesan - Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz.
#MalaysiaMADANI#TaatSetia#JabatanPenerangan
οΏ½οΏ½οΏ½ Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban memaklumkan arahan ini dikeluarkan oleh Menteri Dalam Negeri, YB Senator Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
#MalaysiaMADANI
#TaatSetia
#JabatanPenerangan
Kebakaran Saluran Gas Di Putra Heights
πΆ Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menawarkan penggantian pasport Malaysia antarabangsa secara percuma kepada mangsa insiden.
Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI 2025 bersama YAB Perdana Menteri Peringkat Kebangsaan akan berlangsung pada 5 April 2025 (Sabtu), bermula pukul 10.00 pagi - 4.00 petang di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh, Melaka.
Pejabat Perdana Menteri ingin memaklumkan bahawa YAB Perdana Menteri telah mengarahkan agar segala bentuk bantuan dan usaha koordinasi terkait insiden kebakaran di Putra Heights perlu diselaraskan secara langsung dengan YAB Menteri Besar Selangor Datoβ Seri Amirudin Shari serta pihak Petronas diketuai Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Tan Sri Tengku Muhammad Taufik Tengku Kamadjaja Aziz.
Langkah ini bagi memastikan segala gerak kerja terkait pengurusan bantuan di lapangan dapat dibuat dengan teratur dan lebih berkesan.
Kerjasama erat antara Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan sektor industri amat penting dalam menangani situasi ini dengan segera dan
menyeluruh.
YAB Perdana Menteri akan terus memantau perkembangan semasa dan memberi sokongan dan dukungan penuh terhadap segala usaha pemulihan dan keselamatan yang sedang dilaksanakan.
Hari ini saya berkesempatan mengadakan perbincangan menerusi perbualan telefon bersama pimpinan negara ASEAN antaranya Indonesia, Filipina, Brunei Darussalam dan Singapura bagi mendapatkan pandangan serta menyelaraskan tindak balas bersama terkait isu tarif timbal balik Amerika Syarikat (AS).
Selaku Pengerusi ASEAN, Malaysia mahukan kesepakatan sesama negara anggota dalam mewujudkan prinsip keadilan dan kesaksamaan dalam sebarang perundingan perdagangan antara negara, termasuk hubungan rakan dialog ASEAN-AS.
Insya-Allah, Mesyuarat Peringkat Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN minggu depan akan terus membincangkan perkara ini dan mencari solusi terbaik buat keseluruhan negara anggota.
#MalaysiaMADANI
#MADANIBekerja
#ASEAN2025
==
Today, I held a phone conversation with leaders of several ASEAN countries, including Indonesia, the Philippines, Brunei Darussalam, and Singapore, to exchange views and coordinate a collective response to the issue of reciprocal tariffs imposed by the United States (US).
As the Chair of ASEAN, Malaysia remains committed to fostering consensus among member states and upholding the principles of fairness and equity in all trade negotiations, including in ASEAN-US dialogue frameworks.
The upcoming ASEAN Economic Ministersβ Meeting next week will continue deliberations on this matter and seek the best possible solution for all member countries.
#MalaysiaMADANI
#MADANIBekerja
#ASEAN2025
Harga tak sama masa scan?
Jangan risau! π¨
Sebagai pengguna, anda berhak dapat pemulangan wang.
Pastikan hak anda terjamin! β
#MalaysiaMADANI#TaatSetia#JabatanPenerangan
π’ Gunakan media sosial dengan bijak dan bertanggungjawab! π‘β
Katakan TIDAK pada buli siberβlaporkan segera jika anda melihat atau mengalaminya. π ββοΈπ»
#MalaysiaMADANI#TaatSetia#JabatanPenerangan
π€ Puasa Enam atau Berbuka Bila Dijemput ke Jamuan? π
Kalau tuan rumah okay, teruskan puasa & doakan keberkatan buatnya. Tapi kalau dia rasa serba salah atau boleh menyebabkan pembaziran, lebih baik berbuka untuk jaga silaturrahim. β€οΈ
Menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI Peringkat Kebangsaan di MITC Melaka bersama Yang di-Pertua Negeri Melaka Tun Dr Mohd Ali Mohd Rustam, Ketua Menteri, barisan pimpinan Kerajaan Persekutuan dan Negeri selain pelbagai lapisan masyarakat berbilang kaum dan agama di sini.
Alhamdulillah, saya berbangga melihat kemeriahan sambutan Aidilfitri yang begitu penuh ceria dan kegembiraan dengan bersalaman, bertegur sapa, bergambar untuk momen kenangan bersama-sama.
Dalam ucapan, saya maklumkan bahawa Syawal adalah bulan kemenangan dan kejayaan selepas berlalunya Ramadan yang menuntut kesabaran serta keyakinan diri berperang dengan hawa nafsu masing-masing.
Kejayaan juga boleh diukur di peringkat Kerajaan Negeri dan Persekutuan apabila rakyat menikmati pembangunan dan pertumbuhan ekonomi yang rancak, dipacu dengan perubahan teknologi terkini seperti kecerdasan buatan, tenaga hijau dan industri semikonduktor.
Prasarana, infrastruktur, projek tebatan banjir, sekolah, parit, dan segala terkait dengan kebajikan rakyat, perlu disiapkan dengan cepat dan dilaksanakan sebaiknya agar dapat dimanfaatkan segenap lapisan masyarakat.
Terima kasih kepada semua hadirin atas sambutan dan layanan luar biasa. Selamat Hari Raya Aidilfitri maaf zahir dan batin. Moga kemeriahan dan keberkatan bulan Syawal terus dinikmati kita semua.
#MalaysiaMADANI
#MADANIBekerja