Mesyuarat Tapak Bil. 59 dan Mesyuarat Teknikal Bil. 22 Projek Pakej 2 telah berlangsung hari ini. Perbincangan tertumpu kepada semakan kemajuan kerja, penyelarasan teknikal serta tindakan susulan bagi memastikan pelaksanaan projek berjalan lancar mengikut jadual dan spesifikasi
Selamat Menyambut Maal Hijrah 1448H. πβ¨
βSemoga kedatangan tahun baharu Islam ini membawa keberkatan, kedamaian, serta semangat baharu untuk kita terus memacu kemajuan bersama. Insya-Allah.
Ikhlas daripada Pasukan Pemantau Projek (Pakej 2).
Mesyuarat Tapak Bil. 58 bagi Projek Pakej 2 telah berlangsung semalam (25/5/2026, 2.30-4.00 PM). Fokus utama menjurus kepada pemantauan status kemajuan & penyelarasan teknikal bagi memastikan kualiti pelaksanaan di tapak kekal pada tahap optimum.
Daripada lakaran ke mercu tanda, tangan emas membina negara.
βTerima kasih YBhg. Dato' Sri Ir. Roslan bin Ismail atas khidmat tulus tanpa alpa. Jasamu akan terus terukir selamanya dalam lipatan sejarah infrastruktur Malaysia.
" Jasammu Dikenang, Budimu Disanjung "
Audit Reka Dan Bina (13.05.2026 - 15.05.2026) telah berjaya dilaksanakan. Proses penandaarasan dan penilaian ini penting bagi menjamin tadbir urus projek yang holistik serta penyampaian hasil yang berprestasi tinggi.
Pihak kami telah menerima lawatan kerja YB Wong Hon Wai, ADUN Paya Terubong ke tapak Projek Pakej 2 bagi meninjau kemajuan pelaksanaan projek.
Segala usaha akan terus dipergiat bagi memastikan projek dapat disiapkan mengikut tempoh dan spesifikasi yang telah ditetapkan.
Mesyuarat Tapak Projek Pakej 2 Bil. 57 telah diadakan pada 29 April 2026 (9.30-11.45 a.m) bagi membincangkan perkara-perkara teknikal semasa, status kemajuan kerja serta isu-isu yang berkaitan dengan pelaksanaan projek di tapak. Terima kasih atas komitmen semua pihak.
Lawatan Pemeriksaan Siap Kerja (Penutupan NCR) & Sesi Walkabout telah dilaksanakan bersama Wakil Pengarah Projek, Pasukan Pemantau Projek serta pihak Kontraktor pada 28 April 2026 (9.30 pagi β 11.30 pagi)
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YBhg. Ir. Ts. Hajah Sarimah Binti Ahmad,Pengarah Projek Pakej 2 atas pemangkuan ke Gred Utama C (JUSA C).
Semoga terus cemerlang menerajui organisasi dan menyumbang kepada pembangunan negara serta kesejahteraan rakyat.
#JasaKepadaRakyat
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin! πβ¨
βIkhlas daripada kami di Pasukan Pemantau Projek (Pakej 2), Penang Infrastructure Corporation (PIC).
Semoga Syawal ini membawa keberkatan buat semua. π€π£οΈ
β#Aidilfitri1447H#PICPenang#Pakej2#PenangInfrastructure
LAWATAN KERJA YB WONG HON WAI KE TAPAK PROJEK
βPihak kami hari ini telah menerima lawatan kerja daripada YB ADUN Paya Terubong bagi meninjau perkembangan semasa bagi Projek Pakej 2.
Kami komited untuk menyiapkan projek ini mengikut garis masa ditetapkan dengan kualiti terbaik.
Mesyuarat Teknikal Bil.19
(12 Mac 2026)
Perbincangan bersama pasukan projek bagi meneliti kemajuan kerja, isu teknikal serta penyelarasan pelaksanaan bagi Projek Pakej 2. Komitmen berterusan untuk memastikan projek berjalan lancar mengikut perancangan.
Walkabout tapak β pemeriksaan head cap dan komponen nail head assembly bagi memastikan perlindungan kakisan, pemasangan serta keadaan struktur mematuhi spesifikasi.
Dalam masa yang sama, warga mesyuarat turut mengambil kesempatan untuk saling menyampaikan ucapan menyambut bulan Ramadan yang mulia serta Tahun Baharu Cina kepada semua yang meraikan. Semoga semangat perpaduan dan kerjasama terus diperkukuhkan demi kelancaran projek ini.
Mesyuarat Tapak Projek Pakej 2 Bil. 55 telah diadakan dengan perbincangan tertumpu kepada perkara-perkara teknikal semasa, kemajuan kerja serta isu-isu berkaitan pelaksanaan projek.
Satu sesi perkongsian telah diadakan bagi memperkenalkan kaedah penyediaan minit mesyuarat secara lebih efisien dengan memanfaatkan teknologi kecerdasan buatan (AI) iaitu Plaud dan Gemini.
30.1.2026
Sesi walkabout telah dijalankan dengan tujuan utama untuk meneliti dan membincangkan proposal cadangan kawasan baharu VAC (Vernicular Arch Culvert).
24.1.2026
Launching Completed β
Tiga (3) rasuk terakhir di Span P21βP22 berjaya dilancarkan pada 24 Januari 2026. Dengan ini, keseluruhan 232 rasuk bagi Viaduct dan Ramp 1 telah siap sepenuhnya (Lebuhraya Thean Teik)