Minda Presiden PAS
ULAMA’ TIDAK BERPOLITIK BUKAN WARIS PARA ANBIYA’
Kenyataan yang melarang mendekati ulama’ yang berpolitik adalah bertentangan dengan al-Quran. Al-Quran membawa cerita para anbiya’ yang tidak memisahkan politik daripada dakwah, bermula dari zaman Nabi Adam AS hingga Nabi Muhammad SAW, nabi akhir zaman.
Menjadi tugas para ulama’ untuk menyelamatkan umat daripada kerosakan aqidah dan cara hidup dalam segala aspek kehidupan.
Para anbiya’ bukan sahaja berdakwah mengajak rakyat kepada Islam, bahkan mereka menghadapi cabaran yang lebih besar iaitu menghadapi raja-raja dan kumpulan al-mala’ (pemimpin) yang memerintah rakyat. Mereka diperintahkan supaya menyeru para pemimpin agar mengikut petunjuk Allah yang dinamakan Islam. Para pemimpin yang menerima Islam, mereka akan dikekalkan, manakala mereka yang menolak kebenaran pula akan dipecat kerana telah sesat dan berlaku zalim.
Para ulama’ tafsir menegaskan bahawa ulu al-amr merujuk kepada gabungan umara’ (pemimpin) dan ulama’ yang menggantikan peranan para anbiya’. Pemimpin bertanggungjawab menjaga amanah kuasa politik, manakala ulama’ memelihara amanah ilmu agama yang memandu seluruh cara hidup manusia.
Sejarah mencatatkan bahawa semua imam mazhab yang besar pernah mengalami penindasan, sama ada dipenjara atau dihukum, kerana keberanian mereka menentang kezaliman pemerintah pada zaman masing-masing. Antaranya, Imam Sa‘id bin Jubair dibunuh dengan dipancung kepalanya, Imam Abu Hanifah meninggal dunia dalam penjara, Imam Malik pula dihukum sebat, manakala Imam al-Syafi‘i dibelenggu dan Imam Ahmad bin Hanbal pula dihukum sebat.
Semua ulama’ yang meninggalkan pusaka ilmu dalam kitab yang muktabar pada hari ini berjuang politik yang menjadi waris para anbiya’ yang mewarisi ilmu dan perjuangan mereka.
Adapun ulama’ upahan akan hilang ditelan zaman kerana mencari kesenangan dunia yang sementara waktu.
Baca selanjutnya:
https://t.co/nStexQJm6k
Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan politik?
Bagaimanakah politik ini dilaksanakan mengikut Islam?
Apakah perbezaan politik mengikut Islam dan Barat?
Lihat bebenang ini.
Minda Presiden PAS
ISU MEMULAUKAN BARANGAN ISRAEL DAN PENYOKONGNYA
Kini, kempen memulaukan barangan Israel dan negara yang membantu Israel sedang giat dilakukan. Hal ini disebabkan Israel sedang membunuh umat Islam di Palestin dengan melampaui batas sifat kemanusiaan dan undang-undang antarabangsa yang dipersetujui oleh semua negara dan mereka yang berperikemanusiaan.
Dalam tajuk pemulauan ekonomi, pemulauan barangan, atau sekatan bekalan, perkara ini termasuk dalam maksud jihad yang memberikan makna konsep yang luas dan umum daripada al-Quran dan Sunnah Nabawiah yang mentafsirkannya. Kemudian, konsepnya dipanjangkan oleh para ulama’ pada setiap zaman dengan mengambil iktibar ketika menghadapi musuh pada zaman Rasulullah SAW, melalui penurunan ayat al-Quran yang menjadi petunjuk sepanjang zaman serta dihuraikan oleh hikmah Sunnah Nabawiah.
Antaranya ialah firman Allah SWT:
﴿ٱنفِرُواْ خِفَافٗا وَثِقَالٗا وَجَٰهِدُواْ بِأَمۡوَٰلِكُمۡ وَأَنفُسِكُمۡ فِي سَبِيلِ ٱللَّهِۚ ذَٰلِكُمۡ خَيۡرٞ لَّكُمۡ إِن كُنتُمۡ تَعۡلَمُونَ ٤١﴾
“Berangkatlah kamu baik dalam keadaan merasa ringan mahupun berat, dan berjihadlah kamu dengan harta dan dirimu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.” [Surah al-Tawbah: 41]
Berjihad hendaklah dengan harta dan jiwa raga. Dengan harta itu adalah dengan memberikan sumbangan bagi persediaan dan bekalan kepada yang menegakkan Islam untuk memenangkannya secara damai atau melalui peperangan. Termasuklah berjihad dengan harta itu secara melemahkan musuh Islam dari segi ekonomi dan menyekat bekalannya.
Disebut dalam hadis yang sahih dan kitab sirah bahawa musuh Islam pernah memulaukan Rasulullah SAW dan keluarganya ketika Marhalah Makkiyyah.
Kemudian, disebut dalam Sahih al-Bukhari, bahawa Thumamah bin Uthal RA, seorang peniaga yang setelah memeluk Islam, beliau tidak mahu menjual gandum kepada mereka yang menentang Islam kecuali diizinkan oleh Rasulullah SAW.
Selain itu, Rasulullah SAW juga pernah melakukan operasi menyekat rombongan Musyrikin yang berniaga ke Syam bagi menyekat ekonomi mereka. Seterusnya, Baginda menerima cadangan seorang sahabat supaya menyekat sumber air terhadap pasukan Musyrikin ketika berlakunya Perang Badar.
Di samping itu, Rasulullah SAW turut pernah memerintahkan supaya menebang pohon kurma dan membakar kebun tamar milik Yahudi Bani al-Nadir dengan perintah Allah SWT yang berfirman:
﴿مَا قَطَعۡتُم مِّن لِّينَةٍ أَوۡ تَرَكۡتُمُوهَا قَآئِمَةً عَلَىٰٓ أُصُولِهَا فَبِإِذۡنِ ٱللَّهِ وَلِيُخۡزِيَ ٱلۡفَٰسِقِينَ ٥﴾
“Apa-apa sahaja yang kamu tebang daripada pohon kurma (milik orang-orang kafir) atau yang kamu biarkan (tumbuh) berdiri di atas pokoknya, maka (semua itu) adalah dengan izin Allah; dan kerana Dia hendak memberikan kehinaan kepada orang-orang fasiq.” [Surah al-Hasyr: 5]
Tindakan tersebut sebagai tindak balas terhadap perancangan mereka yang berniat membunuh Rasulullah SAW. Walaupun hukum asal memusnahkan tanaman adalah tidak dibenarkan, tetapi dikecualikan dalam keadaan tertentu bagi melemahkan kekuatan ekonomi yang menyumbang kepada musuh yang melampau.
Baca selanjutnya:
https://t.co/EXJRYgJoxu
Kenyataan Media Presiden PAS
SERUAN MUNAJAT UNTUK AL-AQSA
1. PAS mengikuti secara dekat pertempuran yang berlaku antara Palestin dan Israel yang bermula pada hari ini. Serangan besar-besaran telah dilancarkan oleh HAMAS dan Jihad Islami dalam 'Operasi Taufan Al-Aqsa'
Respon ringkas terhadap kenyataan Menteri Ekonomi
1. Saya jadi malas nak melayan suara yang siang malam nak berpolitik, walau atas urusan Negeri/Negara yang perlu komitmen serius dan menjangkaui politik.
(1/3)
MENJAWAB TOHMAHAN SETIAUSAHA POLITIK PRESIDEN PKR
Ke hadapan Sdr Muhammad Kamil
@kamilmunim,
Mesej yang terkandung dalam setiap penulisan YB Tan Sri Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang adalah untuk membangkitkan KESEDARAN dan KEFAHAMAN dalam kalangan umat Islam, ...
1/n
Minda Presiden PAS
PAS BERISTIQAMAH BERSAMA ISLAM
Sila baca laporan berita berikut:
*
DAP keluar BA sebab negara Islam
Parti Bertindak Demokratik (DAP) hari ini mengumumkan parti itu menarik diri daripada pakatan pembangkang Barisan Alternatif (BA).
Perikatan Nasional Negeri Johor akan mengumumkan bakal calon Perikatan Nasional anda yang akan bertanding di N13 DUN SIMPANG JERAM 🔥
📆 Rabu / 23 Ogos 2023
⏰ 8.00 malam
🛣 Markaz PAS Kawasan Bakri Lokasinya : https://t.co/IUvPOZcwBK
#PNTetapBEST#PRKSimpangJeram
Wawasan Induk Negara Sejahtera 2051
Sebuah wawasan menuju 100 tahun penubuhan Parti Islam Se-Malaysia (PAS).
Pemikiran Tuan Guru Presiden PAS dalam merangka wawasan ini menjangkaui politik pilihan raya.
(1/7)
Walaupun PERIKATAN NASIONAL (PN) tidak menang keseluruhan enam negeri dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) semalam namun perubahan kerajaan boleh berlaku di peringkat pusat.
https://t.co/fTudihFdH7
#HarakahDaily#MalaysiaSejahtera#PNtetapBEST#PrihatinBersihStabil
Allahukabar!
Dato' Seri Hj Muhammad Sanusi Md Nor selesai mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kedah Darul Aman Ke-15 dengan perkenan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah.
Semoga diberi kekuatan dan kesabaran memimpin negeri Kedah.
Ucapan terima kasih dari Ameerah Bangi buat petugas wanita muda yang bertungkus-lumus sepanjang PRN.
Tidak lupa juga pengundi wanita muda Bangi, khususnya di DUN Sg Ramal 💚
#ameerahbangi#bangi#kajang#balakong
Penghargaan buat petugas Perikatan Nasional yang bergerak di balik tabir memenangkan DUN Sungai Ramal. Hanya Allah mampu membalas sebaik-baik ganjaran atas usaha kalian.
#ShafieNgah#SungaiRamal#SelangorBaharu
Jika Tun Abdul Razak meletakkan ‘National Unity’ sebagai matlamat Dasar Ekonomi Baru, YB Syahir Sulaiman meletakkan ‘National Stability’ sebagai matlamat Model Baharu Ekonomi Malaysia.
#PNtetapBEST#BersihdanStabil
(1/2)