"Menyokong pelaburan mampan dan bertanggungjawab (SRI) dengan melanjutkan potongan cukai ke atas penerbitan sukuk SRI sehingga tahun taksiran 2027.
#Belanjawan2024#MalaysiaMADANI#JabatanPenerangan
"Projek rintis penggunaan kenderaan elektrik bagi kenderaan rasmi Kerajaan dalam usaha menjadikan Putrajaya model contoh untuk bandar rendah karbon di Malaysia.
#Belanjawan2024#MalaysiaMADANI#JabatanPenerangan
"Menyokong pelaburan mampan dan bertanggungjawab (SRI) dengan melanjutkan pengecualian cukai kepada syarikat pengurusan dana yang menguruskan dana SRI.
#Belanjawan2024#MalaysiaMADANI#JabatanPenerangan
"Tambahan lagi, GLIC dan GLC juga telah meningkatkan sumbangan mereka dalam pelaksanaan pelbagai program demi kebajikan rakyat dan juga negara, iaitu daripada 250 juta ringgit pada tahun 2023 kepada 300 juta ringgit pada tahun 2024. (2/2)
#Belanjawan2024#MalaysiaMADANI
"Tahun ini, nilai pelaburan terkumpul Syarikat Berkaitan Kerajaan dianggarkan mececah 130 bilion ringgit. Antara tumpuan pelaburan termasuklah pelaburan langsung domestik (DDI), modal teroka dalam syarikat pemula berinovasi tinggi dan pertumbuhan hijau demi ketahanan iklim. (1/2)
"RM90 Juta Peruntukan kepada RISDA dan FELCRA sebanyak RM90 Juta bagi menggalakkan pekebun kecil mengoptimumkan penggunaan tanah ladang melalui penghasilan tanaman makanan dan ternakan.
#Belanjawan2024#MalaysiaMADANI#JabatanPenerangan
"RM47 Juta Menaik taraf Lapangan Terbang Tioman bagi menambah baik fasiliti penumpang dan memanjangkan landasan Lapangan Terbang Tioman kepada 1,300 meter.
#Belanjawan2024#MalaysiaMADANI#JabatanPenerangan
"Kerajaan memperkenalkan Galakan Cukai Hab Perkhidmatan Global dengan Insentif kadar cukai pendapatan 5% atau 10% ditentu berdasarkan keberhasilan untuk tempoh sehingga 10 tahun.
#Belanjawan2024#MalaysiaMADANI#JabatanPenerangan
"Memperkenalkan Pas Lawatan Sosial Jangka Panjang untuk pelajar antarabangsa yang telah tamat pengajian bagi menampung keperluan tenaga mahir industri (2/3)
#Belanjawan2024#MalaysiaMADANI#JabatanPenerangan