KELUARGA seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun yang maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta peronda polis dan sebuah Perodua Kelisa di Jalan Ipoh–Lumut semalam merayu kepada orang ramai yang menyaksikan kejadian itu atau mempunyai rakaman dashcam agar tampil membantu siasatan.
Polis memaklumkan siasatan awal mendapati kereta Kelisa yang dipandu oleh ibu mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas memasuki lorong kenderaan polis.
📽️: steven.feb22/Instagram
Ibu mangsa berusia 34 tahun mengalami kecederaan pada bahagian muka, manakala anak perempuannya berada dalam keadaan kritikal sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Raja Permaisuri Bainun.
Dua anggota polis masing-masing berusia 42 dan 48 tahun turut mengalami kecederaan pada bahagian kaki dan bahu.
Kes ini disiasat di bawah kesalahan menyebabkan kematian akibat pemanduan melulu atau berbahaya.
Jika sabit kesalahan, pesalah boleh dikenakan hukuman penjara antara lima hingga 10 tahun serta denda maksimum RM50,000.