Nurin Jazlin telah dikebumikan pada 21 September, 17 tahun yang lalu.
Hari ini, kita mengenang kisahnya dan kesan pemergiannya kepada rakyat Malaysia.
(1/5)
Kes anak termakan keropok beracun itu is such a tragic and unfortunate event
Kalau nak tengok dari kanta “judgmental”, netizen salahkan ibu bapa dengan label negligence. Tapi kalau tengok pada kanta berbeza, kita akan nampak bahawa adalah satu perkara yang agak normal untuk ibu bapa luar bandar berikan kebebasan bermain untuk anak di luar tanpa pantauan. Iya ini boleh dibahas lagi.
Kita dulu pun pergi taman permainan hanya ditemani abang kakak. Parents cuma tahu kita di taman mainan dan bagi rules pulang pukul berapa.
Kanak-kanak bandar kebanyakan duduk di rumah dan hanya keluar dengan ibu ayah atas pelbagai faktor. Banyak yang duduk rumah tinggi-tinggi dan kita kurang ada access kepada alam macam kebun/pantai dan sebagainnya.
Jadi memang tiada peluang pun untuk kita benarkan anak keluar tanpa pantauan. Sebab kesesakan jalan raya depan rumah dan sebagainya.
Sebab itu, agak struggle sebenarnya untuk buat “relaxed parenting” dan kebebasan bermain sepenuhnya untuk anak atas kepelbagaian faktor. Kes ini salah satunya. Banyak KERISAUAN dan KEGELISAHAN ibu bapa moden ini untuk benarkan anak bermain sendiri dan tanpa pantauan. Biasanya ibu ayah berikan kebebasan bermain tapi masih dalam pantauan. Anak mesti tak boleh lepas dari mata.
Saya sendiri mungkin takkan berani bagi anak main di taman mainan sendiri dengan adiknya. Berbanding zaman dulu di mana ibu ayah benarkan saja adik beradik pergi taman sekali tanpa ibu ayah ada.
Sebab itulah tak boleh samakan ibu ayah zaman dulu dengan sekarang. Dulu anak 10 orang pun takda hal. Sekarang anak 3 orang pun banyak hal kena fikir 🥲
Apapun, janganlah beri label pada ibu yang baru kehilangan anaknya itu. Mungkin kita boleh fikirkan cara bagaimana nak empower parenthood and childhood tanpa mengorbankan safety.