📹 KERAJAAN JOHOR HARGAI PERANAN AKAR UMBI INSTITUSI MASJID DAN SURAU
Di bawah kepimpinan YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor, Kerajaan Negeri komited merealisasikan Agenda Maju Johor 2030 menerusi pelbagai inisiatif berimpak tinggi yang memacu kesejahteraan rakyat.
@onnhafiz Alhamdulillah, tindakan tepat demi kebajikan anggota PDRM. RM5 juta bukan kecil, yang penting pelaksanaan mesti pantas, telus dan siap ikut jadual. Rakyat nilai hasil, bukan pengumuman.
Syukur Alhamdulillah. Saya berkesempatan meninjau perkembangan kerja-kerja naik taraf dan pembaikan Kuarters PDRM Parit Perupok, Muar susulan lawatan kerja yang saya lakukan ketika turun ke daerah ini pada Mac lalu.
Ketika tinjauan lalu, saya mendapati pelbagai kerosakan yang telah lama membelenggu penghuni sehingga menjejaskan tahap keselamatan dan keselesaan kediaman mereka. Menyedari keperluan untuk tindakan segera, Kerajaan Negeri meluluskan peruntukan awal sebanyak RM1 juta bagi melaksanakan kerja-kerja pembaikan dan penyelenggaraan.
Bagaimanapun, pemeriksaan lanjut mendapati kerosakan lebih serius daripada jangkaan, melibatkan bumbung, struktur bangunan, elektrik, paip dan kemudahan asas. Justeru, Kerajaan Negeri menambah peruntukan RM4 juta, menjadikan keseluruhan RM5 juta bagi membaik pulih empat blok kuarters, G2 hingga G5, sekali gus memberi manfaat kepada keluarga anggota PDRM yang menetap di kawasan ini.
Walaupun penyelenggaraan kuarters ini bukan di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri, saya yakin dan percaya soal kebajikan rakyat tidak seharusnya dibatasi oleh sempadan tanggungjawab mana-mana agensi. Selagi ada ruang untuk membantu dan mencari penyelesaian, Kerajaan Negeri akan sentiasa berusaha memainkan peranan yang sewajarnya demi kesejahteraan Bangsa Johor.
Semoga usaha naik taraf ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan selesai mengikut jadual yang ditetapkan, sekali gus memberi manfaat yang besar kepada semua penghuni Kuarters PDRM Parit Perupok. Insya-Allah.
Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor
Kepada Allah Kita Berserah
#BangsaJohor #MajuJohor #JohorBersih #JohorSelamat #XtifJohor
Syukur Alhamdulillah, saya berpeluang melancarkan Pelan Transformasi Ekonomi Negeri Johor (JETP), sebuah pelan strategik yang menjadi landasan penting menuju Maju Johor 2030. Menerusi JETP, Johor menyasarkan KDNK RM260 bilion, 200,000 peluang pekerjaan baharu serta 100,000 pekerjaan berpendapatan premium menjelang tahun 2030.
JETP bukan sekadar sebuah pelan ekonomi, tetapi hala tuju pembangunan negeri yang akan menjadi pemangkin kepada aspirasi Maju Johor 2030. Dalam menjayakan aspirasi ini, tiada daerah yang akan ditinggalkan dan tiada komuniti yang akan dipinggirkan. Limpahan pembangunan bukan sahaja tertumpu di Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ), malah akan diperluaskan di kesemua 10 daerah di negeri ini, agar limpahan manfaatnya dinikmati oleh seluruh Bangsa Johor.
Saya turut menyeru seluruh pemegang taruh merangkumi Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, pihak berkuasa tempatan, agensi kerajaan, pemain industri, institusi pendidikan serta seluruh Bangsa Johor untuk terus berganding bahu dan bergerak sebagai satu pasukan. Kejayaan Johor bukan bergantung kepada satu pihak, tetapi kepada komitmen bersama dalam merealisasikan agenda pembangunan negeri.
Di kesempatan ini juga, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah menyumbang idea, kepakaran dan komitmen dalam merangka serta menjayakan Pelan Transformasi Ekonomi Negeri Johor ini.
Semoga segala usaha yang dilaksanakan menerusi JETP dapat mempercepat pembangunan di seluruh Johor, memperkukuh potensi setiap daerah serta memastikan manfaat pertumbuhan ekonomi dapat dirasai oleh seluruh Bangsa Johor. Insya-Allah.
Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor
Kepada Allah Kita Berserah
#BangsaJohor #MajuJohor #JETP #JSSEZ #JTDC
🎙️ 𝐁𝐍 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑 𝐊𝐄𝐍𝐀 𝐌𝐀𝐒𝐔𝐊 𝐊𝐄𝐑𝐀𝐉𝐀𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐏𝐀𝐃𝐔𝐀𝐍? 🤝❓
🗳️ Rakyat Johor telah memberikan mandat yang jelas kepada Barisan Nasional dalam PRN 2022. Mandat itu bukan sekadar angka, tetapi amanah daripada Bangsa Johor untuk membentuk kerajaan negeri.
KENYATAAN BALAS BERHUBUNG JEMPUTAN “IKHLAS” MENTERI PENGANGKUTAN
1. Saya berasa terharu dan lega kerana akhirnya, saya dan Kerajaan Negeri Johor mendapat jemputan yang “ikhlas” daripada YB Menteri Pengangkutan untuk melihat pelaksanaan projek KTM Komuter pada Selasa ini.
2. Saya tidak mempunyai sebarang masalah untuk hadir dan insya-Allah akan melapangkan jadual saya bagi tujuan tersebut. Pelaksanaan projek ini adalah demi kesenangan Bangsa Johor bukan kerjasama politik. Jadi sepatutnya tidak timbul sebarang masalah atau keraguan. Pada saya, urusan rasmi kerajaan dan urusan kerjasama politik adalah dua perkara yang berbeza.
3. Namun begitu, sehingga hari ini, pejabat saya telah memaklumkan bahawa saya masih belum menerima sebarang surat jemputan rasmi dan butiran program daripada pihak Kementerian Pengangkutan untuk saya hadir mewakili Kerajaan Negeri Johor.
4. Saya hanya dimaklumkan oleh pihak media bahawa “jemputan” tersebut dibuat ketika program politik Pelancaran Jentera Pilihan Raya Pakatan Harapan Negeri Sembilan malam semalam.
5. Walaubagaimanapun, saya tetap terharu dengan “keikhlasan” jemputan ini. Sekurang-kurangnya, Kerajaan Negeri Johor akhirnya “dijemput”, walaupun program ini telah dirancang sejak lebih seminggu lalu. Kerana sebelum ini beberapa program Kementerian, saya atau EXCO yang bertanggungjawab tidak mendapat sebarang jemputan rasmi. Antaranya pada :
a. 9 Januari 2023, Lawatan ke CIQ
b. 26 September 2024, Lawatan dan Pengumuman VEP
c. 4 Oktober 2024, Lawatan dan Pengumuman VEP
d. 23 Mac 2025, Lawatan ke ETS Segamat
6. Terkini adalah pada 3 April 2026, ketika Lawatan Kerja YB Menteri Pengangkutan ke tapak projek RTS Link, Kerajaan Negeri sekali lagi tidak dijemput. Namun beberapa pemimpin DAP Johor pula dilihat hadir dalam program. Apabila saya berhubung dengan pihak tertinggi Kementerian Pengangkutan, saya dimaklumkan jemputan hanya melibatkan pihak vendor/pembekal. Adakah pemimpin-pemimpin DAP ini merupakan vendor/pembekal? (Sila lihat gambar-gambar)
7. Untuk pengetahuan semua, bagi memastikan agenda memperkasakan pengangkutan awam di Johor melalui projek KTM Komuter ini dapat berjalan dengan baik, Kerajaan Negeri, turut menghulurkan bantuan sebanyak RM700,000 bagi kerja-kerja mencantikkan dan membalut tren. Saya juga difahamkan pelaksanaannya terpaksa ditangguhkan bagi menunggu kehadiran YB Menteri Pengangkutan untuk melancarkannya pada hari Selasa ini.
8. Selain itu, atas permohonan KTM, Kerajaan Negeri melalui Perbadanan Pengangkutan Awam Johor (PAJ) turut bersetuju untuk menyediakan perkhidmatan bas pengantara di stesen-stesen terlibat, termasuk perkhidmatan shuttle dengan kos operasi sekitar RM86,000. Kerajaan Negeri juga menyelaras laluan Bas Muafakat Johor serta menaja tempat duduk bernilai kira-kira RM9,000 demi keselesaan penumpang.
9. Perkongsian ini bukanlah bertujuan untuk “claim credit”, tetapi sekadar memaklumkan bahawa Kerajaan Negeri Johor turut menyumbang dalam menjayakan inisiatif Kerajaan Persekutuan. Johor bukan sekadar menerima, tetapi turut membantu melaksanakan.
10. Bagi saya, projek pembangunan bukanlah milik mana-mana parti politik termasuklah DAP. Sebaliknya, ia adalah tanggungjawab semua pihak yang diberikan amanah dan kita mesti kekal profesional untuk melaksanakannya demi manfaat dan kesenangan rakyat.
11. Saya menunggu surat jemputan rasmi dan butiran program. Insya-Allah, saya akan melapangkan jadual saya bagi tujuan tersebut.
Syukur Alhamdulillah. Barisan Nasional Johor mengambil maklum pengumuman Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia berhubung tarikh-tarikh penting bagi Pilihan Raya Umum Dewan Negeri Johor ke-16.
Saya ingin merakamkan penghargaan kepada SPR atas persiapan dan pelaksanaan proses demokrasi ini, selaras dengan peruntukan undang-undang serta tanggungjawab yang telah diamanahkan.
Semoga tempoh kempen yang ditetapkan dapat dimanfaatkan sebaik-baiknya oleh semua pihak untuk membentangkan tawaran, rekod pencapaian dan hala tuju masing-masing secara matang, berhemah dan tertib.
Saya menyeru seluruh jentera BN Johor agar berkempen dengan penuh tertib dan beradab.
Kepada rakyat Bangsa Johor yang saya kasihi, saya berharap tempoh ini menjadi ruang untuk membuat penilaian yang adil dan rasional. Nilailah berdasarkan rekod, kestabilan, pencapaian dan kemampuan untuk terus membawa Johor ke hadapan.
Johor telah berada di landasan yang baik. Insya-Allah, dengan sokongan rakyat, kita akan terus mempertahankan kestabilan dan meneruskan kemajuan demi masa depan negeri serta Bangsa Johor.
Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor
Kepada Allah Kita Berserah
#BangsaJohor #MajuJohor #BNJohor #BarisanNasional #UndilahBarisanNasional