Bayar mahal mahal pastu kena duduk tengah panas berejam takpe pulak. tunggu sekejap untuk klinik gomen bayar singgit tak bole, pastu kecoh nak viralkan la sispa la.
(Tengah banyak masa terluang)
Bersembang dengan seorang budak Bangladesh di kedai mamak. Dia kata kampungnya di Negeri Sembilan. Saya pun, sebagai anak Negeri Sembilan yang kononnya peka dengan adat, terus tanya: “Kalau macam tu, kau suku apo?” Dia jawab selamba: “Sukuriti.”
Nak tau ganas tak ganas kes 1MDB kena tanya anak jati Pendang ini.
32 tahun kerja SPRM, pengalaman siasat 1MDB paling dia tak boleh lupa -
"Saya hampir mati sebab kes ini."
Masa DS Shukri dapat task ini, peluru hidup dihantar ke rumah dia.
Tapi ini biasa. Yg buat dia pelik ialah -
Semua saksi yg SPRM nak panggil akan diganggu oleh individu tak dikenali.
Depa tau mana?
Yg buat dia tambah pelik lagi - saksi² SPRM tu dalam masa sama akan kena panggil oleh pihak berkuasa atau pasukan beruniform lain.
Dah kenapa?
2x juga dia didatangi oleh seorg MP dari Utara offer dia -
"Habaq mai you nak apa?"
Satu hari dia nak pergi USA, tapi dia buat² macam nak pergi Arab Saudi, tapi bocor juga destinasi dia.
Di USA dia kena ekori. Dia terpaksa lari guna train supaya kalau kena culik banyak mata jadi saksi.
Sampai New York dia minta bantuan NYPD. Berminggu-minggu dapat perlindungan.
Masa menyorok di USA ini dia menangis.
Bukan sebab dia kena ekori, tapi sebab pegawai dia di Malaysia kena transfer, kena ugut dgn org atasan, yg kena tahan pun ada.
Ini yg mengesankan dia, lalu dia mohon bersara awal pada Julai 2016.
The rest is history.
Pro tips: Kalau korang nak soping dekat sopi masa 8.8 ke 9.9 ke 10.10 ke, korang patut beli a day before (7.8, 8.9, 9.10) sebab masa tu punya sale lagi murah dari hari sale tu sendiri. Thanks me later
I have a theory for this.
Dulu masa X is still Twitter dan Instagram just came up, there is a joke that Instagram actually Twitter untuk orang yang malas menulis dan membaca.
So Instagram is where you post pictures and look at other pictures, in direct contrast to Twitter.
Later on Twitter become X and Threads came up.
Threads require Instagram account. So now you have people with Instagram having a new socmed similar to Twitter/X.
And voila, orang yang malas menulis dan membaca dulu tu sekarang ada socmed yang require them to menulis dan membaca.
And that's why some people on Threads are different breed than those on X.
Jawapan kita perlu ringkas, benar dan sesuai dengan tahap kefahaman mereka.
Boleh jawab:
“Allah kata dalam Al-Quran, Dia berada di atas langit, tapi Allah sentiasa tahu, dengar dan nampak kita.
Allah sayang kita walaupun kita tak boleh nampak Dia.”
Boleh juga jawab:
“Cuba tengok angin, kita tak nampak angin tapi kita tahu angin ada sebab kita rasa tiupannya.
Allah pula lebih hebat daripada semua makhluk.
Kita tak boleh nampak Allah di dunia, tapi Allah sentiasa melihat dan menjaga kita.
Di akhirat, hanya orang yang baik dan terpilih sahaja boleh dapat lihat Allah.”
Wallahua’lam
Sia- Tanah
Malaysia
Tunisia
Russia
Land- Tanah
England
Scotland
Ireland
Iceland
Finland
Poland
Switzerland
The Netherlands (Tanah rendah)
Thailand
Stan- Tanah
Afghanistan (Tanah orang Afghan)
Kazakhstan (Tanah orang Kazakh)
Kyrgyzstan (Tanah orang Kyrgyz)
Tajikistan (Tanah orang Tajik)
Turkmenistan (Tanah orang Turkmen)
Uzbekistan (Tanah orang Uzbek)
Nesos/nesia- kepulauan
Indonesia (kepulauan india)
Polynesia (banyak pulau)
Micronesia (pulau-pulau kecil)
I pernah baca yang manusia memang kena kerja sebab kerja tu provide purpose dan tujuan dalam hidup.
Kalau terlalu lama tak kerja, manusia akan cari & buat kerja sendiri, just to fill the void.
And the irony is, having jobs and being busy, make us more appreciative toward mundane and small things.
S: Tengah solat, tiba-tiba gatal lalu tergaru jerawat sampai pecah dan berdarah. Ataupun ada darah nyamuk kat baju. Solat batal ke?
J: Kalau darah jerawat, bisul, atau nyamuk keluar tanpa sengaja, ia dimaafkan walaupun banyak (selagi tidak merebak jauh) dan solat tetap sah.
Namun, jika sengaja dipicit atau ditepuk, hanya kuantiti sedikit sahaja dimaafkan. Jika banyak, solat serta-merta batal dan wajib dibasuh.
- Yazid Hamka (Fiqh Studies)