Selepas dibedil dari ruang udara, operasi darat sudahpun bermula di Gaza.
Semoga kesemua pejuang tanah Palestina dilindungi olehNya. Mereka sudahpun bersedia.
Kami yakin dan kami pasti, kemenangan akan dimiliki.
Allahummanshur ikhwananal mujahidina fi sabilika ala a’daihim.
🇵🇸
Lapan hari lalu, ada seorang insan di Gaza lari ke selatan bersama kaum keluarganya. Insan ni bernama Sondos Badawi. Korang tak pernah dengar nama dia. Jadi jom hayati kisahnya.
Lepas terima warning, keluarga Badawi taknak ambil risiko. Mereka cari drebar yang nak bawa ke selatan. Tapi nak cari drebar dalam situasi gitu dah jadi serupa cari permata. Mereka jumpa jua dan sampai jer kat rumah kawan di selatan, mereka sempat tidur kejap sebelum bedilan Israel bertambah rancak kat selatan.
Mereka kemudian balik ke rumah kat utara sebab nowhere is safe. Dah balik rumah, kena bedil misil pula. Habis runtuh siling. Habis keluarga tercedera. Bila jadi gini, hidup bagaikan bola... kena passing sana sini.
Inilah realiti Gaza. Jangan biar kisah ni tenggelam.
Israel umumkan serbuan guna kereta kebal kat DALAM Gaza. Ni kemasukan ground unit yang pertama di bumi Gaza sejak 7 Oktober.
Serbuan ni dibuat secara bersasar sementara mereka bersedia untuk buat serangan berskala besar.
Kita jangan stop cakap pasal Palestin. Jangan biar hype tu jatuh. Sebab kalau jatuh, seminggu lagi mereka buat large-scale invasion akan nampak macam 'normal'.
Kalau korang nak screenshot post ni nak naik ke TikTok korang, buat jer. Saya izinkan untuk isu Palestin!
Menitik lagi air mata. Tak boleh bayang luluh hati adik ni tercari-cari ahli keluarga dia dalam banyak-banyak mayat yang ada, moga Allah berikan segala kekuatan dalam hati orang Palestin.
Selain yang duk panggil peserta sebagai Zionis tu, aku nak tegur juga yang bersolidariti tapi ada tempat duduk untuk vvip? Buat malu kat negara lain je. Bella Hadid taraf international tu pun siap turun sama pakai keffiyeh dengan orang ramai. Punah.
Dah delete dah post?
Laung Allahuakbar tak boleh,
Bawa placard Netanyahu kena gelar berperangai zionis zionis
Tapi VVIP dapat duduk, dapat special treatment.
Baguih duk ada.
Kisah sedih dari Gaza.
Israel dah lama bising suruh rakyat Gaza pindah dari utara ke selatan. Jadi Ghassan Anabtawi pun keluar bersama keluarganya. Lari dari utara ke selatan.
Tapi Israel entah kenapa bedil belah utara DAN SELATAN. Ghassan tengok dengan mata kepalanya sendiri yang keadaan di selatan sama teruk jer macam utara.
Jadi Ghassan pun balik ke rumahnya kat Utara. Kenapa?
"Aku ada pilihan. Mati kat rumah aku dengan saki-baki maruah aku. Atau mati tanpa maruah sebagai gelandangan."
Tu sebahagian dari kisah jer. Sebahagian lagi adalah, Ghassan berusia 75 tahun. Maksudnya?
An-Nakba berlaku 75 tahun yang lalu. Ya. Ghassan waktu tu masih baby. Keluarganya terpaksa lari dari rumah di Shefa-Amr, Israel... kononnya lari sekejap jer. Dua hari jer.
They. Could. Never. Came. Back.
Atas sebab tu, Ghassan buat keputusan nak balik ke rumahnya. Dia taknak jadi pelarian buat kali kedua.
Kisahnya diterbit New York Times melalui temu bual telefon. Tiada gambar malangnya.