@Yukina_Rin79@haznee79 Kan syazliana reply dia kata aku dulu antara kita tiga lepas kenduri tikah. Tapi tu la aku masa tu pun tak tau aku dulu 😅. Tgk2 masin mulut syazliana 🤭.
The sunnah of silence.
- Not replying to gossip is sunnah
- Walking away from an argument is sunnah
- Letting go of the last word is sunnah
Silence often speaks louder than words.
Perkasanya makna doa qunut nazilah ini kerana kita minta Allah hapuskan musuh dengan 2 cara.
Sama ada dengan kekuatan kita sendiri atau dari kelemahan dalam pasukan musuh.
Tiada siapa tahu dari mana kemenangan akan datang. Teruskan berdoa wahai hamba Allah.
Rafah dan Gazza sebenarnya menguji iman kita.
Apakah iman kita masih berdenyut sehingga merasakan kesengsaraan mereka adalah kesengsaraan kita.
Sehingga dengan itu, kita tidak pernah tinggalkan berdoa ketika sujud dalam solat setiap masa untuk perjuangan dan kemenangan mereka.
Risau dengan rezeki, takut mengetuk gerbang perkahwinan.
Setelah 12 tahun berumah tangga, kalau saya toleh ke belakang, terdetik dalam hati "Eh beraninya aku kahwin dengan anak orang dalam keadaan macam tu."
Saya baru graduasi. Tiada kerja tetap. Hanya ada pendapatan dari tabungan hasil royalti buku. Dapatlah menyewa sebuah rumah kecil di Kampung Padang Balang, Gombak. Saya beli kereta 2nd hand daripada Abah, bayar bulan-bulan kepada Abah.
Duit tabungan tu tahanlah untuk 3-4 bulan hidup.
Nak kata kaya jauh sekali. Nak kata masa hadapan pasti cerah, tidak pasti. Nak kata ada petanda akan dapat kerja tetap gaji besar, tak ada tanda.
Tapi apa buat saya berani kahwin?
1 - Sebab niat berkahwin untuk memenuhi tuntutan agama. Islam ajar kita kahwin untuk memenuhi fitrah manusia yang mahu bersenggama dan membiak.
2 - Sudah fahamkan diri akan tanggungjawab rumah tangga. Peranan suami untuk mencari nafkah dan sara hidup. Jadi mentalitinya, walau ketika itu duit tak banyak, goyang kaki tak buat apa-apa bukan dalam kepala. Jadi perancangan demi perancangan sudah disusun sebelum bernikah lagi untuk memastikan kelangsungan keluarga terjamin.
3 - Bakal isteri dan keluarganya juga sudah maklum keadaan diri, perancangan masa depan. Mereka letakkan keyakinan bahawa insyaAllah saya akan mampu menjaga Masyitah dengan baik. Sebagai insan bermaruah, saya berazam tidak mengecewakan kepercayaan mereka.
4 - Tawakkal. Beriringan dengan adanya perancangan, strategi untuk berusaha dan perlaksanaan usaha itu sendiri, selebihnya saya tawakkal kepada Allah SWT.
Ada beberapa ketika perancangan tak jadi dan saya teruji. Contohnya, pada asalnya saya membayangkan saya akan mengusahakan jenama Langit Ilahi, mengembangkannya menjadi sebuah NGO kebajikan yang menawarkan seminar-seminar ilmu/kesedaran, sambil-sambil menjadi seorang penulis karya-karya non-fiksyen. Paduan dari royalti karya dan sedikit-sebanyak hasil dari seminar-seminar tadi, cukuplah menampung saya dan isteri.
Allah izin, hal itu tak berlaku. Beberapa cabaran dihadapi menyebabkan projek-projek Langit Ilahi terpaksa ditinggalkan. Allah uji pula saya tak dapat royalti daripada karya-karya yang saya tulis.
Tapi kita ini orang bermaruah. Hidup ada azam dan janji bukan sahaja kepada isteri dan keluarga isteri, bahkan kepada diri sendiri dan Allah SWT.
Alhamdulillah walau tak mewah masa tu, teruji pulak, Masyitah seorang isteri solehah sanggup susah sama-sama. Tak pulak dia gelabah, dan mula cakap nak tinggalkan saya ke apa ke. Dia tenang. Berbincang dan mencadang alternatif.
Akhirnya saya tubuhkan Hilal Asyraf Resources, pilih untuk fokus menghasilkan karya-karya fiksyen. Bermula dengan Novel Pemburu, dapat sedikit sambutan. Masih saya ingat, Masyitah yang bantu bungkus, teman pergi pejabat pos, nombor telefon dia jadi nombor bisnes, dialah awal-awal dulu melayan segala ragam dan kerenah pelanggan, ambil order secara manual.
Kemudian Hilal Asyraf Resources berkembang kepada beberapa judul. Masuk PBAKL demi PBAKL.
Sekarang alhamdulillah, saya sudah berpindah ke Johor, dapat beli rumah sendiri, ada kenderaan sendiri. Perniagaan pun sudah ada gudang, bukan sumbat stok di rumah sahaja. Masyitah tak lagi perlu urus ragam pelanggan, nombor dia bukan lagi nombor bisnes. Dia suri rumah sepenuh masa. Simpanan juga alhamdulillah boleh bertahan untuk beberapa tahun.
Maaf panjang perkongsian. Tapi masa hadapan memang rahsia Allah SWT. Kita ni hanya boleh bersedia. Tapi nak bersedia sampai ke tahap mana? Berapa baru cukup? Itu semua penilaian masing-masing.
Namun sampai satu tahap, kena yakinkan diri dan ambil risiko. Buat keputusan. Melangkah ke hadapan. Progress dan proses.
Apakah lepas itu hidup akan terus happy ever after? Belum tentu juga. Hidup ini ujian. Kita akan teruji. Tak dengan duit, dengan benda lain. Jadi nak menempuh samudera kehidupan ini, peribadi kita itu sendiri kena ampuh. Bukan semata-mata duit kita.
Saya sendiri di tahap ini, masih ada kerisauan-kerisauan. Tahun depan masih ada ke orang nak beli karya saya? Hatta PBAKL2024 bakal berlangsung 24hb Mei ini, ada ke orang yang nak datang membeli karya-karya saya? Semua ini saya tak pasti 100%.
Tapi saya usaha. Saya berperancangan. Berstrategi. Ada jadi, ada tak jadi. Selebihnya saya tawakkal.
Demikianlah perkahwinan, rumah tangga.
Sampai bila nak menduga, menjangka-jangka.
Akhirnya kena balik kepada diri sendiri.
Ambil risiko.
Hadapi ujian dan cabaran yang pasti akan datang.
Kalau kita kekal bujang pun,
ujian akan datang juga. Mungkin dalam bentuk yang berbeza.
Sekadar cetusan daripada saya.
Seorang mukmin, mustahil untuk menganggap kejadian ini sebagai "dah tu nak buat apa?"
Perlu rasa sakit. Perlu rasa jijik. Perlu.
Seperti kita berada sendiri di tempat mereka. Seperti kita sendiri yang mengais-ngais mencari jasad anak di sebalik runtuhan.
Kerana seluruh orang beriman seperti satu jasad. Bila satu anggota sakit, yang lain turut terasa sakitnya.
Allahu Akbar!
Saudara² kita di Rafah sudah mula mencari tempat perlindungan yang lain setelah mendapat amaran dari Keparat Zionis. Pintu Sempadan Rafah-Mesir ditutup ketat.
Moga Allah lindungi saudara-saudara kita di sana. 🤲🏾
Kalau kita rasa agak sukar untuk menghafaz sesuatu, sama ada al-Quran atau mana-mana sudut ilmu, maka boleh bangun sebelum subuh untuk menghafaz.
Kata seorang Salaf:
"Waktu terbaik untuk menghafaz adalah waktu pagi (waktu sahur)"
Rujuk Tadhkirat al-Sāmiʿ wa al-Mutakallim
Aktiviti fizikal beri banyak kesan pada body :
1. Rasa stress - pergi jogging
2. Moody - Take a nap
3. Rasa marah - weight training
4. Sedih - keluar , dpt kan cahaya matahari
5. Anxious - briskwalk
RT & follow saya untuk tips kurus setiap hari
Tips makan sihat budget ekonomi:
1. Bawa bekal ke pejabat
2. Beli buah as snacking di pasar
3. Bawa bottle air kosong kemana2
4. Jaga portion agar tidak terlebih
5. Kurangkan makan di luar
RT & follow saya untuk tips kurus setiap hari
Okay nak tanya perempuan.
Kalau korang masak untuk suami, lepas tu korang tanya suami sedap ke tak, jawapan macam mana korang nak?
Jawapan jujur yg boleh buat terasa tapi korang boleh perbaiki masakan korang.
Atau nak jawapan tipu tapi korang tak dapat perbaiki masakan korang?
Saya sangat tidak suka dengan suasana kini, menggelar orang itu dan ini, “walaun, walanon, walauntit”.
Sedangkan al-Quran nyatakan : (rujuk gambar).
Ingat, kelak kita akan ditanya tentang amalan di dunia. Ingatlah politik bukan segalanya.
Setiap kali rasa penat, risau dan rimas, setiap kali itulah saya akan berhenti sekejap daripada sebarang urusan dan kemudian renungi makna Ayat Kursi.
Ayat Kursi ialah ayat yang paling banyak menyebutkan tentang Allah SWT sama ada secara langsung atau tidak langsung.