Allah tak pernah kejam. Saat kita ingin berubah, Allah akan kurniakan orang-orang yang baik untuk bantu kita berubah. Baik sangat Allah pada setiap hamba-Nya. Sesaat pun Dia tak pernah tinggal kita.
@quote_sentap
"Dakwah itu mengajak, mengajak walaupun orang yang sejahat-jahatnya dia,
kalau kamu bawa & menjadikan dia orang yang baik maka kamu adalah seorang DAI"
- Al Habib Ali Zaenal Abidin Al Kaff
@quote_sentap
"Setiap kali nak tidur,
Pernah terlintas tak?"
"Kalau aku mati waktu tidur ni, dah cukup ke amalan aku nak bawa untuk dipersembahkan dekat Allah nanti?"
Muhasabah ๐
@quote_sentap
Ada orang jodoh dia lambat sebab:
1) Allah nak suruh dia bahagiakan mak ayah dia dahulu
2) Allah suruh dia perbaiki solat dan akhlak dia dahulu
3) Allah suruh dia fokus pada kerjaya supaya kehidupan dia nanti senang
4) Allah mahu kita belajar sabar & selalu berharap pada DIA
Ustaz kata :
Sembunyikan perkara yg belum pasti. Hebahkan perkara yang sudah terjadi.
Sembunyikan pertunangan,
hebahkan perkahwinan.
Sembunyikan kehamilan,
hebahkan kelahiran.
Kerana itu adalah yang lebih baik.
Untuk mengelakkan segala hasad.
@quote_sentap
Perempuan dengan iman jauh lebih cantik daripada perempuan yang bermakeup. Kerana kecantikan itu datang dari cahaya ALLAH, bukan dari cahaya makeup.
@quote_sentap
Hari ini...Kurangkan mengeluh,
Kurgkan menyakiti hati orang lain,
Kurgkan marah orang lain tanpa sebab, Tapi...Perbanyakkn rasa bersyukur, Perbanyakkn mmbri & meminta maaf, Perbanyakkn bersedekah & tetap tersenyum walaupun byk rintangan yang kamu harus hadapi.
@quote_sentap
Semua ada waktunya...
Jangan kau membandingkan hidupmu dengan hidup orang lain, tidak ada perbandingan antara matahari dan bulan. Kerana dia akan bersinar saat waktunya telah tiba.
@quote_sentap
Kekayaan yang paling mahal adalah hati yang tenang dan bahagia. Mahal kerana tidak semua orang mampu miliki. Walaupun duit banyak,
Walaupun harta berbukit.
Walaupun pangkat tinggi melangit. Belum tentu lagi hidup bahagia. Sebab itu kena jaga hati dengan ALLAH.
@quote_sentap
Kenapa ada sesetengah wanita suka terperap dalam rumah eh?
Jawapannya:-
" Keadaan seorang wanita yang paling dekat dengan keredaan Allah SWT, adalah ketika mereka berada di dalam rumahnya jauh daripada pandangan lelaki."
[Syeikh Nuruddin Marbu Al - Banjari]
@quote_sentap
"Setinggi apapun ilmu yang kau miliki, bila sikapmu menyakiti orang lain tidak ada gunanya. Kerana mengukur hidup itu dengan perilaku(sikap/akhlak/adab) yang mulia. Bukan dengan harta dan ilmu kesombongan."
[ Habib Taufiq bin Abdul Qadir Assegaf ]
@quote_sentap
Bila hati sering disakiti, akhirnya ia akan menjadi kuat sendiri. Kerana ujian yang datang mendidik hati untuk terus kuat dan sentiasa bermuhasabah diri.
@quote_sentap
Saat kita fikir Allah belum kabulkan doa kita, sebenarnya Allah sedang menjaga kita daripada sesuatu yang mungkin tidak baik di sebalik permintaan kita dan Allah dah sediakan dengan sesuatu yang jauh lebih baik. Sentiasa bersangka baik dengan Allah.
@quote_sentap