Bangun pagi ini, syukurilah nikmat kehidupan. Masih ada 'modal' untuk bertaubat dan beribadat. Betapa ramai penghuni kubur yang menginginkan kehidupan ini walau hanya sesaat.
Ingatkan diri, sudah-sudahlah dengan maksiat. Ketikanya kian hampir, untuk bersendirian di alam kubur.
MEREKA SEMUA PERNAH HIDUP, MERASAI BAHAGIA DAN DERITA SEPERTI KITA SAAT INI..
Bagaimanakah kehidupan mereka disana, bersediakah kita untuk berpindah ke rumah bawah tanah.
Sebenarnya yang paling banyak menyakiti diri sendiri adalah bisikan yang bermain dalam fikiran. Berhentilah menyalahkan diri di atas kesilapan yang berulang kali dilakukan. 😥
Saban hari Allah SWT tutup aib, dosa dan maksiat yang kita lakukan, Allah SWT ingin beri kita peluang untuk berubah dan bertaubat.
Jika masih juga mengulang maksiat dan menangguhkan taubat, bimbang aib kita akan terbuka di dunia dan akhirat.
Hati yang beriman, tidak pernah kecewa bila diuji kerana yakin itu adalah kasih sayang Tuhannya. Lalu dia pun sabar menerima.
Belaian cinta Allah itu terasa bila segala dan semua berpaling dari mu. Kerana Allah ingin seluruh dan sepenuh hati mu hanya tertumpu kepada-Nya!
Ya Allah, jadikan apa jua urusan dan kesibukan harian kami sebagai satu ibadah yang diterimaMu ya Allah, sungguh daku bimbang, apa yang dilakukan tidak dipandangMu kerana tindakan dan niat hatiku yang salah 😔