Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tampil membalas kritikan bekas Menteri Perdagangan Indonesia, Muhammad Lutfi, yang membidas kenyataannya di Dewan Rakyat berhubung isu jerebu rentas sempadan.
Pertikaian itu tercetus selepas Lutfi mendakwa seorang ahli politik Malaysia mahu Indonesia dipinggirkan daripada ASEAN susulan masalah jerebu.
“Seorang politik Malaysia baru saja berdiri dan berkata Indonesia harus 'dikucilkan' dari ASEAN gara-gara kabut asap,” kata Lutfi.
Tidak berdiam diri, Syed Saddiq tampil memberikan tiga penjelasan sambil menegaskan isu pencemaran udara tidak sepatutnya dijadikan pertelingkahan antara Malaysia dan Indonesia.
“Bapak, ini bukan soal Malaysia lawan Indonesia. Bendera kita berbeza, tapi bila sesak nafas, deritanya sama. Jadi, bila bapak kata syarikat Malaysia salah, syarikat Singapura salah, kalau ada bukti hukum, saya tak akan jadi pelindung pencemar walaupun dari negara saya sendiri.
“Bapak, ini tiga respon saya bersandarkan fakta dan data.
“Pertama, tindak pelakunya. Jangan pilih bendera-nya. Perusahaan Malaysia, Indonesia atau Singapura, kalau terbukti membakar hutan untuk keuntungan cepat, ambil tindakan. Bendera bukan lesen untuk merosakkan alam.
“Mereka beroperasi di Indonesia, dibawah undang-undang Indonesia. The power is in your hands. Di parlimen saya sendiri sudah mendesak tindakan terhadap syarikat Malaysia yang terlibat. Watch my full speech. Jangan potong ucapan sampai terpotong kebenaran.”
Syed Saddiq kemudian menyentuh dakwaan membabitkan syarikat perladangan SD Guthrie yang menurutnya tidak boleh dianggap bersalah semata-mata kerana mempunyai kawasan ladang yang luas.
“Kedua, ladang besar bukan bukti bersalah bapak kata tentang SD Guthrie. Dia syarikat besar tapi sampai sekarang tiada bukti mereka pencetus kebakaran. Mereka mempunyai 67 pasukan lebih 1000 anggota terlatih, drone dan infra merah dengan pembelanjaan lebih RM800,000 sebulan untuk tangani isu ni.”
Beliau turut mempertikaikan cara Lutfi menggunakan laporan Greenpeace, khususnya perbandingan jumlah titik sumber asap.
“Yang ketiga, kalau mahu petik laporan Greenpeace, jangan petik separuh cerita. Laporan itu merekodkan 19 titik sumber asap di konsesi syarikat KLK berbanding RM6,811 yang lain.
“Bapak mahu kami hanya fokus kepada penyumbang 0.3% dari 99.7% yang lain. Jangan lantang terhadap satu nama, kemudian senyap terhadap yang lain.”
Dalam respons sama, Syed Saddiq turut membangkitkan tawaran bantuan Malaysia kepada Indonesia yang didakwanya tidak mendapat maklum balas.
“In summary, ini bukan Malaysia lawan Indonesia. Ini rakyat yang mahukan udara bersih. Berlawan pihak yang mengotorkannya. Bila hutan dibakar untuk keuntungan, untung masuk akaun syarikat. Asap masuk, paru-paru rakyat.
“Malaysia sudah pun menawarkan pesawat 3 helikopter dan anggota. Tetapi kena ghosting oleh pendakwa di Indonesia. Nak tolong pun susah.”
Mengakhiri kenyataannya, Syed Saddiq sekali lagi mengingatkan bahawa pencemaran udara tidak mengenal sempadan dan memberi kesan kepada rakyat kedua-dua negara.
“Bapak, his does not discriminate. It does not care about the colour of your skin, your religion or your nationality. Anak Malaysia sesak nafas, Anak Indonesia pun sesak nafas Our flags may be different But we need to breathe It's the same. Jangan bela pembakar kerana bendera-nya Bela rakyat kerana nyawanya.”
wonwoo punya rambut akan elok rapi kalau ada hairstylist dia je 😭 kalau dia sendiri je memang tak bersikatlah rambut. sebab tu lah wonwoo selalu pakai beanie juga sebab takyah susah susah dia nak sikat dan style kan rambut 😔
still one of my favorite moments of wonwoo. not him guessed the girl’s birthday right away and look at his cute shocked face. he was genuinely in disbelief that he did that. please he’s so cuteeeeeee!