Assalamualaikum dan salam sejahtera buat keluarga DUN Paya Rumput yang dikasihi. Pihak saya telah menyediakan imbasan ππ§ πΎπ€ππ dan pautan ππ€π€ππ‘π ππ€π§π’ bagi memudahkan sebarang bentuk aduan berhubung isu rakyat disampaikan kepada pihak saya.
#YangBerkhidmat
InsyaAllah, selagi saya diberi amanah, saya akan terus turun padang, dengar sendiri dan bantu setakat yang mampu.
Kalau ada lagi yang perlukan bantuan, jangan diam. Beritahu saya. Kita sama-sama jaga keluarga kita di Paya Rumput β€οΈ
Saya terbaca satu perkongsian yang ramai tag saya dalam group Kita Orang Cheng. Jujur, kisah itu cukup menyentuh hati saya sebagai seorang ayah.
Saya terus minta mereka datang ke rumah terbuka. Saya nak dengar sendiri⦠bukan sekadar baca di media sosial.
Mereka tinggal di Taman Bertam Jaya, dalam kawasan DUN saya. Ini tanggungjawab saya.
Bagi saya, raya bukan sekadar meriah⦠tapi tentang memastikan tiada yang tertinggal dalam kesusahan.
Insya-Allah, tindakan segera akan diambil untuk membaik pulih kemudahan ini demi keselesaan dan keselamatan anak-anak muda yang aktif bersukan. #DemiPayaRumput
Sebelum program rasmi bermula, saya luangkan masa meronda kawasan sekitar padang futsal Taman Krubong Jaya. Saya perhatikan struktur dawai besi di sekeliling padang ini sudah rosak dan membahayakan keselamatan pengguna. Isu sebegini tidak boleh dipandang ringan.
Dalam Mesyuarat Dasar Perumahan Negeri Melaka hari kedua, saya mencadangkan agar golongan OKU yang membeli rumah pertama diberi diskaun khas 5%, tanpa mengira harga rumah. Inisiatif ini bukan sekadar angka, tetapi usaha kecil kita untuk meringankan beban dan menghargai kecekalan
YAB DSU Ab Rauf Yusoh, Ketua Menteri Melaka turun padang melawat lokasi hotspot banjir di Kampung Lubuk Kasau dan mengadakan taklimat khas bersama penduduk. Beliau turut mendengar sendiri luahan rakyat serta berbincang mencari penyelesaian segera.
Alhamdulillah, berkesempatan melawat Padang Hoki SMK Tinggi Melaka yang satu satu nya sekolah di Negeri Melaka yang mempunyai padang hoki sendiri. Namun, terdapat aduan berkenaan sistem pengairan yang tidak berfungsi dan boleh menjejaskan keselamatan pemain.
Saya berkesempatan menziarahi Saudara Zukri bin Wahid dan Saudara Muhammad Eddie yang sedang dirawat di Hospital Besar Melaka.
Ditemani beberapa rakan pimpinan, kami menyantuni pesakit dan keluarga mereka, menyampaikan doa serta sokongan agar
Alhamdulillah, satu penghormatan buat saya dan isteri dapat menghadiri Majlis Santapan Petang bersama Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang di Istana Melaka.
Terima kasih TYT Tun & Toh Puan atas jemputan penuh beradab.
Kini, medan perjuangan terbentang luas. Ayuh seluruh jentera BN, kita bangkit bersatu demi kestabilan, kemakmuran dan masa depan Ayer Kuning!
BN Pilihan Rakyat! Ayer Kuning, kita datang!
Sudah tiba masa yang dinantiβsemboyan perang telah ditiup lantang dari bumi Tapah!
Saya hadir bersama semangat juang yang membara dalam Majlis Pelancaran Jentera dan Pengumuman Calon BN bagi PRK Ayer Kuning, bertempat di Command Center BN Perak, Kg Tersusun Hj. Tahir, Temoh.
Seorang tokoh pendidik yang sarat pengalaman, berkelulusan PhD dalam Pendidikan Islam dari UPSI, dan cukup dikenali di Tapah sebagai Ketua Jabatan di IPG Ipoh serta penggerak masyarakat setempat.