Dekat Threads teruk PERKESO kena hentam dengan netizen. Ramai tak setuju dengan penolakan terkini daripada gaji. Maka netizen mula bertanya-jika tak tuntut apa jadi? Jawapanya- ini amal jariah. Netizen terus korek, RM 665 juta digunakan untuk gaji, bonus etc dari kutipan bilion.
Dah dengar akak tu cakap apa? Ada kat threads. Dia cakap laki dia bukan marah, dia cakap laki dia tengah nak masuk kerja minta dia pegang dulu anak.
Some women, dia dah jadi normal duduk dalam rumah tiap hari kena tengking kena marah. Dia okay suami dia macam ni.
Teruk Brainy Bunch ni. Fees bukan murah nak hantar budak ke situ. Rupanya gaji dan kwsp cikgu ditahan tak dibayar. Lepas tu datang pulak boss dia bengap announce kat Threads konon “alhamdullilah kami akan lepaskan baki bayaran 20% gaji tertangguh esok” as if umum bonus. TERUK.
SARUNG
Dah berapa minggu kita kupas cerita di kayangan, hari ni Ticer nak kita kembali ke bumi.
Update kes Wan Ahmad Faris.
Update terakhir ialah penemuan DNA campuran atas kain sarung arwah. Maknanya polis dah trace dan jumpa beberapa DNA lelaki selain arwah melalui tompokan darah.
Dan polis baru2 ini telah ambil DNA sampling dari 42 orang. Untuk dipandankan. Namun mungkin ambil masa lama. Berbulan sudah tiada berita.
Itu sebab baru2 ini Peguam Negara sedikit mendesak penyiasatan dipercepatkan.
The ball is now in PDRM’s court. Kita tengok arah mana mereka nak score goals.
***************
Ketika kami mula2 ambil kes ini, membaca Nota Keterangan Inkues, membuatkan darah tinggi. Membuak2 perasaan. Banyak sgt villain…
Dari Yayasan Islam Kelantan arahkan dan Maahad Tahfiz runtuhkan crime scene sebelum habis siasatan, ke Faris difitnah “bunuh diri sebab dirasuki jin dan syaitan”.
Namun yang paling melekat di minda, luluh di hati.
Bilamana saya terbaca, bagaimana Pegawai Penyiasat dalam kes ini, campak barang Faris dalam tong sampah. Cermin mata, selipar dan sarung (kain pelekat) dia.
Mujur diketahui si ibu, lalu dikorek tong sampah itu. Dikutip barang2 tinggalan anaknya, meraung dia di sana.
Apa punya kejam ya? Tak boleh ke barang2 tu disimpan dulu. Dipanjangkan ke keluarga selepas kes selesai.
But now we know, kain pelekat itu ada petunjuk. Adakah perlu dilenyapkan?
Disimpan barang anak oleh sang Ibu berbulan2. Sampai lah lawyer desak agar polis ambil balik untuk siasatan. Namun tiada tindakan.
*****************
Semasa prosiding inkues, laporan Jabatan Kimia telah merekodkan kehadiran darah pada kain pelekat arwah, dengan profil DNA campuran melibatkan lebih daripada seorang penyumbang.
Namun, perkara ini tidak disusuli dengan sebarang padanan DNA, pengambilan sampel suspek, atau siasatan lanjut, atas alasan “tiada arahan”.
Maka apa yang berlaku hari ini bukanlah penemuan baharu, tetapi tindakan yang tertangguh hampir 13 tahun.
Keadilan bukan sentiasa tentang bukti baharu.
Kadangkala, ia tentang keberanian untuk akhirnya bertindak ke atas bukti lama.
Ini yang kita tekankan berapa kali. Ibu ayah turun naik pejabat YB sana sini. Tapi mereka menjauhkan diri.
***************
13 tahun menunggu tanpa jawapan. Dan sekarang Jabatan Peguam Negara sudah campur tangan.
Saya kalau boleh taknak terlalu menyalahkan yang lama. Sama ada IO dan PDRM. Kita tahu ada tangan2 ghaib yang mengarahkan. Sebab IO pun tiada kepentingan.
Cuma kes ini sudah start fresh. Buka buku baru. Pasukan Penyiasat pun orang baru. Yang kita boleh sandarkan harapan di situ.
Doakan mereka terus buat kerja tegakkan keadilan untuk mangsa, tanpa ada kacau ganggu.
Bagi tangan2 ghaib yang wujud, satu sahaja pesanan kita. Allah itu satu. Dia yang maha berkuasa, tiada lain di atasnya.
In sya Allah, kifarah itu ada…. kami akan berusaha tanpa henti untuk dapatkannya .
Al-Fatihah untuk Allahyarham Wan Ahmad Faris.
Seorang anak Hafiz yang kematiannya masih belum dibela. Sambil dia menunggu di alam sana.
Salam hormat,
Team Justice For Wan Ahmad Faris
Aku Paling takut bukan pada pencuri. Aku takut pada masyarakat yang pertahankan pencuri.
Jumpa wallet tu mungkin ujian.
Guna card orang pergi makan KFC sampai RM65 tu pilihan.
Bukan tersalah.
Bukan tertekan.
Itu keputusan sedar.
Zaman sekarang jangan bodohkan diri.
Setiap swipe ada notification.
Setiap sen yang keluar tu jeritan panik tuan kad.
Tapi apa reaksi kita?
“Takpe, aku bayarkan.”
“Jangan viralkan.”
“Bagi chance…”
Inilah ayat yang bunuh empati mangsa
dan hidupkan keberanian penjenayah.
Hari ni kau back up dia,
esok bila kad kau kena guna tanpa izin,
kau pula yang meraung.
Kita ni pelik.
Bila orang curi ayam kecam.
Bila orang curi duit guna kad kita lembut, kita kasihan.
Kasihan pada siapa sebenarnya?
Pada orang yang buat salah,
atau pada diri kita yang tak berani tegur salah?
Kalau salah kita halalkan,
jangan salahkan negara,
jangan salahkan sistem,
salahkan diri sendiri yang tepuk tangan.
Baik jangan sampai jadi bodoh.
Empati jangan sampai hilang maruah.
Kalau salah panggil salah.
Kalau jenayah jangan lindung.
Pedih?
Sepatutnya.
Sebab ini cermin masyarakat kita.
Kredit : Muhammad Nazrul Hisyam
If anyone heading from Pulau Pinang to Kuala Lumpur on the 28th of November at approximately 10am has dashcam footage of the fatal accident that happened involving a motorcycle and lorry, please share the footage. The family is asking for help. Please spread the news.
Ni masalahnya bila mak bapak dari generasi snowflake yang kononnya terpaling woke.
Bila dah kerap sangat berlaku + Kementerian asyik dok layan kerenah mak bapak bangang camni, lama kelamaan budak akan hilang hormat pada guru.
“Relax la. Cikgu bukan boleh marah aku pun. Dia tau siapa mak bapak aku”
Kementerian patut lebihkan berpihak pada guru dari dok melayan kerenah mak bapak bangang macam ni. Khalas