Hari ini 17 tahun yang lalu, Raja Pop, Michael Jackson meninggal dunia pada usia 50 tahun.
Puncanya adalah serangan jantung kesan daripada pengambilan kombinasi pelbagai jenis ubat yang diberikan oleh doktor peribadinya. Dia dilaporkan memberi ubat penenang yang cukup kuat, propofol kepada Jackson untuk mengatasi masalah tidurnya.
Jackson memulakan karier muziknya seawal usia enam tahun, menyertai abang-abangnya membentuk The Jackson Brothers. Pada 1972, Jackson melancarkan album solo pertamanya di samping masih menyanyi bersama abang-abangnya dalam The Jackson 5.
Bergandingan dengan produser, Quincy Jones, pada 1982 mereka menghasilkan ‘Thriller’, album ikonik yang terjual lebih 50 juta salinan seluruh dunia, menjadikannya album paling banyak terjual sepanjang zaman.
Pada 1983, Jackson mencetuskan sensasi apabila mempersembahkan gerak tari ‘moonwalk’ dengan memakai topi fedora dan sarung tangan putih bergemerlapan pada siaran televisyen istimewa Ulang Tahun Motown, sekaligus menobatkannya sebagai Raja Pop.
Satu kemalangan berlaku pada 1984 ketika penggambaran iklan Pepsi, apabila api menyambar rambut dan mukanya yang menyebabkan dia terpaksa menjalani pembedahan pembikinan semula. Kerana ini dikatakan Jackson ketagih pembedahan plastik.
Jackson dilaporkan mula mengambil ubat penahan sakit secara rutin. Ditambah pula dengan tekanan dek kemasyhuran serta beberapa tuduhan cabul yang diterimanya, Jackson juga ketagih pelbagai preskripsi ubat penenang.
Pada 25 Jun 2009, semasa dalam proses persiapan untuk mengadakan konsert jelajah, Jackson ditemui tidak sedarkan diri di rumah agamnya di Los Angeles. Polis mengesahkan ia homisid akibat penggunaan dadah tahap tinggi sehingga membawa maut.
Majlis memperingatinya diadakan pada 7 Julai di Staples Center LA, di mana lebih 20,000 orang menghadirinya, lebih 30 juta menontonnya di televisyen serta jutaan lagi mengikuti secara dalam talian.
Jackson meninggalkan tiga orang anak, dua daripadanya hasil perkahwinan dengan Debbie Rowe, pembantu dermatologisnya pada 1996-99. Sebelum itu beliau pernah berkahwin dengan Lisa Marie Presley pada 1994-96.
Sumber: History
Gambar: Wikimedia Commons
#PeristiwaHariIni #AWANInews
Millions admire him. Generations grew up watching him. 1 name continues to leave a lasting impact.
Happy Birthday,Thalapathy Vijay! 🎂
Wishing you continued success,happiness, & fulfilment as you embark on new journeys and create new milestones.
#HBDThalapathyVijay#AstroUlagam
This is not mine. This is yours. This is ours.
From all the players, staff and everyone involved in the club, to you guys who supported us every single day of the season.
Grateful for your love and support ❤️
A history is made..
From a thought… to a vision… to this moment.
Happy to have met our honourable CM @TVKVijayHQ na today and present the very first manifestation of #GOAT. ❤️❤️❤️
This is only the beginning.
TN07CM2026
There are places we pass through in life… and there are places that become part of who we are.
Manchester will forever be my home.
To the city, the club, and every supporter, my sincerest thank you. These past four years have been unforgettable, filled with moments my family and I will carry with us for the rest of our lives. There simply aren’t enough words to describe the happiness and warmth we’ve felt here.
Thank you for every cheer, every memory, and for making us feel at home from the very first day.
Forever a Red Devil ❤️
2/2
தமிழ்நாட்டில் போதைப் பொருட்களை தொடர்பான குற்றங்களை கண்டுபிடித்து கடுமையான நடவடிக்கைகளை எடுக்கும் பொருட்டு அனைத்து மாநகர மற்றும் மாவட்டங்களில் போதைப் பொருட்கள் தடுப்பு படை அலகுகளை உருவாக்குதல் ஆகிய அரசாணை கோப்புகளில் கையொப்பமிட்டார். உடன் தலைமைச் செயலாளர் முனைவர் எம். சாய் குமார், இ.ஆ.ப., அவர்கள் உள்ளார்.
#CMJosephVijay