Pendapat saya, kalau sekali pandang bijak dah ni.
Kalau dua kali pandang, kena buat kira2 lah 😂
- Brp gaji
- Brp commitment
- Ada emergency saving tak
Formula untuk beli kereta ni mudah je. Buat 3 benda ni, 80% confirm kereta tak jadi beban:
Antara Adat Melayu Yang Bertentangan Islam Tetapi Masih Diteruskan Hingga Kini
1. Mendengar berita kematian:
Melayu : Alfatihah
Islam : Innalillahi wa inna ilaihi rojiun
2. Usung jenazah
Melayu :
Baca al fatihah sambil usung jenazah. Jenazah akan ditanam di tempat yang keluarga request. Contoh meninggal dunia di Sarawak, tapi disebabkan keluarga di selangor maka jenazah akan dibawa pulang ke selangor untuk dikebumikan.
Islam :
Usung seperti biasa tanpa ada sebarang bacaan dan percepatkan hantar jenazah ke kuburan bukan perlambatkan dengan bacaan tertentu. Jenazah ditanam di tempat perkuburan yang paling hampir dengan jenazah yang meninggal dunia.
3. Tanam jenazah
Melayu :
– Jirus air dengan jug yang diikat kain putih
– Tabur bunga
– Tabur batu
Islam :
Tiada sebarang jirusan air. Jika jirus air atas alasan untuk melembapkan tanah tidak mengapa namun jika air dijirus agar mayat sejuk maka ini kepercayaan yang merosakkan aqidah.
4. Kubur jenazah
Melayu :
– Kubur dihias bagai pengantin
– Kubur ada bangunan
– Kubur ada nama, tarikh hidup dan mati
– Ada pakej upah baca Al Quran
– Batu nisan 2
– Kubur dijadikan masjid tempat beribadah dan meminta
– Perlu beri wang kepada orang solat jenazah
– Perlu beri wang kepada penggali kubur
– Perlu sediakan wang sekurang kurangnya $ 1000…MasyaAllah.
Islam :
– Kubur tidak ditinggikan malah diratakan, tiada hiasan.
– Kubur tiada bangunan
– Kubur tiada sebarang kapur, nama, tarikh hidup dan mati
– Tiada upah bacaan Al Quran di kuburan
– Batu nisan 1
– Tempat beribadah di masjid bukan di kuburan
– Tiada wang pun diperlukan kerana tugas uruskan jenazah *FARDHU KIFAYAH* bagi umat islam.
5. Kenduri arwah
Melayu :
Keluarga si mati buat upacara ritual kenduri bagi arwah dengan bacaan tertentu, doa tertentu, surah Yasin sambil dihadiri tekong tahlilan arwah bagi mengisi perut tetamu dengan juadah makanan walau keadaan susah dan terpaksa. Bersedekah tidak salah dengan meluruskan niat.
Dilakukan selama 7 hari, 40 hari dan 100 hari atas kepercayaan agar mayat tidak diseksa dan tidak disoal di dalam kubur.
Ritual seperti ini adalah milik agama *HINDU*
Islam :
Tiada kenduri buat jenazah. Yang ada ialah mendoakan jenazah di mana saja berada.
Allahummaghfirlahu warhamhu waafihi wa’fuanhu ( jenazah lelaki )Allahummafirlaha warhamha waafihi wa’fuanha ( Jenazah wanita)
Jiran terdekat memberikan makanan kepada keluarga si mati kerana mereka sedang berada di dalam kesusahan dan kesedihan.
6. Talqin
Melayu :
Talqin akan dibaca di atas kubur oleh imam yang diupah. Imam akan berikan jawapan bocor kepada si mati untuk jawab soalan kubur. Imam dan makmum duduk di atas kubur sambil imam membaca talqin dengan menyebut nama fulan / fulanah binti ibu.
Islam :
Tidak ada sebarang talqin bocorkan jawapan kepada jenazah. Kerana jenazah sudah membawa amalannya sendiri untuk menjawab soalan di kubur. Luruskan niat jika talqin sebagai dakwah untuk saling mengingati hari kematian akan tiba kepada yang menziarahi si mati di kuburan itu tidak mejadi kesalahan, kerana Allah ingin kita saling mengingati tentang hari kematian.
Berlapang dada , renungkankah…Melayu sekadar bangsa dan islam itu akidah kita..
Jadikan pesan Nabi SAW dlm hadis sebagai panduan:-
“Barangsiapa membuat suatu perkara baru dalam urusan kami ini (urusan agama) yang tidak ada asalnya, maka perkara tersebut tertolak”
(HR. Bukhari no. 2697 dan Muslim no. 1718)
Sumber : Kalam Sunnah
Tip RM | Membeli Rumah Kediaman Di Zaman Gawat.
Seorang rakan bertanya saya nasihat saya utk membeli rumah utk didiami pada zaman gawat sebegini.
Ini respon saya;
1. Beli rumah subsale, yakni rumah "2nd hand " dan bukan rumah under construction. Lepas selesai urusan jual-beli boleh terus tinggal.
2. Beli di bawah market value. Sekarang baaaaaaanyak pemilik rumah yg nak jual rumah di bawah harga market rentetan kegawatan ekonomi. Masa beli sudah untung, dpt harga diskaun. Pandangan peribadi saya, sekarang memang waktu thorrrrbaik untuk beli rumah subsale. Sebab, supply terlalu banyak.
3. Rumah di dalam pembinaan? Lebih baik jangan. Dibimbangi ia terbengkalai. Saya tulis DIBIMBANGI, jika ada yang beli mana lakukan due diligence.
4. Maksimakan pembiayaan bank dan tempoh pembiayaan, supaya dpt minimakan pembayaran bulanan. Cashflow bulanan stabil.
5. Pilih bank yang nilaikan harga yg tinggi supaya dpt maksimakan pembiayaan sekaligus dpt minimakan wang keluar. Apabila beli rumah yg di bawah market value, byk kos dpt dikurangkan.
6. Beli rumah yg installment lebih rendah berbanding sewa bulanan. Kalau installment lebih tinggi daripada sewa, lebih baik sewa. Cari rumah flat atau apartment. Janganlah cari rumah teres 2 tingkat atau mimpi nak banglo dengan kolam renang dan lif. Memang susah sikit nak cari, kena usaha lebih sikit. Tapi kalau ada dapat yang bayaran ansuran tinggi dari kadar sewa, tak mengganggu aliran tunai, boleh dipertimbangkan.
7. Menyewa atau membeli rumah yg mahal sedikit tapi dekat dengan tempat kerja atau pengangkutan awam, MUNGKIN lebih baik daripada membeli rumah yg murah tapi jauh dari tempat kerja kerana kos ulang-alik dari rumah ke tempat kerja mungkin boleh menampung kos menyewa atau membeli rumah yg dekat dengan tempat kerja. Kos termasuk masa, selain kos petrol, tol, maintenance dsb.
8. Usaha cari rumah dengan semua ciri di atas kena lakukan dengan bersungguh-sungguh, bukan dengan bersungut-sungut. Bersungut takkan membantu.
9. Tak jumpa rumah sebegitu? Kena rajin godek website-website yang ada iklan rumah. Kena ranin berkawan dengan ramai ejen-ejen hartanah / REN.
10. Dah jumpa tapi duit deposit tak cukup? Application kena reject? Takpa, better late than never. Simpan duit dari sekarang, betulkan balik kewangan, kembali ke pangkal jalan. Peluang umpama bas, sekali terlepas, akan ada bas lain datang. Kalau bukan hari ini, mungkin hari esok. Kalau bukan minggu ini, minggu depan. Kalau bukan tahun ini, tahun depan! Yang pentiiiiiiing....... Simpan tetap simpan!
Jangan lupa follow @afyanIFP utk lagi tip-tip kewangan dari Wakanda.
Buat cara yang betul. Jangan buat cara yang boleh waris lain pertikaikan kemudian hari, yang akhirnya beri kesan kepada isteri dan anak-anak terpaksa berebut faraid juga, akibat membuat solusi yang kurang tepat.
Hampir semua harta yang milik individu, boleh buat Hibah Harta dengan Wasiyyah Shoppe Berhad (WSB).
✅ Cuma untuk kereta, jika dah habis bayar, baru boleh buat. Jika belum, perlu check semula waktu beli kereta dulu ada ambil perlindungan HPRT atau tidak. Jika ada, boleh buat Hibah Kenderaan. Jika tiada, tak boleh buat lagi sehinggalah kereta dah habis bayar.
✅ Untuk rumah, macam biasa, buat Hibah Hartanah Komprehensif. Suami terus boleh beri rumah pada wife, walaupun rumah masih dalam loan bank.
✅ Hibah Akaun Simpanan, Akaun Semasa, Unit Trust, Tabung Haji, ASB, juga boleh buat dengan WSB. Kiraan berdasarkan future savings.
Hampir semua jenis harta boleh buat Hibah di WSB. Cuma sebagai perunding, kita selalu galakkan untuk buat Hartanah atau Kenderaan terlebih dahulu, sebab ia sukar dicairkan/diagihkan. Harta lain lebih mudah.
Hartanah harta yang paling banyak terbeku. Pewarisan hartanah bukanlah sesuatu yang automatik selepas kematian. Sebelum hartanah dapat diturun milik, banyak proses yang waris-waris perlu lalui.
Jika semua umat Islam faham kaedah yang betul dan tahu bagaimana nak melaksanakannya, InsyaAllah harta umat islam yang terbeku dapat dikurangkan.
Rancang Kerana Sayang.
P/s: WSB adalah penyedia dokumen hibah yang terbanyak di Malaysia. Pelanggan kami pun sudah menjangkau lebih 80,000 orang seluruh Malaysia, termasuk Sabah Sarawak.
🙋♀️Text untuk saya bantu.
👉 https://t.co/RX835D63Ac
▪️▪️▪️
Dhiya Nadia (DN).
Peruding Pewarisan Harta Islam & Takaful,
Shariah RFP Affiliate,
Wasiyyah Shoppe Berhad (WSB).
Great Eastern Takaful Berhad (GETB).
Gambar2 ni ditangkap guna nyawa gais no joke
harap authority takkan ignore je, saya pun dah lost hope in IPOH for now, buat contents hampir satu tahun pun kena kacau since last year, diam2 I simpan setiap bukti kacau dgn polis report (scam) mcm Acacia Diana; They stopped after I voiced out on IG so sy maafkan sindeket behind this kerana Raya dah dekat. I will be back after I recharged fully. ☀
QUANTUM METAL (QM).
Mula-mula janji 14 hari dapat duit kalau withdrawal/terminate. Ini berlaku bulan 12 lepas. Kemudian tukar janji ke 30 hari. Lepas tu janji 3 bulan.
Macam-macam alasan diberikan. Nak cairkan emas 31 tan, delay kat bank luar negara, masalah kat BNM dll.
Semalam 31/3 genap tarikh dijanjikan 3 bulan. Tapi hampir semua yang terminate masih tak dapat duit mereka lagi.
Leader QM ramai dah senyap. Ada yang tukar profile picture, buang nama dan video QM.
Yang melabur beratus-ratus ribu dan puluh ribu mungkin kehilangan duit simpanan mereka. Kesihan yang guna duit bersara KWSP. Sebelum ni dijanjikan keuntungan besar.
Sekarang ada leader salahkan mereka sebab mereka kata tak paksa join QM, kenapa tak check dulu betul-betul sebelum melabur dsb.
Ada kawan aku labur RM20,000. Walaupun aku dah nasihat jangan sebelum ni. Sekarang mula meminjam sana sini duit untuk belanja raya.
Nak cakap padan muka, kasihan. Tapi orang sama juga yang tersontot dengan Tok Belagak dan Affliate Junction sebelum ni. Tertipu berkali-kali.
Percayalah, nanti akan muncul lagi pelaburan emas baru. Dan orang melayu yang paling ramai melabur dan tersontot sekali lagi.
Itulah.