Memang WIN brader Raz ni expose satu per satu pasal food festival kat Malaysia ni. Semuanya dah kena scammed dengan duit yang korang bayar mahal2 tuh. 🤣
Dengan kata lain dia tak suka benda subjektif sebab jawapannya relatif, ada yg kata jawapannya macam itu, ada yg kata macam ini. You have to get around and think about it.
Benda yg objektif ini, kadang kena ingat je sebab benda itu tak berubah — macam budak ini cakap benda ada dalam kamus. You don't have to think much about it. Apa lagi nak kena debatkan dengan 1+1 dengan jawapannya mesti 2 (melainkan hang falsafawan).
Aku rasa, di masa depan, dia akan membesar jadi saintis/jurutera. I see part of myself in her. Jenis memang tak suka benda tak objektif macam sastera.
📍 Klasifikasi B40-M40-T20 yang telah digunakan selama hampir 15 tahun, kini tidak lagi mencerminkan realiti stratifikasi ekonomi isi rumah di Malaysia, jelas Institut Penyelidikan Khazanah (KRI) dalam satu kajian yang diterbitkan pada 30 Disember 2024.
KRI telah mencadangkan kaedah baharu untuk klasifikasikan isi rumah, iaitu ikut corak perbelanjaan.
“Dengan melihat bagaimana duit dibelanjakan, kita boleh dapat gambaran yang lebih jelas tentang standard kehidupan sebenar berbanding dengan berdasarkan jumlah pendapatan sahaja.” – Gregory Ho, penyelidik kajian bertajuk "Searching for the 'Poor' and 'Middle Class' in Malaysia"
Dengan pendekatan ini, muncul cadangan klasifikasi baharu B20-M50-T30:
• B20: Mampu berbelanja untuk memenuhi keperluan asas sahaja.
• M50: Masih rentan secara ekonomi, terpaksa kompromi antara keperluan asas dan produk lebih aspirasi.
• T30: Mampu berbelanja untuk produk aspirasi seperti cuti luar negara, pembantu rumah, gajet seperti PlayStation.
Menteri Ekonomi Rafizi Ramli sebelum ini pernah menyatakan bahawa klasifikasi B40-M40-T20 hanya berdasarkan pendapatan kasar isi rumah dan tidak mengambil kira faktor lain seperti perbelanjaan sara hidup.
Sehubungan itu, kerajaan sedang mempertimbangkan untuk beralih kepada pengelasan berasaskan pendapatan boleh guna bersih (net disposable income) yang juga mengambil kira faktor seperti lokasi dan demografi isi rumah.
💬 Apa pendapat anda tentang klasifikasi T20, M40 dan B40 yang sedia ada? Bagaimana kaedah ini boleh ditambah baik?
1/10 🧵⬇️