Hi @maxis, I’ve been receiving “Mobile Service Disruption” notifications for my home location almost daily (sometimes multiple times a day) since last month. Can you confirm if there’s an ongoing issue or if this is a system error? Appreciate your clarification. @MaxisListens
@FaizalAzharFACT@IniAlalalannn Kitorang buat sekali sticker ni 🤣 Tp Yucy lah tlg tempah kan haha.. i sihat² gitu je lah. 100% tu belum lg. Thanks for asking 🫶🫠
Penyanyi nombor satu negara Datuk Seri Siti Nurhaliza diiktiraf sebagai penerima Anugerah Biduan Negara 2024 pada Anugerah Seni Negara malam ini (13 Nov).
Beliau yang berpengalaman hampir 30 tahun dalam bidang seni suara ini menganggap anugerah itu sebagai antara pengiktirafan terbesar dalam kerjaya seninya dan menyifatkan anugerah yang diterimanya itu mewakili semua anak seni yang lain.
Beliau beriltizam mahu melakukan yang terbaik untuk membawa seni negara di peringkat lebih baik pada masa akan datang.
Pada majlis itu juga, Datuk Mohd Nor Khalid (Lat) dinobatkan sebagai Seniman Negara 2024.
Beliau berharap anugerah yang diterimanya pada hari ini menjadi dorongan kepada generasi masa ini yang menceburkan diri dalam bidang seni visual.
Beliau turut menzahirkan rasa syukur kerana mendapat sokongan daripada semua pihak termasuk kerajaan yang mengiktiraf jasa dan sumbangan anak seni.
Telah berkecimpung selama 60 tahun dalam dunia kartun, Lat mendapat pelbagai pengiktirafan dan gelaran antaranya adalah Tokoh Warisan Orang Hidup, Ikon Budaya, Seniman Diraja Perak, Wira Budaya, Anak Malaysia, dan Seniman Rakyat.
Sementara itu, lima pengiat seni tanah air menerima Anugerah Karyawan Seni iaitu Datuk Mokhzani Ismail bagi kategori Karyawan Seni Muzik; Zakaria Ariffin (Karyawan Seni Lakon/Pementasan); Wong Kit Yaw (Karyawan Seni Tari); Bangie Anak Embol (Karyawan Seni Kraf Tangan) dan Wong Hoy Cheong (Karyawan Seni Visual).
📸 Zulaikha Zainuzman/BERNAMA
#BernamaNews
#BernamaImages
Penganjuran kesembilan Anugerah Seni Negara (ASN) menyaksikan penyanyi tersohor, Dato’ Sri Siti Nurhaliza telah dianugerahkan gelaran Biduanita Negara. Tahniah buat penyanyi nombor satu negara @ctdk 👏🏻 #KongsiInspirasiMY#InspirasiUnifiTV
Bazaar Ramadan TTDI mmg selection food dia jual next level lah.
Burger cheese meleleh tu mmg rasa nak tadah je mulut kat bawah, mac n cheese tu plak 3x ngap je bole habis aku rasa.
So siapa dah pergi sini kongsi skit apa lagi yang best??? 😁
Tips ringkas aircond
Selalunya pengguna aircond terkeliru dengan perbezaan antara dry mode dan cool mode. Betul tak?
Biasanya pada alat kawalan jauh dry mode ditunjukkan dengan lambang titisan air manakala cool mode dengan lambang empingan salji.
Untuk penjimatan tenaga yang efisen, kita digalakkan untuk guna dry mode kerana untuk mod ini kompressor tidak berlari pada kadar maksimum untuk menyejukkan ruang.
Sensor akan mengesan perubahan suhu dan mengekalkan suasana nyaman dengan kadar kelembapan sebanyak 60% sahaja dalam ruang udara. Dan yang paling penting kita pun tak mudah selesema
Cuaca panas sangat sekarang ni kan, harap info ni dapat membantu anda 😊
Semoga bermanfaat