Kalau bertemu malam Lailatul Qadr nanti
jangan terlalu fokus minta dunia, minta lah yang paling mahal di sisi Allah. Minta dimasukkan ke Surga Firdaus tanpa di hisab, tanpa disentuh oleh azab.
Jika kita bertemu dengan malam al-Qadr, sunat untuk kita sembunyikannya, bukan menceritakannya. Sepakat ulama' menyatakan sedemikian.
Kerana ia boleh mendatangkan rasa takjub kepada diri, melemahkan semangat orang lain.
Juga tambahan hujah, saya nyatakan di bawah.
Allah tahu kau sedih. Allah tahu kau penat. Allah adalah sebaik-baik tempat mengadu. Cukup bersujud tanpa perlu mengatakan apa-apa, Dia tahu apa masalahmu. Dia hanya mendengar dan tiba-tiba di kemudian hari, Dia memberi solusi tanpa kita sedari.
Bila tak jaga solat, Allah akan lewatkan kita dari segi :
1. Kejayaan
2. Rezeki
3. Jodoh
4. Doa
Maka, segeralah menunaikan solat dan solatlah di awal waktu.
9 reasons to thank Allah
1. You have a family.
2. You have a house.
3. You have something to eat.
4. You can walk.
5. You have people who love you.
6. You can see.
7. You can hear.
8. You woke up this morning.
9. You are safe.
always say Alhamdulilah.
NERAKA UNTUK YANG SOLAT.
Kata ustaz dalam kuliah maghrib tadi, ada orang yang solat pun masuk neraka.
Nama neraka itu adalah Neraka Wail. Dalilnya Surah Al-Ma'un (107): 4-5.
Mereka golongan yang lalai dalam solat. Rukuk dan sujud sambil lewa, melewat-lewatkan solat hingga akhir/habis waktu dan tidak mengingati Allah dalam solatnya.
Wail tu satu lembah kat dalam Neraka Jahannam. Gunung ganang hancur lebur kalau dicampak ke situ.
Bayangkan orang yang solat pun boleh dimasukkan dalam neraka, apatah lagi mereka yang tidak solat.
NERAKA UNTUK YANG TIDAK SOLAT.
Neraka khusus untuk mereka yang tak solat pula adalah Neraka Saqar.
Dalilnya Surah Al-Muddatstsir: 42-43.
Neraka Saqar ni tingkatan ke-6 dari 7 tingkat neraka. Siksaan api yang sangat menyengat dan sangat dasyat kepanasannya. Terus menerus membakar kulit manusia.
Kata ustaz, sesekali kita kena diingatkan tentang azab Neraka juga. Baru ada rasa takut nak tinggal solat.
Sama-sama kita jaga dan perbaiki solat. Jika ada culas dan tertinggal solat, segera bertaubat dan Qada' solat selagi hayat kita masih ada.
Jangan pandang dan judge orang lain! Lihat diri kita sendiri dan perbaiki diri kita dulu.