Craig Gillespie credits James Gunn with helping to choose the final needle drop for ‘SUPERGIRL’.
It was chosen in the final week of editing after trying 45 different songs.
(Source: https://t.co/fMuPZty0Q9)
Adventure beyond legend.
Tomb Raider: Legacy of Atlantis releases February 12, 2027, on PlayStation 5, Xbox Series X|S, Steam, and the Nintendo Switch 2!
Umat Islam di Malaysia akan menyambut Aidilfitri pada Sabtu ini, 21 Mac 2026/ 1447 Hijrah, demikian diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad, malam ini.
#AWANInews
HADES II v1.0 is coming September 25!🌒
Battle beyond the Underworld in our launch trailer.🏔️
Play in blazing-fast 120fps in TV Mode on Nintendo Switch 2, or 60fps on Nintendo Switch (w/ free upgrade to Switch 2). Transfer PC progress from Steam or Epic with Cross Saves.
My50 KINI LEBIH MUDAH MELALUI APLIKASI TNG eWallet
KUALA LUMPUR, 26 JUN 2025 – Dalam usaha mempertingkatkan kemudahan dan pengalaman pengguna pengangkutan awam, Prasarana bersama Kumpulan Touch ‘n Go hari ini mengumumkan bahawa pas perjalanan tanpa had My50 kini boleh dibeli dan diaktifkan secara digital melalui aplikasi TNG eWallet mulai 1 Julai 2025.
Langkah ini sejajar dengan aspirasi pendigitalan perkhidmatan pengangkutan awam negara dan menyokong agenda negara ke arah penggunaan tanpa tunai.
Pengguna kini tidak perlu lagi beratur di kaunter bagi urusan pembelian dan pengaktifan pas My50. Ianya boleh dilakukan terus melalui telefon pintar dengan pantas dan mudah.
Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana, Mohd Azharuddin Mat Sah, “Digitalisasi My50 merupakan satu langkah progresif yang memberi kemudahan maksimum kepada pengguna. Ia bukan sahaja menjimatkan masa, malah meningkatkan kebolehgunaan pas perjalanan ini dan memberikan kemudahan kepada pelanggan setia kami.
Inisiatif ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia, di mana pengguna hanya perlu memuat turun aplikasi TNG eWallet pada telefon pintar yang menyokong ciri tersebut.
Seterusnya, pengguna perlu melengkapkan proses pengesahan identiti elektronik sebelum membuat pembelian pas secara digital.
“Kemudahan ini dijangka memberi manfaat kepada hampir 250,000 pengguna sedia ada pas My50, serta menarik lebih ramai warga kota untuk beralih kepada pengangkutan awam,” ujar Azharuddin.
Sementara itu, menekankan komitmen Touch ‘n Go untuk terus memperkenalkan inovasi perkhidmatan yang memberi manfaat kepada semua, Praba Sangarajoo, Ketua Pegawai Eksekutif Touch ‘n Go Sdn Bhd berkongsi, “Di Touch ‘n Go, kami sentiasa mencari cara baru untuk menambah baik kehidupan rakyat Malaysia – sama ada melalui teknologi, kemudahan atau pilihan yang lebih luas. Inovasi kami bukan sahaja terhad kepada produk, tetapi juga bagaimana kami mendekati keperluan harian rakyat. Setiap solusi yang kami perkenalkan adalah sebahagian daripada usaha berterusan untuk menjadikan kehidupan warga Malaysia lebih mudah, fleksibel dan efisien.”
“Kerjasama strategik antara Kumpulan Touch ‘n Go, Prasarana dan Kementerian Pengangkutan Malaysia bagi memudahkan pembelian pas My50 – yang dikhususkan untuk rakyat Malaysia – secara digital menerusi platform TNG eWallet merupakan satu lagi pencapaian penting ke arah kemajuan sistem pengangkutan awam negara. Kini, rakyat Malaysia boleh membeli pas My50 dengan lebih pantas, pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Inisiatif ini turut mengukuhkan lagi komitmen kami dari Kumpulan Touch ‘n Go dalam membangunkan inovasi digital untuk rakyat Malaysia,” jelas Praba.
Untuk fasa seterusnya, Prasarana bakal memperluaskan inisiatif pendigitalan kepada produk-produk lain seperti pas MyCity. Langkah ini bertujuan untuk mempertingkat kemudahan akses, mengurangkan kebergantungan kepada transaksi tunai, selain memberikan pengalaman perjalanan yang lebih mudah dan pantas.
Pengguna boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai pendigitalan My50 menerusi laman sesawang https://t.co/bx3Fagqpo1 atau https://t.co/cgAe7D6Db5 @MyTouchnGo