Setiap kali saya mula risau tentang rezeki dan masa depan, selalu ingatkan diri akan kata-kata Nabi ﷺ.
"Siapa di antara kalian yang berada di waktu pagi dalam keadaan aman di tempat tinggalnya, sihat tubuh badannya, dan memiliki makanan untuk hari itu, maka seakan-akan seluruh dunia ini telah diberikan kepadanya.” [Jami' at-Tirmidzi #2346]
Bangun pagi dalam keadaan bersyukur mampu melenyapkan kerisauan. Ia melatih sifat qanaah.
Susah, tapi usahalah. Moga Allah selalu membimbing kita.
Malam 13 Februari nanti ada apa?
Malam Nisfu Sya'ban:
- pintu taubat dibuka seluas-luasnya
- doa & amal ibadah dikabulkan
- rahmat & rezeki diturunkan
Yang sedang berusaha dptkan pekerjaan, zuriat atau hajat tertentu, ini waktu terbaik utk berdoa & memohon dgn penuh keyakinan.
KONTEKS
Ada kawan baik saya (peminat Duck) text semalam. Dia tak paham, kenapa orang marah dengan Vivy dan FV. “Biasalah tu, risiko pelaburan. Kadang hit and miss. Orang lain pun rugi juga”
Sebab saya ni membesar di kampung, dia di Subang dan Damansara, worldview kami berbeza. Dulu di Uni, bila tiba hujung bulan, saya dah start cari Maggi. Dia seperti lazimnya, boleh lagi layan McD. Beza saya borderline B40 dan dia T20.
Selalu benda2 macam ni, saya kena bagi konteks sikit. Ini konteks saya bagi dia semalam. Kenapa kes FV and Vivy ini lain maciam orang marah.
1. Di kala Kerajaan kata hutang negara tinggi, subsidi satu2 kena tarik lagi. Ada antara kita yang kena bayar harga petrol penuh tahun depan. Dapat pula tahu ada set T10 dapat RM47juta duit Kerajaan, rugi pulak senang2 dimaafkan. Tu nescaya la mengundang makian.
2. Dalam kata menerima pelaburan duit Kerajaan, lifestyle si penerima pula super kayangan. Kita faham dia bukan jual produk sgt, she’s selling her lifestyle. Tapi konteks nya, Kerajaan melabur berpuluh juta dalam syarikat nya. Rugi memanjang sejak mula2. Tapi yang ditonjolkan dalam media, bukan sgt produk sendiri. Tetapi segala macam barangan kayangan yang harga ribu riban. Ada handbag yang capai ratus ribu ringgit. Of coz orang akan mengungkit.
Dah jadi macam MO founder komestik timbang kilo pula. Beza nya demografik dan taste sahaja. Founder lain mungkin tunjuk duit berkepuk dan gelang emas Wonder Woman sampai ke lengan. Vivy cukup dengan baby blanket Hermes dan beg Berkins.
3. Dalam kata dia Entrepreneur berjaya, boleh bagi kelas pula. Dia dapat dana Kerajaan untuk perkasakan bisnes FV dalam talian, dia pilih untuk buka kedai fizikal. Di KLCC dan BV dengan mewah sekali. Bila trend terkini orang tak beli di kedai lagi. Dia akui dia silap percaturan, berkembang terlalu cepat. Ambil pekerja ramai2. Sebagai orang yang dah boleh bagi kelas nak meniaga, bukankah itu cardinal sin paling major? Jangan kembangkan niaga tak ingat dunia.
*****************
Saya bagi 3 konteks je dulu, untuk dia hadam. Last2 baru dia faham.
Yer, dunia orang kayangan dan orang di jalanan berbeza. Tapi tak bermakna kita tak boleh bertanya dan bersuara. Tambah bila dana datangnya dari rakyat biasa.
Salam hormat,
Liyana Marzuki
Ok aku rasa aku nk ulas pasal handbag2 and kasut Vivy Yusof.
First picture:
Vivy ade ENAM Dior Saddle (RM 19k each), at least ENAM Lady Dior (RM 28-30k each) , at least satu Montaigne (RM 18k).
Utk Hermes plak, ade Hermes Constance (RM 60k) and DUA Herbag (USD 3050 each)