Penyebab kerosakan orang muda adalah masa lapang, duit dan kurang tanggungjawab.
Badan tengah sihat, tenaga pun banyak. Bila usia muda tak disibukkan dengan ilmu dan perkara yang bermanfaat, dia akan habiskan masa pada perkara maksiat.
Bila hidup disibukkan dengan benda lagha, jiwa jadi kosong. Emosi dan mental pun lemah.
Pemuda tak berkualiti inilah yang akan menyumbang dan terjebak dengan budaya hedonisme.
Ingatlah, menjalani kehidupan yang tujuannya bukan akhirat bermakna hidup itu berpaksikan perasaan dan syahwat.
Moga Allah pelihara zuriat keturunan kita.
Saya pernah lalui fasa hidup yang rasa sempit.
Seperti orang lain, saya baca surah al-Waqi'ah untuk murah rezeki.
Tapi masa baca surah ini, saya terjumpa tiga soalan yang Allah SWT tanya dan soalan ini jadikan saya rasa tidak selesa untuk menjawabnya.
Tiga karakter paling dibenci nabi:
1) Al Thartharun : byk bercakap (semua benda dia nak ulas)
2) Al-Mutashaddiqun : orang yg membesarkan diri ( berlagak pandai/ dia paling tahu semua benda)
3) Al-Mutafayhiqun : orang yg sombong bila bercakap (menghina / rasa diri paling betul)
SEBAB BERLAKUNYA ISRAK MIKRAJ
1. Tasliyah (التسلية): Pengukuhan jiwa dan pemberian ketabahan kepada Nabi SAW selepas Tahun Kesedihan Nabi atas kewafatan Abu Talib, Siti Khadijah RA dan peristiwa di Taif.
2. Tasyri’ al-Solawat (تشريع الصلوات): Menerima perintah solat fardu lima waktu secara langsung daripada Allah SWT di Sidratul Muntaha.
3. Ira’atul Ayat (إراءة الآيات): Memperlihatkan tanda-tanda keagungan kerajaan Allah (Surah al-Isra’: 1) sebagai persediaan mental untuk fasa dakwah yang lebih besar.
4. Imtihan al-Iman (امتحان الإيمان): Ujian keimanan bagi penduduk Mekah untuk membezakan antara mukmin yang benar dengan golongan yang ragu-ragu.
5. Tashrif al-Rasul (تشريف الرسول): Pengiktirafan dan kemuliaan kedudukan Nabi ﷺ di sisi penduduk langit (para Malaikat & Nabi) berbanding penolakan kaum kafir di bumi.
Memahami sebab-sebab berlakunya Israk dan Mikraj ini membantu kita sedar bahawa setiap kesulitan yang kita hadapi pasti ada hikmah di penghujungnya. Sebagaimana Rasulullah ﷺ dikuatkan semangatnya melalui perjalanan ini, semoga kita juga terus cekal dalam berdakwah dan berpegang teguh kepada iman, walau apa pun ujian yang mendatang.
Ada satu amalan bila kita berada dlm keadaan tengah struggle nak cari duit atau tambah duit.. baca surah Insyiroh banyak2 kali sambil dalam hati niat minta pertolongan dari Allah.. dan banyakkan sedekah kt org susah mcm ni, percaya kepada-Nya, InsyaAllah Allah bantu. been there done that.
Hal terburuk yang dihadapi seseorang dalam hidupnya adalah terlalu berlebihan dalam memikirkan sesuatu. Oleh karena itu ulangilah terus do'a :
“Ya Allah aku meminta kepada-Mu hati dan pikiran yang tenang, yang selalu bersyukur atas setiap apa yang Engkau berikan untukku.”
Ayuh perbanyakkan doa:
اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي رَجَبٍ وَشَعْبَانَ وَبَلِّغْنَا رَمَضَانَ
"Ya Allah, berkatilah buat kami pada bulan Rejab dan Sya'ban, dan sampaikanlah kami kepada bulan Ramadan"
"Ya Allah berikan rasa qana'ah (cukup atau puas) dengan apa yang Engkau rezekikan buatku, berkatilah buatku padanya (rezeki), dan gantikanlah apa yang tidak ada padaku dengan sesuatu yang baik" [HR Hakim]
#FawaidHadith
Tak perlu buat, cukup dengan rasa "okay je"
"Saya tak gay, tapi okay je diorang gitu"
1- Allah menyatakan bahawa antara orang yang diazab oleh Allah adalah isteri kepada Nabi Lut.
وَلَا يَلْتَفِتْ مِنكُمْ أَحَدٌ إِلَّا ٱمْرَأَتَكَ ۖ إِنَّهُۥ مُصِيبُهَا مَآ أَصَابَهُمْ ۚ
Itu bukan ayat penyedap, itu memang betul.
Setiap doa kita akan dimustajabkan oleh Allah SWT sama ada segera atau kemudian.
Kena yakin Allah akan bagi pada waktu yang tepat; kita tak boleh jangka.
Allah sebut:
وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ ۖ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ ۖ فَلْيَسْتَجِيبُوا لِي وَلْيُؤْمِنُوا بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ (186)
Maksudnya: Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (beritahulah kepada mereka bahawa) sesungguhnya Aku dekat. Aku memperkenankan doa orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Maka hendaklah mereka menyahut (perintah)-Ku dan beriman kepada-Ku, mudah-mudahan mereka mendapat petunjuk.
Surah al-Baqarah, ayat 186
Jika kita lihat tujuan berdoa hanya untuk kemakbulan, mungkin kita akan kecewa.
Sebab pengabulan doa bukan semuanya segera dan dalam bentuk yang kita inginkan.
Sebenarnya manfaat paling besar dalam berdoa ialah kita didik hati kita untuk tunduk dan patuh kepada-Nya.
Kita tahu yang kita perlukan Allah SWT dalam setiap detik hidup kita.
Setelah saat kematian, manusia akan meminta utk kembali ke dunia
HANYA utk beramal soleh, dan sedekah
Langsung takde nak kembali ke dunia utk nak cari duit lebih lagi
Sebaliknya, nak sedekah dan tambah amal
Surah
As-Sajadah: 12
Al-Mukminun: 100
Al-Munafiqun: 10