Gunalah artificial intelligence art tu dgn cara yg menguntungkan. Jangan mintak diperlekehkan lagi. Bukak lagi peluang untuk expand benda ni. Seni bukan benda yg romantis lagi dizaman ini. Art changes. Knowing it, changes it.
“Artificial Intelligence Artist”
Sejak beberapa minggu ini aku luangkan sedikit masa untuk explore akaun Dall-E aku. Saja je nak melompat naik the band wagon sebab dengar orang dok cerita pasal buat art guna artificial intelligence ni dan claim dirinya artist.
Ada 2 tempat yang popular sekarang iaitu Dall-E dan Midjourney. Kawan aku yang introduced aku kat benda ni. Tak susah pun nak daftar, cuma kena apply dan masuk dalam waiting list Dall-E. Wait punya wait akhirnya berjaya.
Bagi aku, takyah la kau nak bangga dan claim diri sebagai artist AI kalau kerja kau sekadar menaip prompt dan AI yg buat lukisan untuk kau. Aku taknak huraikan yang lebih mendalam..pasal propaganda lah, monopoli lah, agenda lah dan macam2 lagi. Yang tu korang kupaslah sendiri
Seperti catan cubism, mata dilukis dari pandangan hadapan, hidung dari pandangan sisi, mulut dari pandangan atas dan sebagainya. Kamera yang dicipta pada waktu itu tak mampu hasilkan catan seperti catan cubism Picasso. Itu baru dikira hebat
Trivia sikit: Pablo Picasso jadi artis waktu bermulanya teknologi kamera. Orang zaman dia kata buat apa melukis kalau boleh tangkap gambar? Dia cabar teknologi kamera waktu itu dengan menghasilkan catan2 cubism yang boleh diamati secara serentak dari pelbagai sudut
Mungkin kategori2 dlm AI itu akan digunakan untuk bantu machine learning yang lain. Ada contoh orang buat video tiktok kononnya dia boleh menyuruh AI warnakan baju yang dipakai dan designkan prints pada baju dia. Kemudian baju tu boleh dijual online
Pengeluar2 AI seperti Dall-E dan Midjourney mungkin ada strategy mereka tersendiri. Selepas beta testing ni mungkin akan menetapkan arah tuju penggunaan “kecerdasan buatan” ini. Ianya mungkin akan dikomersilkan mengikut kategori seperti photo, 3d, digital art dan lain2.
Ini mungkin disebabkan oleh isu copyrights. Wajah manusia yg AI hasilkan cacat. Mungkin kerana tak mahu ada kebetulan dengan yang hidup atau yg mati. Contohnya kita mungkin akan kena saman sebab hasilkan imej Najib sedang berada di Miami sedangkan beliau ada alibi lain..hmmm
Lagi satu kelemahannya, AI tak berupaya hasilkan mengikut kata nama khas. Contohnya kalau kita taip: Wanita memegang “iPhone”, Terbang menaiki “Jedi Tie-fighter” atau Menunggang “Harley Davidson”. AI akan cuba tukar kepada imej yang paling hampir mengikut proses algoritma
Kebolehan AI untuk mentafsir perkataan yang kita taip masih dalam peringkat pembelajarannya. Ada kelemahan terutamanya dalam penghasilan potret manusia. Bahagian muka masih ada kecacatan. Wajah yang dihasilkan oleh AI ni seolah-olah macam kita tengok freak show
Assignment pelajar lepas ni buat sambil menaip je. Untung2 dapat A dlm kelas. AI ni jgk boleh membantu golongan yg tak pandai melukis tapi nak hias dinding rumah dengan lukisan yg cun2 dan mur2. Taip je apa nak lepas tu pergi print dan frame sendiri. Gantung dekat ruang tamu tu
Atau kita boleh guna gambar sendiri dan mintak bantuan AI untuk merapu lagi. Dekat beratus gambar dah aku merapu. Ada kebaikkannya guna AI ni. Contohnya untuk bantu buat Storyboard. Taip je apa yang kita nak dalam scene tu..zasss keluar
Dekat situ ada Variations untuk kita pilih dan ada ruangan juga untuk kita Edit. Dalam ruangan edit, kita boleh Add generation frame. Ada beberapa pilihan yang ketika ini masih lagi dlm beta stage. Kita boleh gunakan gambar yang baru kita generate tadi dan tambah merapu lagi.
AI akan jalankan kerja mentafsir perkataan yang diberikan dalam beberapa saat dan keluar lah gambar mengikut apa yang kita taip tadi. Dall-E juga ada memberikan nilai credits secara percuma untuk kita gunakan dalam aplikasi ini. Credits boleh juga dibeli jika kehabisan.
Benda ni memang mudah terhibur. Macam2 benda aku merapu. Mula2 aku cuba taip ayat yang pelik2. Ayat pertama yang aku gunakan ialah: A Wookie dressed in 80’s clothes riding a motorcycle in a beautiful daisy garden 😆. Keluarlah mcm2 imej yang kelakar dan buat aku jadi seronok
What if we imagined what shopping could be like with the technology we already have today?
• Images generated by #AI from text
• #AR clothes fitting
• Voice assistant
In seconds we automatically create a customized product for the customer. What do you think?