Miki akan sentiasa ada dalam hati kakak ❤️ kakak takpuas lagi jaga miki, miki tarik kakak ibu ayah abg haikal dengan abg kimi kat syurga nanti tau sayang. Kakak sayang miki ❤️
Abang kau memang takbole tengok aku lebih dari dia sikit 🤭 dia tukar dulu 16pro, lepastuh tak lama aku pula tukar dari 14 ke 17pm, tau tau member pun beli eah 17pm, cuma aku amek biru dia amek oyen. Kitonyo tak minat terang terang 😂🫣
Bilik dah cat, dah cantik sangat dah. Tapi masalahnya sekarang, nak kemas balik tuh barang barang 😭 aku takd mood lagi nak mengemas nih 😭 aku jenis kalau nak kemas bilik kena ada mood yg bebetul rajin, confirm segala ceruk aku sental nanti
👩🏻 b gi majlis dengan ibu ayah ke?
🧑🏻ibu ayah memang gi tuh, syg nak gi ke? Nak gi boleh jea kita gi berdua
👩🏻 takd lah kalau tak ajak syg, syg gi wedding lain, sebab kat kg ada wedding juga
Alasan dia bagi aku kucing baru, dia taknak aku meroyan, sebab kalau aku meroyan, dia yg kena tempias. Dengan keadaan aku yg tengah period nih, pastuh sedih, hampir jiwa aku kosong harituh, dia dah risau teruk dah
Bangjim bagi kakak pengganti miki, supaya kakak tak sedih lagi, miki jangan risau tau, walaupun kakak ada baby ciko, kakak tetap tak lupakan miki, miki tetap jadi kesayangan kakak 🫶🏻🤍
Miki kena ingat semua orang kat rumah tuh, ibu ayah abg haikal abg kimi mak atok kakak, semua sayang miki tau. Nanti tarik kami semua gi syurga tau sayang kakak 🫶🏻❤️
Orang tuh call kakak pukul 9 pagi dengan harapan kakak dapat dengar awak semakin ok sayang, tapi apa yg kakak dapat, dia cakap “maaf, miki takdapat diselamatkan”
Kakak redha miki, kakak dah tenang sikit sekarang, miki dah taksakit kan?
Semalam sebelum tinggalkan miki dekat vet, rancang nak beli baju utk miki bila dah keluar nanti, tapi taksempat belikan miki baju, miki dah tinggalkan kakak
Sayangku Miki 🫶🏻❤️
Hari ini rumah terasa sepi tanpa nafasmu. Walaupun hatiku berat, aku tahu kini kau sudah bebas dari sakit dan derita. Aku minta maaf kalau ada masa aku terlewat faham apa yang kau rasa, tapi percayalah… aku sentiasa cuba yang terbaik untuk kau.
Kau bukan sekadar haiwan peliharaan, kau keluargaku. Walaupun jasadmu tiada di sini, cintaku untukmu tidak akan pernah hilang.
Pergilah dengan tenang, sayangku. Berehatlah di tempat yang tiada sakit lagi.
Suatu hari nanti, kita akan jumpa semula di tempat yang lebih indah.
Baru 1 malam awak warded, kakak dah rindu miki dah. Miki cepat sihat tau sayang, kakak tunggu miki balik, nanti kita main dekat belakang ocey sayang 😘 getwellsoon miki ❤️
Miki kan kena warded sebab suspect pneumonia and dehydration. Seharian dia taknak makan, pagi jumaat tuh dia makan then dia muntah balik makanan dia tuh, terus dia asyik muntah jea, ada lah dalam 5 kali gitu (tapi jenis muntah air)
Actually aku dah tenang pun tadi, tapi tetiba fyp aku keluar pasal kucing, hati aku jadi tersentuh lak, dah tak memasal pepagi buta aku menangis sebab rindu dia, miki tak lah semanja kucing lain, tapi dia memang manja dengan cara dia sendiri