Ustaz cerita zaman Nabi, hanya orang munafik tidak hadir Solat Jemaah Isyak & Subuh sebab gelap (tidak ada org nampak). Tapi zaman kini kenapa Saf hanya sekerat dua, di manakah kita pada waktu tersebut wahai kaum Adam?
Insya-Allah, jom sama² kita azam manfaatkan kesempatan Ramadan kali ini dengan sebaiknya untuk mencari keredhaan-Nya
Credit: Ustaz Haji Jafri bin Abu Bakar @ Mahmud
Ingat Tuan², kita sedang berada di dalam bulan Haram, selain dari ganjaran pahala yang lebih besar, melakukan DOSA di dalamnya juga lebih BESAR & BERAT ya... #ingatanuntukdirisendiri
Belajarlah ilmu agama sampai kamu faham bahawa:
Dunia tempat meninggal, akhirat tempat tinggal, hidup tempat beramal, kubur tempat disoal, Syurga tempat asal dan neraka tempat menyesal.
Carilah pahala dalam setiap perilakumu, ucapanmu, pendengaranmu, penglihatanmu, langkahmu, tulisanmu. Kerana waktu hidup sangatlah berharga untuk kita sia-siakan begitu saja.