Kepada yang selalu tanya dekat ngl “suami saya tampar saya tapi saya sayang dia, dia baik dengan anak”, ambil iktibar dari kejadian ni please.
Kita takkan mati kalau takde suami, tapi kita boleh mati kalau dapat suami jenis dayus kaki pukul.
Kerap nampak orang share gambar baki akaun tinggal sikit, tak mampu beli baju raya, dan pelbagai jenis posting yang seperti meminta sedekah.
Ingatlah, meminta sedekah tanpa keperluan yang darurat adalah haram.
“Tidak halal menerima sedekah bagi orang kaya dan orang yang sihat tubuh badannya (untuk bekerja).”
[Riwayat al-Nasaei (2597)]
Bahkan kata Nabi ﷺ, sesiapa yang meminta harta untuk memperkayakan dirinya tanpa sebarang keperluan, bererti meminta bara api neraka.
[Riwayat Muslim (1041)]