It’s also a good thing Istana pardons Najib. Because it reveals what a true scam “constitutional monarchy” is in Malaysia lol.
Want to come to KL to “hunt” corruption kononnya. All of them are the same lah whether from Pahang or Johor. 👀🤣
Orang dh tau dah mmg kepunyaan melayu islam...
Syarikat melayu islam di subcon kpd syarikat melayu islam jgk yg pengarah nya seorang wanita berasal dari kelantan.
semalam Bloomberg report Agong beli saham dalam syarikat perlombongan yang mempunyai kepentingan dalam operasi perlombongan rare earth dalam negara.
harini Bloomberg report lebih 12 syarikat US berminat dalam operasi perlombongan dengan local partners dalam Malaysia.
kebetulan je kan?
kan?
#whatcanyoudo
#nothing
Ada bertanya tentang penjelasan terbaru kononnya audit JAN (Jabatan Audit Negara) yg guna Realisable Asset Value (RAV) dan PwC (marked to market).
Kata mereka dua2 betul, jadi audit PwC itu saja2 dibuat untuk burukkan TH. Sebenarnya TH tak rugi pun.
Berikut beberapa ilmu perakaunan & pelaporan kewangan yg saya belajar sebagai seorang akauntan bertauliah dengan Institute of Chartered Accountants in England & Wales (ICAEW).
1. Standard akan dikemaskini dari semasa ke semasa (FRS etc) tetapi mengikut beberapa hukum kewangan yang tak berubah
2. Hukum kewangan ni macam rukun akaun la, membantu kita menentukan sesuatu yang rumit
3. Satu rukun - substance over form. Maknanya sesuatu transaksi itu mesti dilaporkan mengikut hakikat sebenar, bukan yang diklasifikasikan. Kalau transaksi itu bermakna ia adalah hutang, walaupun dipanggil walaupun dipanggil preference shares, mesti dilaporkan sebagai hutang.
4. Jadi kena tengok sifat transaksi itu - ada bayar recurring coupons yg tidak bergantung kepada prestasi kewangan ke tidak? Ada fixed terms kena redeem ke tidak?
5. Satu lagi rukun yg sangat penting - prudence. Maknanya setiap pelaporan kewangan itu mesti menunjukkan nilai yang paling realistik dengan apa yang akan dibayar bila aset dicairkan. Selalunya nilai itu lebih rendah daripada apa yang kita nak atau kita rasa.
6. Rukun prudence ini penting supaya entiti perniagaan tidak leka dengan nilai yang mereka sendiri letakkan tinggi, sebenarnya ia tidak begitu bernilai di pasaran.
Dalam kes TH, bila ada yang cuba berhujah mengenai RAV lawan marked to market, sangat jelas bahawa RAV ini bertentangan dengan rukun prudence dan rukun substance over form.
Substance over form - kita boleh bergaduh konon untung atas kertas >RM3b dan bukan rugi RM1b sebab kita pakai RAV.
Tetapi bila nak bayar hibah, bila kena guna duit pendeposit (terutamanya pendeposit baru), itu dah jadi rolling duit pendeposit.
Maknanya substance dah bertukar - hibah itu bukan dari keuntungan, ia dari pendeposit sebab rolling.
Prudence - sangatlah jelas kaedah RAV ini inflate aset2 TH yang nilainya jauh lebih rendah dari apa yg boleh diperolehi dari pasaran.
Bukti dah ada - dah 8 tahun aset TH dipindahkan kpd UJSB untuk dipulihkan, tak dapat pulih sampai hutang UJSB kpd TH kena rolling 10 tahun lagi.
Kita mungkin ada pandangan politik masing-masing, tetapi bagi mereka yang dilatih sebagai professional kewangan dan yg bersumpah akan menjadi seorang akauntan bertauliah yg jujur, benda TH ni sudah cukup jelas.
Lebih baik tumpu macam mana nak selesaikan masalah hutang rakyat akibat kena bail out TH.
Sudah sebulan perkara ini berlarutan tanpa sebarang maklum balas.
Tidak wajar jika hanya segelintir ahli parti mengeluarkan kenyataan untuk mendakwa bahawa saya tidak menghadiri mesyuarat, atau terus menghukum saya hanya kerana saya menghadiri program pihak lain.
𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗦𝗔𝗠𝗔𝗡 𝗖𝗔𝗣𝗥𝗜𝗖𝗘
Minggu ini media melaporkan Caprice kalah dalam satu saman fitnah yang dibawa oleh Ebit Liew terhadapnya.
Februari lalu, Caprice juga menjaja cerita kononnya saya makan rasuah dalam satu projek swasta yang tidak ada kena mengena dengan saya atau kementerian saya dulu.
Dia panggil sidang media mengumumkan yang dia saman saya.
Ramai ceplos yang mengejek saya konon tak berani saman Caprice.
Sebenarnya dah lama saya saman Caprice atas tuduhan itu. Kes sedang berjalan di mahkamah.
Ini kali pertama saya saman seseorang.
Sebelum ini, macam-macam orang fitnah ke, tuduh ke, saya jawab dan saya tak saman. Sebab kebanyakan dari mereka ini rakyat biasa, saya serahkan kepada Allah.
Tapi tuduhan Caprice itu adalah yang pertama kali menuduh saya makan rasuah. Berpuluh tahun saya dalam politik, sebenarnya tak pernah ada orang lain, hatta dari lawan politik seperti Umno atau PAS yang tuduh saya makan rasuah.
Jadi saya terpaksa saman untuk kali pertama dalam hidup saya.
Sekarang kita serahkan kepada peguam-peguam dan proses mahkamah.
Perwakilan DAP sudah buat keputusan. 88% undi kekal.
Episod ini saya rakam dua hari sebelum undian itu, dan saya memang jangka keputusannya begitu. Sebab bila saya tengok kedudukan DAP hari ini, mereka tersepit dua-dua jalan.
Kalau keluar, mereka kena buat keputusan yang saya dan Nik sudah buat, terima hakikat yang mungkin sampai mati kami tidak akan kembali menjadi sebahagian daripada kerajaan. Saya tidak pasti mereka bersedia untuk benda itu.
Jadi mereka kekal.
Bila kekal, strateginya jelas: guna kuasa dan pengaruh dalam kerajaan untuk lindungi undi Cina dan kerusi Cina, selepas apa yang berlaku di Johor dan di Negeri Sembilan.
Di situ masalahnya. Kalau strategi itu berjaya, DAP mungkin menang 30 hingga 40 kerusi dalam PRU16. Tapi PKR dengan AMANAH nampak gayanya payah.
Katakanlah DAP menang 35, PKR menang 5, AMANAH menang 1, pada ketika itu, Pakatan Harapan sudah tidak wujud.
DAP akan jadi seperti Gerakan.
Gerakan pun mula sebagai parti berbilang kaum. Tokoh-tokoh ilmiah Melayu, progresif Melayu, semuanya masuk.
Lama-kelamaan ia jadi parti Cina, dan orang Melayu tidak pergi dekat. Hari ini Gerakan cium tangan PAS.
Trend itu bukan teori. Di Johor, kos kekalahan jatuh kepada PKR dan AMANAH. Di Negeri Sembilan pun begitu.
Jadi akhirnya bukan DAP yang terpaksa buat pilihan. Pengundi bukan Melayu yang terpaksa buat pilihan.
Bagi saya DAP dan PH sudah sampai kemuncak perjalanan politik mereka. Yang belum pasti ialah sama ada mereka sedar atau tidak.
Tonton kupasan penuh keputusan Kongres Khas DAP ini di Podcast YBM Episod 59:
https://t.co/yRGYhQTSku
Buat pemilihan PKR dan pilih Timbalan Presiden yang baharu, semata-mata nak tengok Timbalan Presiden yang baharu ni cuti atau letak jawatan.
Pencapaian PH/PKR, kalah PRN Sabah, kalah PRN Johor, kalah PRN N9 dan gagal mempertahankan Kerajaan N9.
Sekat peruntukan Ahli Parlimen yang tak sekufu dengan dia. Hilang Ahli Parlimen berpengalaman seperti YB Rafizi Ramli dan YB Nik Nazmi.
Buat penat ceplos mempertahankan saudari Nurul Izzah separuh mati dan hina saudara Rafizi Ramli macam-macam..
What’s next ?
Peruntukan kepada rakyat melalui Ahli Parlimen Ampang @Rodziah_Ismail dihentikan. Kemudian dilencongkan pula kepada individu yang langsung tidak dipilih rakyat Ampang.
Masa membangkang, dia paling juara membawa isu peruntukan untuk semua Ahli Parlimen. Bila dah jadi pemerintah, dia tunjukkan belangnya yang sebenar. Mahathir betul bila dia pernah kata dia ‘a pathological liar’.
PKR (PH) listen! Korang bakal ghuyub dalam PRU akan datang. 🫵🏼
Reformati!