Guysssss! aku ada jumpaorg share list air frapped best2 kt zussss. Yang manaaa Kalau nak beli air kat Zuss coffee tapi tak tahu nak order apee, ni cth list2 air frappe yg korang boleh try. Sodappppp 🤤
Bookmark siap2! 🫵🏼
Pastu mesti la penguatkuasa kena minta maaf balik kan even depa cuma melakukan tugas. Yihhhh, macam tu la kerja gomen. Buat ikut buku salah, tak ikut buku pun salah 🙂↕️
Penguat Kuasa MBI Ditumbuk Ketika Operasi, Polis Siasat Insiden Kekecohan di Restoran Menglembu
IPOH, 17 April 2025 – Seorang anggota penguat kuasa Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dilaporkan ditumbuk ketika menjalankan operasi sitaan terhadap sebuah restoran di Taman Rasi Jaya, Menglembu, semalam.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, pihaknya menerima laporan pada jam 6.43 petang daripada anggota penguat kuasa MBI berusia 40 tahun yang mendakwa menjadi mangsa serangan semasa menjalankan tugas rasmi.
Menurut siasatan awal, kekecohan berlaku apabila seorang pekerja restoran tersebut tidak berpuas hati dengan tindakan menyita kerusi dan meja premis susulan aduan daripada Jabatan Kesihatan MBI.
“Suspek telah mengeluarkan kata-kata kesat serta cuba menghalang operasi, sebelum berlaku insiden tumbukan terhadap salah seorang anggota penguat kuasa,” katanya dalam kenyataan malam tadi.
Kes disiasat di bawah Seksyen 353 dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan serta Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil.
Pihak polis turut mengambil keterangan beberapa saksi dan meminta orang awam yang mempunyai maklumat agar tampil membantu siasatan dengan menghubungi Inspektor Sheikh Fateeha Iman di talian 010-2908095 atau mana-mana balai polis berhampiran.
Insiden yang tular di media sosial itu mencetuskan pelbagai reaksi, dengan beberapa video memaparkan detik kekecohan turut dimuat naik pengguna internet.
Sementara itu, Ketua WHIP Ahli Majlis MBI, Wong Kar Keat memaklumkan satu sesi pertemuan akan diadakan antara Ahli Majlis MBI, ADUN kawasan, Jabatan Penguat kuasa dan pemilik restoran untuk memberi penjelasan lanjut.
Beliau juga menasihati semua pihak agar tidak mempolitikkan insiden ini atau mengaitkannya dengan sentimen perkauman. - MYNEWSHUB