Jaga diri masing-masing. Mari kita guna ruang dan peluang ini untuk menghargai orang yang kita sayang, memperbaiki diri, hubungan sesama manusia dan serahkan pengharapan kita kepada Tuhan Yang Maha Esa
Akan tetapi, Covid-19 tidak akan dapat dihapuskan secara total. Selepas ini, akan ada beberapa gelombang lagi yang berlaku. Ia akan terus berlalu sehinggalah kita sendiri mengalami adaptasi (sepanjang tempoh itu berlaku) terhadap virus dan seterusnya akan menang
Ditambah dengan usaha vaksinasi yang semakin rancak, total populasi yang diberi vaksinasi akan menjadi majoriti. Ini sekaligus akan meredakan jangkitan Covid-19 buat sementara waktu selepas ia melepasi kemuncak jangkitannya
Tak guna kita mengeluh atau salah-menyalah kepada pelbagai pihak kerana kerosakan telah berlaku. Kita terpaksa terima hakikat bahawa kita telah gagal as a whole. Tapi, ini belum bererti bahawa kita telah kalah
Usaha mereka kini patut ditumpukan untuk merawat pesakit kritikal dan mempunyai komorbid sahaja. Ini adalah realiti yang terpaksa kita telan walaupun ia tersangat pahit
Ya. Matlamat kita semua adalah untuk menjaga diri sendiri seketat-ketatnya agar kita tak dijangkiti. Ini kerana, kita sudah berada di fasa di mana sistem kesihatan kita sudah tidak mampu merawat kesemua pesakit
Kini, kita berada di fasa survival di mana tanggungjawab mengekalkan kemandirian hidup adalah 100% dari diri kita sendiri. Siapa yang berjaga-jaga, sihat tubuh badan, aktif dan patuh pada SOP mempunyai peratusan yang lebih tinggi untuk survive