๐๐ญ๐๐ฆ๐๐ค๐๐ง ๐๐๐ง๐ ๐ค๐๐ก ๐๐๐ง๐๐๐ ๐๐ก๐๐ง ๐๐๐ฆ๐ข ๐๐๐ฌ๐๐ฅ๐๐ฆ๐๐ญ๐๐ง ๐๐๐ฐ๐๐ค๐ญ๐ฎ ๐๐๐ง๐ฃ๐ข๐ซ
Saya telah menerima laporan daripada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) sehingga jam 6:00 petang tadi, keadaan banjir di negara ini semakin membimbangkan dengan bilangan negeri yang terjejas telah meningkat kepada 6 buah negeri, melibatkan seramai 18,751 orang yang kini berada di Pusat Pemindahan Sementara (PPS). Kelantan mencatat jumlah tertinggi dengan 101 PPS beroperasi, menempatkan seramai 15,992 orang daripada 4,824 keluarga yang terjejas akibat banjir di negeri tersebut.
Justeru, saya ingin menyeru kepada semua yang berada di kawasan berisiko banjir agar sentiasa berwaspada dan mengutamakan keselamatan diri serta keluarga. Sekiranya diminta untuk berpindah oleh pihak berkuasa, patuhilah arahan tersebut tanpa berlengah. Tindakan ini adalah untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini daripada berlaku dan memudahkan operasi menyelamat sekiranya keadaan bertambah buruk.
Saya juga ingin mengingatkan agar menyimpan dokumen penting di tempat yang selamat dan mudah diakses, mematikan peralatan elektrik dengan segera untuk mengelakkan sebarang risiko bahaya dan sentiasa memantau kawasan-kawasan berisiko untuk keselamatan bersama.
Saya memahami betapa sukarnya keadaan ini, terutama bagi mereka yang terpaksa meninggalkan rumah dan harta benda. Namun, keselamatan harus menjadi keutamaan. Kerajaan melalui pelbagai Agensi komited untuk terus berusaha memberikan bantuan secepat mungkin kepada mereka yang memerlukan.
Untuk perkembangan terkini dan maklumat sahih mengenai keadaan cuaca, layari laman web rasmi dan media sosial MET Malaysia atau melalui aplikasi myCuaca.
Sumber : @APMtwiter
#APM
#METMalaysia
#NADMA
#MalaysiaMADANI
Petang tadi, saya merasmikan Majlis Peluncuran Bulan Pertahanan Awam sempena Sambutan Hari Pertahanan Awam Sedunia serta Hari Ulang Tahun Pertahanan Awam yang ke-72 di Ibu Pejabat Pertahanan Awam.
Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua warga APM yang telah dengan penuh dedikasi menjaga keselamatan rakyat. Selama 7 dekad, APM telah berkhidmat cemerlang sebagai barisan hadapan dalam pengurusan bencana.
Namun begitu, usaha untuk mendidik masyarakat amat penting. Mereka perlu dilengkapi dengan pengetahuan asas dalam menghadapi situasi bencana dan kecemasan. Kerajaan telah memperuntukkan tambahan RM 20 juta kepada RM194 juta pada tahun ini untuk memperkasakan APM.
Dengan tema "Kesepaduan Teras Perkhidmatan Pertahanan Awam", inilah masanya APM bergerak selangkah ke hadapan dalam meningkatkan "National Resilience."
Terima kasih diucapkan kepada seluruh warga APM atas segala pengorbanan dan komitmen.
Selamat Hari Pertahanan Awam Sedunia dan Selamat Hari Ulangtahun Pertahanan Awam ke-72!
#APM
#HariPertahananAwam
#KesepaduanTerasPerkhidmatanAwam
Mungkin ada di antara kita pernah menghubungi Angkatan Pertahanan Awam (APM) bila berlaku kecemasan daripada bencana seperti tanah runtuh & banjir sehingga yang terperangkap dan menangkap ular yang berkeliaran di rumah.
Hari ini saya bersama sebuah agensi rakyat yang amat penting dan semakin dekat di hati masyarakat sebagai sebahagian daripada tugas saya yang kini kembali menerajui APM.
Pencapaian dan peranan APM semakin besar namun taklimat yang diberikan kepada saya tadi, saya melihat banyak transformasi dan penjenamaan perlu dilakukan.
Antaranya adalah menterlibatkan lebih ramai golongan untuk bersama APM sama ada di kalangan pegawai ataupun sukarelawan APM bagi memastikan anggota agensi ini diperluas dan seterusnya mempunyai lebih ramai perwakilan di seluruh negara. Saya lontarkan cadangan untuk membawa artis tempatan, wartawan serta pempengaruh untuk sertai APM di bawah Briged Seni untuk menjadi sukarelawan membantu ketika situasi kecemasan dan bencana.
Saya mulakan dengan membawa pasukan pimpinan tertinggi saya di KKDW untuk menerima pentauliahan dan Insya-Allah beransur ke peringkat akar umbi sehingga lah peringkat Ketua Kampung dan Ketua Masyarakat.
Mari lah bersama saya dan APM dalam menterjemah peranannya. Keberadaan saya di sini adalah untuk menjadi pemudahcara dan keutamaan saya pastinya menjadikan APM antara agensi keselamatan yang terkehadapan untuk membela kesejahteraan rakyat di seluruh negara.
#APM
#KerajaanPerpaduan
#MalaysiaMadani
#ASPIRASI
Antara intipati ucapan YB Datuk Armizan bin Mohd Ali, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas- tugas Khas) dalam Majlis Madani Siaga "Sigap Pertahanan Awam : Siaga MTL" yang diadakan pada 22 November 2023, di Ibu Pejabat Pertahanan Awam.
Laporan terkini kejadian bencana banjir di Negeri Perak, Pahang dan Terengganu yang dikeluarkan oleh Pusat Kawalan Bencana Negara bertarikh 22 November 2023.
Maklumat terkini dan amaran semasa boleh didapati melalui laman web https://t.co/0eYbRH1wSU, facebook @PubliclnfoBanjir dan twitter @JPS_InfoBanjir.
Bagi maklumat cuaca pula, orang ramai boleh muat turun aplikasi myCuaca untuk maklumat cuaca yang terkini dan sahih dari Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia).
#METMalaysia
#Banjir
Alhamdulilah saya berkesempatan bersama-sama dengan para pelajar Malaysia UK di Restoran Jasmine, London.
Saya memanfaatkan kesempatan ini untuk menerangkan kepada para pelajar Malaysia yang hadir mengenai wawasan dan halatuju Kerajaan Perpaduan menerusi agenda Malaysia Madani yang diperkenalkan oleh YAB Perdana Menteri.
Saya turut berkongsi tujuan saya dalam rangka lawatan ke UK kali ini, antaranya untuk memangkin pembangunan tenaga mahir negara melalui TVET, memperkasa industri halal negara, membawa suara Malaysia yang tegas menyokong perjuangan rakyat Palestin dan lain-lain.
Saya doakan para pelajar di sini terus cemerlang serta menjadi kebanggaan keluarga, seterusnya menjadi aset yang bernilai dalam memacu kemajuan dan pembangunan negara pada masa hadapan.
#KerajaanPerpaduan
#MalaysiaMadani
I had the opportunity of visiting ChuangLee Cash and Carry, and I was extremely proud to witness the success of the Malaysian people here who have pioneered the wholesale and retail business sector.
ChuangLee was a preferred partner of MATRADE during the implementation of the Malaysia Kitchen Programme (2010-2016). During that time, they were responsible for the introduction and promotion of products from various Malaysian SMEs (known as PKS Malaysia) in renowned UK settings, including Trafalgar Square, Selfridges, as well as major supermarket chains like Tesco, Asda, and Sainsbury's.
In collaboration with MATRADE, ChuangLee also organized a free seminar on 'How to Do Business with the UK and Understanding Rules and Regulations'. This event was aimed at assisting Malaysian companies looking to expand their export ventures into the UK and EU.
As the appointed Minister responsible for rural development, it's clear that this Ministry is home to numerous entrepreneurs who produce a diverse range of products. In our recent meeting, I highlighted the importance of expanding opportunities to showcase the products of our rural entrepreneurs within ChuangLee and further establish their international presence.
As the Chairman of The National Entrepreneur & Micro, Small & Medium Enterprises (MSMEs) Council, i have advised ChuangLee to increase their inventory of local products, especially those with halal certification to be in their warehouse and distribute them throughout the UK.
Malaysian entrepreneurs should seize this opportunity and spread their wings globally.
#GlobalEntrepreneurs
#UnityGovernment
Agensi Pengurusan Bencana (NADMA) diperuntukkan sebanyak RM300 juta bagi memastikan kesiapsiagaan pasukan yang terlibat dalam menghadapi risiko bencana sama ada bencana semulajadi, buatan manusia mahupun bencana baru muncul.
Diharapkan agar risiko kerosakan harta benda dan kehilangan nyawa akibat bencana yang melanda negara pada masa hadapan dapat ditangani dengan berkesan.
#Bajet2024
#KerajaanPerpaduan
#MalaysiaMadani
Angkatan Pertahanan Awam (APM) Negeri Kedah kini bersiap siaga menghadapi Monsun Timur Laut.
58 buah aset laut dan 38 buah aset darat berada pada tahap optimum bagi menghadapi berlakunya sebarang kemungkinan.
@APMtwiter#RTM#BeritaRTM#MalaysiaMadani#Ribut#Banjir