Hari ini 84 tahun yang lalu, Leftenan Adnan terkorban dalam Pertempuran Pasir Panjang, Singapura.
Adnan bin Saidi dilahirkan di Sungai Ramal, Kajang pada 1915. Pada 1933 apabila Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) ditubuhkan, beliau yang ketika itu berusia 18 tahun antara orang pertama yang menyertainya.
Adnan menjadi pegawai tentera Melayu pertama apabila dinaikkan pangkat sebagai Sarjan pada 1936 seterusnya menjadi Kompeni Sarjan Mejar pada 1937. Beliau menjadi Leftenan selepas mengikuti kursus di Singapura & dilantik mengetuai Platun 7 Kompeni C RAMD.
Pada Disember 1941, Jepun mendarat di pantai timur Tanah Melayu, pantas mara ke selatan & berjaya menakluk seluruh semenanjung dalam masa hampir 2 bulan, memaksa tentera British berundur ke Singapura sebelum Jepun sampai ke situ pada 7 Februari.
Meletus Pertempuran Pasir Panjang pada 13 Februari, menyaksikan Jepun berjaya menembusi barisan pertahanan pertama. Pada lewat malam itu, Kompeni C berkekuatan 42 anggota pimpinan Lt. Adnan diarahkan untuk bertahan Bukit Candu.
Pertempuran diteruskan keesokan paginya & awal petang itu, Lt. Adnan berjaya mematahkan serangan berhelah Jepun yang menyamar sebagai tentera Sikh. 2 jam selepas berundur, Jepun hadir semula dengan gelombang serangan penghabisan.
Kompeni C kehabisan peluru & semakin ditekan, namun tidak dapat berundur kerana tali air yang dicemari minyak terbakar memisahkan mereka dengan barisan belakang. Maka Lt. Adnan mengarahkan pasukannya untuk lawan hingga ke hujung nyawa.
Akhirnya Lt. Adnan yang cedera parah ditangkap Jepun, diseksa & digantung/diikat pada sebatang pokok ceri lalu ditikam dengan bayonet sehingga menemui ajalnya di usia 27 tahun. Jepun berjaya menakluk Singapura esok harinya, pada 15 Februari 1942.
Keberanian Lt Adnan diakui General Yamashita yang mengatakan “Jika ada 10 orang lagi seperti Lt. Adnan, Jepun memerlukan 10 batalion lagi untuk menakluk Tanah Melayu.”
Sumber: Berita Tentera Darat Malaysia, The Patriots
#PeristiwaHariIni
[1MDB]: MELAWAN PROPAGANDA
Siri 2: Menteri Luar Arab Saudi
Siri 1 kita dah belajar yang Lawyer Shafee masukkan surat FOTOSTAT sebagai bukti derma datang dari Raja Arab.
Bilamana TPR masukkan bukti aliran wang dari BNM dan swift code antarabangsa yang tunjukkan dana yang masuk dalam akaun PM6 sememangnya dari 1MDB.
Di Mahkamah, Hakim sudah putuskan derma Raja Arab itu satu dogengan.
Di luar Mahkamah, team media dan propagandis pula canang video dan media Menteri Luar Arab. Yang sahkan memang dana datang dari sana.
Tapi ini kisah separuh benar ya.
Menteri Luar yang sama juga pernah kata kepada New York Times, yang dia tak percaya dana itu dari keluarga Diraja, mungkin dari individu biasa.
Lepas beberapa minggu bertukar pula. Kata ada pula. Sebagaimana yang mereka warwarkan.
Namun pada 2018, tukar lagi kenyataan, bukan dari Raja Arab. Dan mereka akan bantu Malaysia dalam kes 1MDB. Dan kini Kerajaan Saudi bantu banyak negara lain untuk dakwa kes berkenaan ini.
*************
Thing is, bukti Menteri Luar ini hanya ditanya dalam media. Tiada satu pun surat rasmi diberi dalam Mahkamah.
Team DS Najib pun tak panggil mana2 saksi Kerajaan Arab untuk bantu. Hanya bergantung kepada surat fotostat itu.
Saya bukan apa, kalau betullah Raja Arab menderma ke PM Malaysia punya banyak. RM2.6 billion ya.
Kenapa kita tak diberitahu? Kenapa dah kantoi baru keluar cerita?
Bukankah kalau derma G2G begitu, banyak pulak tu. Amanah seorang Perdana Menteri beritahu Rakyat. Ada transperansi dan akauntabiiti. Bagaimana pula wang derma itu dibelanjakan?
Ya kita tak berkenan dengan Trump.
Tapi bila baru2 ini, Qatar menyumbang jet peribadi, dia umum satu dunia. Rakyat Amerika tahu sahaja.
Tapi bekas PM kita, dapat derma, dibelanjakan untuk politik dia dan belanja mewah keluarga. Dia senyap macam takde apa2.
Cuma keluarkan lepas orang bising. Itu pun tak mengaku pada mula. Habis dipecat semua orang. Termasuk TPM, team AGC dan SPRM.
****************
Thing is, bukti Money Trail dari 1MDB ke syarikat Tanore milik Jho Low dan terus masuk Akaun PM6, sangat glaring, mereka tak boleh nak pusing.
Tu yang diputuskan di Mahkamah oleh Hakim Collin. Tiada bukti money trail yang wibawa nak tunjukkan ia datang dari Raja Arab.
Alasan ditipu Jho Low, lagi mengantoikan diri. Maknanya dia mengaku Jho Low tipu dan menyamun dana 1MDB, masuk ke Akaun Peribadi dia sendiri. Nak kata derma Arab macam mana lagi?
Betul kata Hakim Collin dalam kes 1MDB dan Hakim Karim dalam kes SRC.
Derma Raja Arab ini lagi teruk labunnya dari Hikayat Seribu Satu Malam.
Jangan lah ingat Rakyat ini senang diayam-ayam.
Salam hormat,
Liyana Marzuki
NOTA KAKI:
Siri 3: “Hearsay” saksi Jasmine Loo vs saksi SPRM
Siri 4: Ketiadaan Jho Low sebagai saksi
Kali ini kita cuba share sampai 1K pula ya. Baru masuk Siri 3. Terima kasih sokong #jihadintelek untuk rakyat Malaysia.
Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion ke atas Datuk Seri Najib Tun Razak, selepas didapati bersalah atas empat pertuduhan salah guna kuasa dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan RM2.3 bilion daripada dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
#BernamaNews #InfografikBernama #1MDB #NajibRazak
[1MDB] MELAWAN PROPAGANDA
Siri 1: Aliran Wang Raja Arab
Ini posting bersiri kes 1MDB.
Bagi mematah hujah propagandis.
Hari ni, Ticer mintak shuden2 pakai topi.
Topi Majistret dan Hakim.
Nak jadi Hakim dan Majistret. Kena letak emosi ke tepi. Kena menilai melalui akal dan hikmah.
Maka sentimen dan persepsi kena letak tepi.
Ok kita mula. Bismillah…
****************
PRINSIP ASAS KES AMLA
Dalam kes AMLA- penggubahan wang haram, bukti paling sahih dan powerful ialah ALIRAN WANG. Atau omputih kata MONEY TRAIL.
Ini bukti yang dilakukan oleh pakar dan analyst Profesional. Mereka menjejak wang keluar dari sumber mana, berpusing2 serata dunia dan mendarat last sekali di mana?
Dalam mahkamah, bukti ALIRAN WANG ialah asas pendakwaan. Dalam kes 1MDB, TPR telah panggil pelbagai saksi Pakar dari BNM untuk sahkan aliran keluar dana 1MDB dan mendarat dalam Akaun peribadi DSNR sendiri.
Selain dari kenyataan saksi BNM, TPR panggil saksi Pegawai Pematuhan Bank juga. Nak lagi kukuh, tambah lagi dengan bukti dokumen penyataan Bank, tambah lagi SWIFT code dari Bank serata dunia. Yang depa dok cuba cuci wang tersebut. Bahasa undang2 kata “Gubahan Wang” atau “Laundering”.
Bukan sahaja di Malaysia. Bukti Money Trail ini digunapakai dalam kes Dana 1MDB di serata dunia. Di Switzerland, Singapura dan Amerika.
Yer… Tuan Puan. Kes 1MDB ni bukan Najib saja yang kena. Banyak orang di luar negara kena penjara/ denda sama. Tak caya… google saja: Tim Leissner & Roger Ng.
Makanya, bila ini berlaku, bukti ALIRAN WANG ini merupakan bukti paling kredibel dan sahih dalam kes ini.
Yang buktikan INDEED, wang dana 1MDB, walau berpusing2 dan digubah2, mendarat masuk ke akaun DS Najib sendiri.
*************
ALASAN PEMBELAAN
Bila pihak pendakwa bawa bukti MONEY TRAIL, itu sudah separuh jalan kes sudah hampir lekat.
Kerja pihak pembelaaan, lawan MONEY TRAIL dengan bukti MONEY TRAIL juga.
Tunjukkan “Hello TPR… bukan wang 1MDB ya. Ini derma Raja Arab. Nah… saya bagi saksi pakar Money Trail saya, bank statement, SWIFT code dan wakil Kerajaan Saudi. Mahkamah check sendiri”.
Ini tak terjadi. Dalam Mahkamah apa Lawyer Shafee buat?
Dia bawak masuk surat FOTOSTAT.
Yer Tuan Puan, you read it right. Surat Fotokopi yer… Fishy sekali. Dalam Akta Keterangan, kalau copy ori tiada, tiada CTC (pengesahan) pula. Mahkamah tak boleh terima. Itu bukti tak wibawa.
Itulah yang diputuskan oleh Hakim Collin. Dia kata Surat itu PALSU. Bukan sahaja takde original copy, saksi/ wakil yang menulis langsung tak dipanggil.
Itu asas surat derma itu ditolak.
Selain surat tersebut, Lawyer Shafee tak masukkan saksi lain, Surat Rasmi Kerajaan Arab Saudi— yilek. Wakil Kerajaan Arab pun takde.
Makanya bila Money Trail pihak Pendakwa buktikan punca dana dari 1MDB, dibuktikan oleh pakar, didokong pula oleh dokumen transaksi dana Antarabangsa.
Lawannya pula nak buktikan derma Raja Arab. Bawak Surat fotostat… CTC dan saksi lain habuk pun tarak.
Korang sebagai Hakim nak percaya yang mana?
Cer tengokkan surat di bawah. Inikah level surat yang boleh diterima di Mahkamah.
Korang tepuk dada tanya iman jua 😊
Salam hormat,
Liyana Marzuki
Next:
Siri 2: Kenyataan Menteri Luar Arab Saudi
Siri 3: “Hearsay” saksi Jasmine Low
Cecah 800 shares, sis buat siri ke-2 ya.
Jangan risau, FB sis ni tak monitise.
Cuma nak ajak rakan2 sekali celikkan umat 🙏😊
Kisah yang Ramai Tidak Tahu:
Bagaimana Seorang Bernama Dato’ Bahri Menyebabkan Kes 1MDB yang Hampir Dimusnahkan Akhirnya Dapat Didakwa
Ramai menyangka kes 1MDB terbongkar kerana perubahan politik semata-mata. Hakikatnya, jauh sebelum itu, kes ini hampir lenyap sepenuhnya — bukan kerana tiada bukti, tetapi kerana terlalu ramai yang takut. Dalam saat genting itulah, seorang penjawat awam memilih untuk tidak tunduk.
Apabila siasatan SRC International dan 1MDB diambil alih oleh SPRM daripada PDRM, keadaan sudah pun tegang. Polis dilihat tidak bergerak dan terlalu akur kepada kuasa politik ketika Najib Razak masih berkuasa. Dalam suasana itu, Dato’ Bahri tampil sebagai antara orang kanan SPRM yang percaya satu perkara: kebenaran mesti diselamatkan, walau apa pun risikonya.
Langkahnya berstrategi dan berperingkat. SRC disiapkan dahulu kerana aliran wangnya lebih jelas dan mudah dibuktikan.
Bila SRC hampir lengkap, barulah 1MDB mula digerakkan. Ketika itu, kebenaran sudah terlalu hampir — mungkin terlalu hampir untuk sesetengah pihak.
Namun, campur tangan berlaku tepat pada waktunya untuk menghentikan segalanya. Kepimpinan SPRM ditukar. Dengan pertukaran itu, siasatan 1MDB dibekukan, manakala kes SRC diarahkan NFA oleh Peguam Negara ketika itu. Bagi kebanyakan orang, itu noktah terakhir. Bagi Dato’ Bahri, itu tanda bahaya.
Beliau sedar satu hakikat pahit: jika semua dokumen dibiarkan di satu tempat, semuanya boleh dimusnahkan. Maka, sebelum bersara awal, beliau mengambil keputusan senyap tetapi berani. Dokumen asal siasatan dipecahkan kepada tiga salinan dan disimpan di lokasi berasingan, di tangan individu yang benar-benar dipercayai. Beliau memastikan agar dokumen itu, walau apa pun berlaku, tidak jatuh ke tangan orang yang salah.
Tidak lama kemudian, Dato’ Bahri bersara. Ramai menyangka kisah itu sudah berakhir. Malah, semasa kepimpinan baharu SPRM, fail SRC sekali lagi diarahkan NFA, kononnya tiada kes. Hakikatnya, kes itu tidak mati — ia disembunyikan demi sebuah kebenaran. Ada mungkin bertanya, apa justifikasinya?
Tekanan pada ketika itu sangat hebat. Pegawai SPRM di ganggu. Bayangkan Timbalan pendakwa raya ditangkap dan dilokap. IO dan SIO SPRM pula menyusul ditahan dan pejabat SPRM di serbu. Polis yang sepatutnya menumpukan siasatan ke atas 1MDB, sebaliknya digunakan untuk menekan Bahagian Operasi Khas SPRM. Dalam kemuncak tekanan itulah Dato’ Bahri melafazkan kata yang kekal menjadi saksi prinsipnya:
“Kamu ada kuasa. Aku ada Allah.”
Tahun 2018 mengubah segalanya. Najib tidak lagi menjadi Perdana Menteri. Ketakutan yang selama ini membungkam semua pihak mula surut. Dato’ Bahri dipanggil semula. Dengan dokumen yang telah diselamatkan bertahun-tahun sebelumnya, kes SRC berjaya disiapkan dalam masa sekitar satu setengah hingga dua bulan sahaja. Cepat, kemas, dan cukup kukuh untuk dibawa ke mahkamah.
Dari situlah, kes 1MDB dibuka semula. Kali ini tanpa arahan senyap, tanpa perlindungan kuasa. Barulah jelas kepada semua: bukti sentiasa ada — yang tiada hanyalah keberanian.
Kes 1MDB akhirnya dapat didakwa bukan kerana sistem tiba-tiba sempurna, tetapi kerana seorang bernama Dato’ Bahri memilih untuk menjaga amanah, ketika yang lain memilih untuk berdiam diri.
Dan benarlah, seperti yang disebut dalam al-Quran:
mereka merancang, dan Allah juga merancang.
Sesungguhnya, Allah sebaik-baik perancang.