“Hidup ini seperti gelanggang pertaruhan, berusaha menamatkan apapun yang sedang dimulakan. Maka itu, usah mengalah jika saatnya anda berada di titik paling rendah.”
Dalam berjuang mencapai impian, sikap mahu belajar perbaiki kelemahan diri itu dituntut setiap hari agar tidak ‘kandas’ ketika memulakan tugas. Boleh? #NotaHero2021
Apapun kejayaan itu, ia bermula dari bawah dengan perjuangan yang sangat berat. Jadi, usah berputus asa apabila anda rasa penat. Itu normal! Berjuang terus ya. Boleh? #NotaHero2021
Konsisten salah satu kunci keberhasilan sesuatu yang kita usahakan. Konsisten memperbaiki banyak hal: 1. Mengurangkan kesilapan 2. Membuatkan diri lebih mahir. 3. Membina disiplin diri. Boleh konsisten? #NotaHero2021
1000 orang berkata kamu tidak bisa itu biasa, namun apabila dirimu sendiri berkata tak bisa itu binasa. Berjuang dan terus melangkah mencipta sejarah hidupmu yang menginspirasikan. Boleh? #NotaHero2021
Bekerja sendiri ini, hal yang paling penting yang harus kuat dalam diri adalah “self-drive - Memimpin diri sendiri”. Self-Drive ini yang akan membuatkan kita sentiasa komitmen, semangat & optimis untuk mencapai apapun impian kita. Boleh? #NotaHero2021
Fokus dengan apa yang kita lakukan adalah salah satu kunci kejayaan. Apabila ada kecacatan tindakan, bukan berhenti tetapi perbaiki yang cacat itu. Boleh? #NotaHero2021
Hidup ini sebuah perjuangan, semakin mencabar semakin terlatih mental dan jiwamu. Semakin kau belajar hal baru semakin berpotensi bagimu mencapai prestasi yang baru. Boleh? #NotaHero2021
Kejayaanmu dalam satu hal itu sangat tergantung dengan usahamu. Cara berfikirmu. Kemahuanmu mahu terus perbaiki kelemahan. Usah menyerah saat anda lelah kerana lelah itu bukti kau sudah berusaha. #NotaHero2021
Hal yang paling sulit dalam hidup aku adalah membuat keputusan. Bulan Ogos ini aku sudah membuat keputusan besar dalam hidup. Semoga keputusan ini bulat dari hati aku. Terfikir saja, Bagaimana kalau aku tidak baik-baik saja? Iya tetap Optimis! Aamin🤲
Kejayaan bukan tentang berapa banyak wang atau harta yang kita ada tetapi kejayaan itu adalah berapa banyak orang yang kita bantu. INGAT, tetap kena ada wang dan harta yang cukup. Boleh? #NotaHero2021
Kejayaan yang sifatnya jangka panjang memang sulit dan lama untuk dibangunkan tetapi ia bermakna untuk kualiti hidup dan masa depan. Boleh terus berjuang? #NotaHero2021
“Planning without action is nothing.” Bagi yang punya perancangan, rugi jika ia hanya perancangan tanpa tindakan yang progresif & proaktif. Bertindak boleh? #NotaHero2021
Kejayaan itu sesuatu yang sering kita perjuangkan, bukan sesuatu yang sering kita perkatakan. Bermulalah melakukannya, itu kunci keberhasilan. Boleh? #NotaHero2021