Jangan terlalu sibuk mengisi cawan orang lain sehingga cawan sendiri kering.
Manusia akan mengecewakan.
Isi cawan sendiri dahulu.
Berbuat baiklah dengan diri sendiri, selembut mana kamu berbuat baik kepada orang lain.
Self care is not selfish. Yourself is an amanah from Allah
Siapakah orang yang rugi?
Imam Ibn Rajab menyatakan:
الخاسر الذي يظن أن الله لا يغفر له
“Orang yang rugi adalah orang yang menyangka Allah tidak mengampunkannya”
Rujuk Laṭāʼif al-Maʻārif.
#FawaidUlama
Baca perjalanan (journey) kawan kita ni, korang akan perasan bakat (talent) tu hanya satu cabang untuk berjaya.
Tapi cabang yang lagi utama ialah:
• Kerja keras (hard working)
• Rajin cari peluang
• Tak cepat mengalah
• Tabah (perseverance)
Ini yang bawa kita lebih jauh.
Pelajar Tingkatan 4 maut, rakan cedera motosikal rempuh kereta
01 Januari 2025, 5:03pm
KUALA LUMPUR: Seorang pelajar sekolah menengah maut, manakala rakannya cedera selepas motosikal ditunggangi mereka terbabit nahas dengan sebuah kereta di Jalan Persiaran Pekeliling, Bangi dekat sini, semalam.
Dalam kemalangan kira-kira jam 4.59 petang itu, mangsa berusia 16 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di anggota badan.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, siasatan awal mendapati kereta dipandu seorang wanita warga emas berusia 64 tahun dalam perjalanan menghala ke Seksyen 9, Bandar Baru Bangi.
“Kereta itu dipercayai sedang bergerak keluar dari sebuah simpang di Jalan Persiaran Pekeliling sebelum penunggang motosikal bersama pembonceng yang datang dari arah kanan melanggar kenderaan berkenaan.
“Akibat rempuhan itu, pembonceng motosikal disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala penunggang cedera di kaki. Pemandu kereta pula tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Naazron berkata, penunggang dan pembonceng motosikal berusia 16 tahun dan mereka adalah pelajar di sebuah sekolah menengah di Bangi.
“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
“Individu yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini boleh menghubungi balai polis berdekatan atau pegawai penyiasat kes, Inspektor Ahmad Zahrein Muhd Suoddi talian 017-3818422 bagi membantu siasatan,” katanya.
Artikel Buletin Tv3
"Ya Allah, aku nak nasi tambah!", Fitri jerit sekuat hati
Fitri ni budak lembam.
Dia rajin ke surau.
Kebetulan masa tu jemaah tabligh kami pergi ke surau di kampungnya.
Jadi jemaah pun ajak dia sekali untuk i'tikaf selama 3 hari. Dia setuju
“Amalan apa yang Allah terima sehingga aku diuji sebegini”
Mula-mula saya dengar kalam ini, terasa pelik. Eh, biasanya orang lain kalau berlaku musibah, akan bertanya dalam diri “dosa apa yang aku lakukan”, tetapi berbeza pula kalam ini.