@ZacZakirin13 Polis kita sebenarnya cekap.
Pengganas dalam rumah baru noat nak letupkan bangunan dah kena pecah pintu..
Tapi bila kes melibatkan kayangan, mangkubumi, kenamaan terus jadi cacat.
Hujung-hujung NFA.
UPDATE KES WAN AHMAD FARIS
Keluarga arwah Wan Ahmad Faris telah memfailkan writ saman sivil di Mahkamah Tinggi Kota Bharu terhadap Pegawai Penyiasat kes, Ketua Polis Negara dan Kerajaan Malaysia
Saman atas sebab cuai dalam siasatan kes serta gagal jaga kebajikan pelajar
KES BULI
Pihak sekolah tidak boleh gunakan alasan “tidak jangka kes buli akan berlaku” untuk nafikan mereka cuai, kerana mereka sedar risiko buli wujud di persekitaran sekolah.
Precedent:
Kes Ahmad Ikhwan bin Ahmad Fauzi v Mohd Fahmi bin Endut [2024] 3 MLJ 192 (Federal Court)
Kepada pembuli di luar sana, ingatlah pesanan ayah arwah Zulfarhan Osman.
“Jangan jadi pembuli. Ia boleh hilangkan nyawa, kesannya kepada ibu bapa, seperti saya telah kehilangan anak sulung yang menjadi harapan keluarga”.
Tolong la jangan buli anak orang. Sudah-sudah la.
UPDATE KES ZARA QAIRINA
Pesuruhjaya Polis Sabah sahkan siasatan kes kini di peringkat akhir
Kak Wana, Kak Dedeng dan tomboi telah dipanggil polis untuk beri keterangan
Kes dibawa ke Bukit Aman untuk perhatian sebelum dirujuk ke Jabatan Peguam Negara
Justice for Zara Qairina🙏
Allah sayang kita itu sebab Allah uji kita. Allah uji kita sebab Allah nak tahu iman kita. Bila kita kembali kepada Allah, ada lah iman dalam diri kita sebab kepada Allah jualah tempat kita kembali, tempat kita memohon pertolongan dan tempat kita mengadu nasib.
DIBUNUH DAN DIGANTUNG DI TANDAS ASRAMA MAAHAD TAHFIZ KELANTAN
Kes tragis melibatkan kematian Wan Ahmad Faris Wan Abdul Rahman di Maahad Tahfiz Sains Kok Lanas benar-benar mengejutkan dan menyedihkan. Isu ini menimbulkan persoalan serius mengenai keselamatan, kebajikan, dan pengawasan pelajar di institusi pendidikan, terutamanya yang berasaskan tahfiz.
Adakah pihak sekolah, Yayasan Islam Kelantan (YIK), atau Kerajaan Negeri Kelantan cuai dalam melaksanakan tanggungjawab mereka? Ini adalah soalan yang wajar diajukan, lebih-lebih lagi apabila melibatkan nyawa dan amanah terhadap pelajar di bawah jagaan mereka.
Tindakan tegas perlu diambil bagi menyiasat punca kejadian, memastikan keadilan untuk keluarga mangsa, serta mengelakkan tragedi seperti ini daripada berulang. Kepada pihak yang terlibat, termasuk Kementerian Pendidikan dan Kerajaan Negeri, suara rakyat dan keluarga mangsa yang mahukan penjelasan serta tindakan segera tidak boleh diabaikan.
Semoga Allah memberi kekuatan kepada keluarga mangsa, dan semoga keadilan ditegakkan.