@ASHWAD919 @bckupacc99 Betul. Dulu kecik2 kwn2 aku siap jentik telur pakcik yg tengah sujud lagi. Pasal bnde tu timbul. Tapi seingat aku pakcik tu maintain je sujud. Xtau betapa perit dia menahan.
Semua orang dah cerita tentang how to be a good leader/boss, tapi jarang-jarang orang bagi tips on how to be a bad leader/boss.
So malam ni uncle nak share tips on how to be a bad leader/boss.
6 tips.
Buat ni, confirm akan jadi bad leader!
3. Hentikan bayaran pencen kepada ahli parlimen, ADUN dan sebagainya. Kita bagi depa dulu merasa sebelum turun ke rakyat. Kalau okay then kita teruskan...
Silap-silap, takda dah calon nak masuk bertanding sebab takda pencen π
Pada tahun 2002, seorang pemain bola sepak Amerika Mike Webster mati sebab sakit jantung. Apabila doktor dari Afrika, Omalu Bennet buat autopsi dan kajian, sebelum dia mati Webster sebenarnya menderita macam-macam penyakit termasuklah dementia dan kemurungan.
Omalu dapati penyakit-penyakit ini datang daripada otaknya yang dihentak banyak kali sepanjang kariernya sebagai pemain bola sepak Amerika sehinggakan otaknya tak berfungsi dengan baik. Dapatan kajian Omalu diterbitkan pada tahun 2005 dan dia namakan penyakit otak itu CTE (Chronic traumatic encephalopathy).
Omalu sahkan benda ini berlaku juga pada pemain-pemain bola sepak Amerika lain. Apabila menghidap CTE, tingkahlakunya tak keruan, mengalami kemurungan, dementia, alheizmer, dan sebagainya. Omalu rasa pelik sebab muda lagi (30-40 tahun) dah kena penyakit macam ini. Menderita dengan penyakit ini, sampai ada pemain masa itu membunuh diri.
Kajian Omalu tidak mendapat perhatian, malah individu-individu berkuasa daripada National Football League (NFL), persatuan bola sepak di Amerika Syarikat cuba nak benamkan kajian Omalu dengan kata kajian dia tak ada bukti, silap dan sebagainya.
Filem Concussion (2015) ini sebenarnya menayangkan kisah hidup Omalu ini dalam perjuangannya nak selamatkan pemain NFL.
Tetapi NFL melihat Omalu sebagai ancaman untuk perniagaan mereka yang mungkin melingkup. Mereka lihat kajian Omalu akan menjadikan orang awam anggap bola sepak sukan yang berbahaya sehingga mungkin tak ada orang nak main dan sokong.
Tragedi yang berlaku pada masa itu sangat menarik, memperlihatkan orang berpengaruh menafikan sains untuk jaga kepentingan. Mereka ada "saintis" mereka sendiri yang bantu mereka untuk lawan Omalu.
Hampir 10 tahun NFL tak dapat nak terima bahawa CTE berpunca daripada hentakan kepala ketika bermain bola sepak. Tahun 2016 baru mereka akui perkara itu. Memang semenjak itu, dah ramai ibu bapa tak nak hantar anak mereka main.
Pada tahun 2023 seramai 376 pemain bola sepak Amerika yang mati, 345 daripadanya mengalami penyakit CTE.