๐๐ฒ๐ฎ๐ค๐ฎ๐ซ ๐๐ฅ๐ก๐๐ฆ๐๐ฎ๐ฅ๐ข๐ฅ๐๐ก.
Tiada ungkapan lebih besar dapat saya ungkapkan selain Engkaulah Yang Memberikan Kekuasaan Ya Allah.
Setinggi penghargaan saya sampaikan kepada seluruh pengundi di N.43 DUN Nenggiri yang telah memberikan kepercayaan semula buat Barisan Nasional untuk kembali berkhidmat kepada rakyat disini.
Terima kasih juga saya ucapkan kepada Pengarah Pilihan Raya DUN Nenggiri, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah, Dato' Sri Haji Ahmad Jazlan Yaakub selaku Pengarah Operasi dan pastinya seluruh jentera Barisan Nasional serta semua jentera parti di bawah Kerajaan Perpaduan yang telah bertungkus lumus membantu di Nenggiri bagi memastikan kemenangan calon kita, Awie.
Kepercayaan yang diberikan ini bukan sahaja satu amanah, tetapi juga satu tanggungjawab besar yang akan kami laksanakan sebaiknya.
Dengan mandat ini, kita raikan dengan penuh tawadhu' dan keinsafan bahawa jalan perjuangan masih panjang serta usaha mengembalikan keyakinan rakyat kepada UMNO dan Barisan Nasional akan tetap diteruskan.
Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada ikhtiar melakar kejayaan yang lebih bermakna di masa hadapan.
Terima kasih Nenggiri.
Ahmad Zahid Hamidi
Pengerusi Barisan Nasional
17 Ogos 2024
Ahmad Zahid Hamidi berjumpa Ahmad Zahid Hamidi.
Saya rasa ramai yang pernah lihat hantaran saya sebelum ini tentang anak kecil yang tinggal di Bagan Datuk dan mempunyai nama yang sama seperti saya. Dah semakin besar dan petah orangnya.
Saya sentiasa doakan agar Ahmad Zahid Hamidi membesar menjadi anak yang soleh, dilindungi oleh Allah SWT, dunia dan akhirat.
#AZH
Ahmad Zahid Hamidi berjumpa Ahmad Zahid Hamidi.
Saya rasa ramai yang pernah lihat hantaran saya sebelum ini tentang anak kecil yang tinggal di Bagan Datuk dan mempunyai nama yang sama seperti saya. Dah semakin besar dan petah orangnya.
Saya sentiasa doakan agar Ahmad Zahid Hamidi membesar menjadi anak yang soleh, dilindungi oleh Allah SWT, dunia dan akhirat.
#AZH
Ya Allah, Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, dengan rendah hati kami memanjatkan doa agar dikurniakan kesembuhan, keaโfiatan dan pemulihan buat Datoโ Seri Najib Tun Razak yang sedang diuji dengan wabak Covid-19.
Ya Allah, Engkau yang Maha Kuasa atas segala sesuatu, kurniakanlah kekuatan dan ketabahan kepadanya dalam menghadapi ujian ini.
ุงููููููู ูู ุฑูุจูู ุงููููุงุณู ุฃูุฐูููุจู ุงููุจูุฃูุณู ุงุดููู ุฃูููุชู ุงูุดููุงููู ูุงู ุดูููุงุกู ุฅููุงูู ุดูููุงุคููู ุดูููุงุกู ูุงู ููุบูุงุฏูุฑู ุณูููู ูุง
โYa Allah, Tuhan seluruh manusia, hilangkanlah penyakit, sembuhkanlah, Engkau lah yang menyembuhkan, tidak ada kesembuhan melainkan kesembuhan dari-Mu, iaitu kesembuhan yang tidak meninggalkan sebarang penyakit.โ
KENYATAAN YANG DIKELUARKAN OLEH PENYIMPAN MOHOR BESAR RAJA-RAJA BERKENAAN DENGAN PEMILIHAN SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG XVII DAN TIMBALAN YANG DI-PERTUAN AGONG
Menjunjung titah, saya memaklumkan bahawa Majlis Raja-raja dalam Mesyuaratnya Yang Ke-263 (Khas), diadakan di lstana Negara, pada hari Jumaat, 27 Oktober 2023 telah bersetuju mengisytiharkan bahawa Duli Yang Maha Mulia Sultan lbrahim, Sultan Johor Darul Ta'zim telah dipilih menjadi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVll, selama tempoh lima (5) tahun mulai dari tarikh 31 Januari 2024.
2. Majlis Raja-raja juga bersetuju mengisytiharkan bahawa Duli Yang Maha Mulia Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, Sultan Perak Darul Ridzuan telah dipilih menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong, selama tempoh lima (5) tahun mulai dari tarikh 31 Januari 2024.
3. Mesyuarat Khas Majlis Raja-raja yang berlangsung hari ini, telah dipengerusikan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulla Sultan Terengganu Darul lman dan dihadiri oleh semua Duli Yang Maha Mulia Raja-raja kecuali Duli Yang Maha Mulia Raja Perlis dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kelantan.
4. Menurut peruntukan Paragraf 3, Bahagian Pertama, Jadual Ketiga Perlembagaan, keputusan Majlis Raja-raja ini telah dikemukakan kepada kedua-dua Dewan Parlimen. YAB Perdana Menteri juga telah dimaklumkan.
Yang menjunjung titah,
Tan Sri Syed Danial
Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja
Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja
Kuala Lumpur
27 Oktober 2023 / 11 Rabiulakhir 1445
https://t.co/S81cia5h2Y
Jutaan terima kasih buat seluruh BN dan PH yang telah bekerja keras menjayakan kempen dan berusaha sebaiknya untuk memenangkan calon-calon kita.
Kita telah berusaha sedaya mampu, semoga Allah SWT menganugerahkan kemenangan dan kejayaan kepada kita pada PRN di enam negeri ini.