Waalaikumussalam
Soal halal atau tidak adalah berdasarkan bahan-bahan yang digunakan untuk masakan tersebut.
Bukannya siapa yang masak makanan tersebut.
Jadi jawapannya tiada masalah makan makanan yang dimasak oleh non muslim selagimana bahan makanan tersebut halal.
BERNAMA | MONSTA memaklumkan tayangan khas di hampir 50 pawagam terpilih, hadir dalam versi khas dengan kandungan tambahan buat para peminat.
"Bersempena dengan Hari Bapa, kami ingin memberikan peluang kepada penonton untuk kembali menikmati filem ini di pawagam bersama-sama insan tersayang."
Semalam jalan di pantai, teringat hadith Nabi ﷺ tentang zikir yang sangat hebat.
Nabi ﷺ pesan sesiapa yang nak baring di tempat tidur, kemudian dia sebut:
Antara pintu besar kepada keburukan adalah seseorang itu merasakan tiada keperluan untuk dia memohon ampun dari Allah.
Ini tanda, diri sudah terjatuh dalam perangkap iblis.
Na'udzubillah.
Antara zikir selepas solat maghrib adalah bacaan berikut sebanyak 7 kali :
اللهم أجرني من النار
Hikmah ia dibaca 7 kali menurut Mullā ‘Ali Al-Qāri :
أن أبواب جهنم سبعة فكل مرة تسد بابا منها
“Pintu neraka jahannam ada 7. Setiap satu bacaan اللهم أجرني من النار menutup satu pintu darinya”.
- Mirqāt Al-Mafātīh (5/308)
KEMASKINI
ISRAEL KENA BANJIR TAIK
Satu serangan misil Iran mengena sebuah paip kumbahan di Bnei Brak Jam 7 Pagi tadi waktu Malaysia
Ini menyebabkan kumbahan itu bocor dan membanjiri jalanan
Waalaikumussalam
Hukum akikah adalah sunat. Jika ibubapa tidak mampu, maka tak mengapa untuk tidak buat.
Jika mampu buat 1 ekor kambing sahaja untuk anak lelaki, maka itu sudah memadai.
Adapun, duit yang diberikan kepada anak maka duit tersebut bukan milik ibubapa. Itu adalah duit anak yang perlu diserahkan apabila dia sudah baligh.
Bukan digunakan sebagai ganti rugi kepada ibubapa yang tidak mampu melakukan akikah, tapi still nak buat.
Wallahua’lam
Waalaikumussalam
Boleh amalkan kerana itu termasuk kategori doa-doa yang ma’thur.
Dan doa mohon keampunan ini adalah doa yang terbaik.
Jika Allah ampunkan doaa kita, Dia juga akan kabulkan doa-doa dan hajat kita.
Antara kelebihan berpuasa ketika orang lain tidak berpuasa adalah, menghasilkan doa dari para malaikat sekiranya terdapat orang yang tidak berpuasa sedang makan berhampiran dengan orang yang berpuasa tersebut.
Kata Rasulullah صلى الله عليه وسلم :
إِنَّ الصَّائِمَ تُصَلِّي عَلَيْهِ الْمَلاَئِكَةُ إِذَا أُكِلَ عِنْدَهُ حَتَّى يَفْرُغُوا
Terjemahan : Sesungguhnya orang yang berpuasa itu, para malaikat akan berselawat ke atas dirinya sekiranya ada di sisinya orang lain yang sedang menjamu selera, sehinggalah mereka selesai makan.
Riwayat Al-Tirmizi (785)
Maksud menghasilkan selawat dari para malaikat : Para malaikat mendoakan keampunan dan kerahmatan buat orang yang berpuasa tersebut.
✍🏻 Muhammad Fahmi Rusli
Jika duit raya anak ada RM500 setahun, maka selepas 20 tahun dia akan ada paling kurang RM 10,000.
Buat ibubapa, duit anak bukan duit anda.
Dia ada hak untuk harta tersebut, jika ibubapa pinjam maka wajib bayar balik.
#FiqhDuitRaya
Kalau tersalah berbuka puasa maka perlu puan perlulah ganti semula, kerana hukum asalnya adalah siang (wajib berpuasa).
Berbeza dengan terlewat sahur sedikit kemudian baru sedar, ini ikut hukum asalnya adalah malam.
الأصل بقاء ما كان على ما كان
Kalau harga barang RM25, kita claim kat suami RM30 tanpa pengetahuan suami, itu dah dikira menipu. Haram dan berdosa.
Isteri hanya dibenarkan ambil duit suami (sekadar keperluan) jika suami tak berikan nafkah yang sepatutnya.
Dalam agama, tiada istilah duit suami adalah duit isteri. Harta suami adalah miliknya sendiri. Begitu juga harta isteri adalah miliknya sendiri.
Jangan normalisasikan ambil duit suami tanpa izin hanya kerana dia suami kita. Melainkan suami memang cakap dari awal segala harta dia boleh digunakan tanpa perlu minta izin.
Seorang suami kadangkala mampu berbuat baik dan berihsan kepada rakan atau orang di luar rumah, namun kurang menzahirkan kemesraan dan sikap bertolak ansur terhadap keluarganya sendiri.
Oleh itu, hayatilah pesanan Nabi ﷺ agar kita mengamalkannya dalam kehidupan seharian. Semoga kita menjadi insan yang paling baik terhadap keluarga kita sendiri. Insya-Allah.
#ustazwadiannuar
Hukum asalnya adalah isteri jaga anak di rumah.
Kalau isteri nak bekerja dan suami membenarkannya, maka dia perlu bantu suami untuk membayar kos jagaan anak tersebut.
Suami dah setelkan yang wajib seperti makanan, kenderaan, tempat tinggal dan pakaian. Si isteri perlulah bantu mana yang perlu selepas itu.
Wallahua’lam
Semoga Allah selamatkan kaum muslimin, wanita-wanita dan kanak-kanak yang tidak berdosa di Iran 🇮🇷 dan negara-negara kaum muslimin yang lain 🇸🇦🇶🇦🇰🇼🇧🇭🇦🇪🇮🇶.
اللهم آمين
Memijak al-Quran adalah perbuatan biadab yang tidak boleh diterima dalam mana-mana masyarakat bertamadun. Ia satu penghinaan terbuka terhadap agama. Undang-undang mesti bertindak tegas dalam perkara yang menyentuh kesucian Islam.