Hidup ni tak perlu nak salahkan orang lain kalau kita tak capai apa yang kita mahu. Duduk dan fikir apa salah diri sendiri. Itu lebih baik. Sujudlah untuk mencari jalan keluar. Assalamualaikum dan selamat pagi gaiz.
Golly belajar untuk terus memberi walaupon kadang-kadang tak dihargai. Kerana rasa bahagia dengan memberi. Dan cukuplah kita simpan dalam hati walaupun kita disakiti. Move on dan happy selalu. Yes i believe soon orang akan menilai mana satu kaca mana satu permata.
Perjalanan hidup kita ni masih panjang. Gunakan peluang yang ada ini sebaik mungkin. Teruskan memberi manfaat dengan orang sekeliling. Jangan givap dan terus maju ke hadapan walaupun pelbagai ujian melanda. Ayuh semangat fighter πͺπ».
Pagi semua.
Kadang-kadang ALLAH tarik sesuatu yang kita sayang tu bukan saje-saje tau. Tapi DIA nak kasi kita yang lebih baik. So jangan givap dan belajar untuk redha. In sha allah yang indah-indah akan hadir dalam hidup kita.