#familymartmalaysia i nak adalah kopi ais, bukan 3in1 indocoffee..at least guna la coffee beans yg betul. Tambah susu pekat sikit mcm spanish latte. Yg ko gi bagi 3in1 apadahhhhh 😑
I teach pharmacology for living.
Having secondhand embarrassment listening to this ‘doctor’. Sekarang ni medic graduate kita level Pakcik sembang kedai kopi kah?
P/s: half truth is a whole lie. Study lagi, Dik. At least, read the whole cited journal paper lah!
RADIO ROSAK
Istana Pahang sudah keluar kenyataan. Supaya tindakan diambil ke atas PM8. Memerli bekas YDPA, sebab dia tak dapat nak jadi PM.
Ini bukan kali pertama ya. Masa PRN dulu pun dia sudah mula. “Istana bumbung hijau atau kuning, ada saya kisah” katanya selamba.
Butthurt betul tak dapat jadi PM semula. Walhal 33 bulan itu apa yang dibuat? Kala pandemik dan orang tak berduit, dia selamba nak rumah PM dia dibaikpulih RM30juta. Siap tempah Mercedes kalih peluru bernilai RM2juta. Ini bukan duit dia, tapi duit rakyat dan negara.
Bila tak dapat jadi PM, dijatuhkan Kluster Mahkamah, dia demand dari PM9 nak jadi Pengerusi Majlis Pemulihan Negara bertaraf Menteri. Tapi yang dibuat bukan untuk negara. Banyaknya nak rampas kuasa semula.
Saya sangat potong dengan beliau, start dua tiga hari sebelum hari undi PRU15. Dalam ceramah beliau buat provokasi antara agama. Katanya, kalau lawannya menang, orang Kristian & Yahudi akan memerintah Malaysia. Dalam socmed, pula propaganda 13 Mei diangkat besar2an. Namun parti dia kalah juga. Hanya dapat 73 kerusi. Berbanding PH 82.
Walau kalah beria nak jadi PM, belum apa2 dan tak menyempat, katanya Agong dah lantik dia malam itu juga. Bedaah dan tipu semata. Mana ada, orang lain yang dilantik pula.
Agong pun cerdik dah sebenarnya. Dulu ingat masa Sheraton Move. Mereka tipu SD, masukkan MP Pejuang sekali. Walhal mereka tak setuju lantik dia jadi Perdana Menteri.
Kali ini, Agong lantik bersyarat. Lantik PM dengan syarat undi percaya dibuat di Parlimen. Itu yang PMX buat. 33 bulan dulu langsung tak ingat nak buat, siap panjangkan darurat.
Saya selalu katakan, cukup2 la tu bagi peluang pada PM recycle. PM8 ini tiada apa yang boleh dibangga. Sekarang nampak seperti radio rosak, gilakan kuasa.
Kepalai Parti Pejuang Melayu, tapi derhaka dan tak hormat Raja kita. Besar kepala pula dan entitled.
Never should be a PM and shall not be our PM in-waiting.
Cari la yang lain pula.
Salam hormat,
Liyana Marzuki
In #Ningbo, 15-year-old Sheng Xuluo sprang into action when a boy collapsed on the basketball court. With quick thinking and courage, he performed #CPR for 11 minutes, saving a life! Let's give it up for this brave young hero. 🦸♂️💪 #NingboStory
Jom share Mistake korang semasa nak turun berat badan dulu. Bagi yg lain belajar sekali.. aku dulu:
1. Bersenam 3jam dari 8-12mlm. Pastu hanya makan pun hanya stim fillet ayam(black pepper dan garam) dan brokoli. Bau ayam tu tak thn 🤢🤮
ketika perbicaraan aku masih di sekolah menengah
satu bende kelakar, bahan bukti sepatutnya cadar tilam.. ape kejadah mahathir suruh usung tilam 🤣
air mani ni likat, nk tembus sepender nipis pun susah. lagikan cadar hotel..
aku tgh sekolah lgi bijak dari pencipta konspirasi
@iwanqais Side hustle Buat Online coaching utk org yg nak turun berat dan naik berat badan.. selalu buat konten di TT dan IG @saya.dave jemput follow. (Full time certified personal trainer)
Member aku dan GF dia baru meninggal dunia 6/4 sbb tak pakai seatbelt, cuma kawan dorg yg jadi driver waktu kejadian je selamat sbb pakai seatbelt..tapi skrg trauma.
Beli MPV sebab boleh hampar toto bed kat belakang agar anak selesa.
Pergh, masih jauh lagi la pendidikan keselamatan jalanraya kita.
Kena naikkan balik isu saman ni.
Kalau akak nak tau, mak abah boleh kena saman dan masuk penjara jika kematian anak disebabkan kelalaikan kita ni.
Lain kali kak, jangan tengok IG pasal tudung resipi baju kurung je.
Lori tayar meletup dia boleh masuk lane akak yang bawak 60kmsj aje ya.
@xliff_ixmal@SyedAkramin Utk 1st timer, suka happening area kuta/legian..nak chill sikit seminyak, pasir sini lagi halus. Kalo kayangan area Nusa dua.. kalo suka bukit area Ubud/kintamani, cuma skrg ni sewa motor kena jaga2 takut saman. Tapi ada motor senang kesini sana.
FISKAL DAN PENCEN
Negara ini bukan macam dulu. Dulu negara kita kaya sumber. Sekarang hasil minyak pun kalau ikut Petronas hanya boleh tahan 10 tahun.
Sektor Perindustrian dan Pertanian pun tak macam dulu. Bertukar2 PM membuatkan bertukar2 polisi. Hala tuju negara lari sekali.
Hasilnya hutang kita dah melebihi 65% dari GDP. RM1.7 trillion.
SUNGGUHPUN KITA FAHAM BEBAN HUTANG DITANGGUNG KERAJAAN MADANI SELEPAS KEROSAKAN DIBAWA ZAMAN MAHATHIR DAN MUHIYIDDIN, UNTUK BERLAKU ADIL, WAKIL RAKYAT DAN MENTERI BARU JUGA SEWAJARNYA MENGGUNAKAN SKIM KWSP, BUKAN PENCEN
Oleh : Lokman Adam
Sungguhpun ada segelintir rakyat boleh memahami beban fiskal yang diwarisi oleh Kerajaan Madani khususnya bebanan hutang 686.8 Billion yang ditinggalkan oleh Kerajaan Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak pada tahun 2017 yang hanya 50.8% berbanding KDNK Negara telah meningkat dengan amat dasyat sekali melebihi 1.5 Trillion iaitu lebih 82% setelah negara dirosakkan oleh dua pemerintahan Mahathir-Muhiyiddin. Namun, tidak semua boleh menerima layanan berbeza diberikan kepada YB-YB dan Menteri baru yang masih menikmati sistem berpencen.
Dizaman Tik Tok yang melahirkan terlalu ramai rakyat yang kurang rasional dan cepat melatah ini, Kerajaan tidak boleh mengharapkan rakyat sedar bahawa seseorang ahli politik biasanya telah berkhidmat berpuluh tahun kepada rakyat sebelum diberi peluang menjadi wakil rakyat atatah lagi Menteri. Ini mengakibatkan mereka berpandangan, adalah tidak adil sekiranya Penjawat Awam lantikan baru diwajibkan mengambil sistem KWSP, manakala Ahli-Ahli Yang Berhormat yang baru masih menikmati pencen setelah berkhidmat untuk tempoh sepenggal sahaja. Rakyat yang kurang rasional, tidak pernah mempeduli bahawa Perdana Menteri bukan setakat tidak mengambil pencen, malah langsung tidak mengambil gaji beliau. Mereka juga tidak pernah menganggap bahawa potongan gaji Para Menteri Kerajaan Madani sebanyak 20% selama ini adalah sebahagian dari semangat kebersamaan Para Menteri bersama rakyat mereka dalam menghadapi bebanan kos sara hidup yang kian meningkat.
Sehubungan dengan itu, saya ingin mencadangkan agar Kabinet turut mempertimbangkan agar bakal Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri, Ahli Dewan Negara serta Bakal Menteri dan Exco Kerajaan Negeri yang mengangkat sumpah selepas 1 Februari, 2024, juga tidak lagi menikmati sistem pencen sepertimana sebelum ini dan mereka juga hanya menerima caruman KWSP sepertimana penjawat-penjawat awam yang dilantik selepas 1 Februari, 2024. Ini sedikit sebanyak dapat meredakan kemarahan rakyat dan sekaligus memberikan kerajaan akan dilihat memberikan keadilan kepada semua.